{"id":46060,"date":"2016-06-02T21:44:00","date_gmt":"2016-06-02T13:44:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=46060"},"modified":"2016-06-02T21:55:12","modified_gmt":"2016-06-02T13:55:12","slug":"ideologi-selain-islam-gagal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ideologi-selain-islam-gagal\/","title":{"rendered":"Ideologi Selain Islam Gagal"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : KAM<\/p>\n<p>PENGKALAN CHEPA &#8211; Dunia sedang menyaksikan kegagalan penyelesaian di atas nama agama dan ideologi ciptaan manusia terhadap masalah manusia sama ada secara menyeluruh atau dalam aspek tertentu sahaja.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan keadaan yang sama turut dialami oleh kalangan Islam yang menumpang kepada yang lain dari Islam.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160602-WA0153.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-46065\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160602-WA0153-300x187.jpg\" alt=\"IMG-20160602-WA0153\" width=\"300\" height=\"187\" \/><\/a>Ini kerana, kata beliau ada yang terpengaruh dengan negara besar yang pernah menjajahnya.<\/p>\n<p>\u201cIslam hanya dijadikan agama tempelan bukannya Ad-Din yang menjadi hidayah daripada Allah, yang memimpin dan memandu dalam perkara prinsip, konsep, pendekatan dan wawasan.<\/p>\n<p>\u201cKegagalan kerajaan yang memerintah disemua negeri Islam selepas meneruskan pendekatan warisan penjajah menjadi bukti yang nyata sama ada dari kalangan yang menganut dan mempertahankan ideologi asing secara menyeluruh atau menegakkan Islam secara tumpangan kepada ideologi tersebut tanpa kuasa yang sebenar.<\/p>\n<p>\u201cIni menjadikan Islam tidak memerintah tetapi diperintah. Islam tidak dijadikan petunjuk Allah kepada segala urusan yang wajib diimani tetapi menjadikannya hanya agama yang ditunjuk dan mengikut telunjuk,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian diawal ucapan dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62, di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.<\/p>\n<p>Justeru, katanya dunia tanpa Islam hanya mengenali konsep demokrasi Barat yang memberi hak kepada rakyat tanpa hidayah kerana terpisah daripada agama.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/muktamar-2016a.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-46062\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/muktamar-2016a-300x169.jpg\" alt=\"muktamar 2016a\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, ada pula yang berpandukan Teokrasi meletak kuasa hanya kepada kalangan agamawan yang menyalahgunakan agama.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu wujud diktator yang memberi kuasa mutlak kepada individu atau kelompok lalu menyalahgunakan kuasa. Mereka semua jahil bahawa adanya penyelesaian Islam yang berbeza dengan semua.<\/p>\n<p>\u201cWalau pun demokrasi adalah paling dekat kepada Islam kerana memberi hak kepada rakyat, bahkan pembaharuannya hasil daripada kajian Orientalis daripada penulisan para fuqaha\u2019 dalam aspek politik Islam tetapi mengambilnya secara teori tanpa aqidah, syariat dan akhlak kerana memisahkan politik daripada agama Islam, menjadikannya laksana jasad tanpa roh dan akal,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Selain itu, katanya demokrasi yang diamalkan hari ini pula menjadi tempang dan bertukar wajahnya yang sebenar.<br \/>\nKata Ustaz Abdul Hadi, rakyatnya ditipu dan pemimpinnya pula menipu sehingga menjadikan negara ini hanyut apabila amanah dijadikan kesempatan yang salah.<\/p>\n<p>\u201cHarta negara menjadi milik mutlak di tangan sesiapa sahaja yang berkuasa. Negara juga menghadapi krisis kepercayaan walau pun kerajaannya dipilih rakyat secara demokrasi yang dikira paling hampir kepada Islam kerana hak rakyat yang sepatutnya tidak boleh diperhambakan dan ditipu atau dibeli dan dibuli,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160602-WA0031.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-46036\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160602-WA0031-300x197.jpg\" alt=\"IMG-20160602-WA0031\" width=\"300\" height=\"197\" \/><\/a>Sehubungan itu, kata beliau proses demokrasi pilihan raya juga masih dihantui dengan daftar pengundi yang dipertikaikan bersihnya.<\/p>\n<p>\u201cProses demokrasi pilihan raya masih dihantui daftar pengundi yang dipertikai bersihnya, aktiviti kempen pilihanraya yang bebas kepada parti pemerintah tetapi disekat dengan berbagai cara kepada parti lawan, rasuah projek segera dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cApabila dipisahkan daripada Islam, maka jadilah ianya hanyut bersama demokrasi Barat yang diresapi penipuan dan salah laku kerana tiada perhitungan halal dan haram atau dosa dan pahala dalam amalannya.<\/p>\n<p>\u201cInilah sebenarnya punca masalah kita alami pada hari ini. Ianya bermula sejak merdeka sehingga kini kerana kita tidak mampu membebaskan diri, kerajaan dan rakyat daripada kepompong pengaruh penjajah asing.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun penjajah itu sudah keluar daripada tanah air, namun sengaja meninggalkan masalahnya kerana menerima pusaka ajarannya yang salah,\u201d jelas Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : KAM PENGKALAN CHEPA &#8211; Dunia sedang menyaksikan kegagalan penyelesaian di atas nama agama dan ideologi ciptaan manusia terhadap masalah manusia sama ada secara menyeluruh atau dalam aspek tertentu sahaja. Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan keadaan yang sama turut dialami oleh kalangan Islam yang menumpang kepada yang lain dari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":46066,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":46066,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":958,"height":554,"file":"2016\/06\/IMG-20160602-WA0153-2.jpg","filesize":123832,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1464904150","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":46060,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160602-WA0153-2.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46060"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46060"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46060\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46060"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46060"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46060"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}