{"id":45761,"date":"2016-05-24T13:52:44","date_gmt":"2016-05-24T05:52:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=45761"},"modified":"2016-05-24T13:52:44","modified_gmt":"2016-05-24T05:52:44","slug":"lim-guan-eng-sepatutnya-membuat-keputusan-berdasarkan-fakta-bukan-andaian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/lim-guan-eng-sepatutnya-membuat-keputusan-berdasarkan-fakta-bukan-andaian\/","title":{"rendered":"Lim Guan Eng Sepatutnya Membuat Keputusan Berdasarkan Fakta, Bukan Andaian"},"content":{"rendered":"<p>Pada 20 Januari 2016 yang lalu saya telah membuat komen terhadap penyelesaian di luar mahkamah kes saman Encik Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Ustaz Nasruddin Hassan, selaku Ahli Parlimen Termerloh yang juga Ketua Penerangan PAS, berkenaan projek multi-mega terowong dasar laut Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Antara lain komen saya projek multi-mega tersebut adalah amat mencurigakan kerana antara lainnya struktur dan model projek yang mengelirukan termasuk, pemberian projek kepada konsortium yang diketuai oleh syarikat yang tidak mempunyai pengalaman langsung dengan industri pembinaan. Juga saya komen sikap hipokrit Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta DAP, yang bersetuju dengan kutipan tol selama 30 tahun kepada konsortium projek tersebut.<\/p>\n<p>Kecurigaan saya terhadap semua di atas masih ada malah semakin bertambah apatah lagi setelah mengikuti perkembangan terbaru isu tersebut. Ini merujuk kepada kenyataan terkini Lim yang dipetik kebanyakan media utama bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang terpaksa memilih untuk membina terowong tersebut setelah permohonan mereka untuk membina jambatan ketiga telah ditolak oleh kerajaan persekutuan.<\/p>\n<p>Namun kerajaan persekutuan telah menafikan Lim melalui kenyataan rasmi Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato\u2019 Sri Haji Fadillah Haji Yusof pada 22 Mei 2016, bahawa kerajaan tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Pulau Pinang berkenaaan jambatan ketiga. Dan ini telah akui oleh Lim sendiri bahawa Pulau Pinang tidak membuat apa-apa permohonan dengan alasan beliau sudah pun mengandaikan yang kerajaan persekutuan tidak akan meluluskan permohonan tersebut. <\/p>\n<p>Perlakuan Lim ini adalah amat prejudis selaku ketua kepada semua kerajaan, apatah lagi melibatkan hubungan dengan kerajaan persekutuan. Tanpa prejudis dan mengambil kira pendirian politik sesuatu pihak, Lim sepatutnya mengurus urusan kerja dan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat secara profesional dan tatacara perkhidmatan. Bukan secara membuat andaian awal yang tiada asas dan fakta.<\/p>\n<p>Lebih dari itu, apa yang lebih membimbangkan apakah asas kerajaan DAP Pulau Pinang dalam membuat keputusan melibatkan projek yang bernilai RM6.3 billion, yang melibatkan pembinaan tiga jajaran lebuhraya dan juga terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer (The Edge, 11 Januari 2016) kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) tersebut? Adakah juga berdasarkan membuat andaian? Malah Lim juga telah pun memperakui sudah  berbelanja besar secara tidak masuk akal sebanyak RM305 juta semata-mata untuk melakukan tiga kajian kemungkinan (feasibility study) ke atas projek tersebut. <\/p>\n<p>Dan keseluruhan projek dan semua perbelanjaan besar yang telah dilakukan ini, yang menggunakan wang rakyat, adalah hasil daripada andaian yang kerajaan persekutuan tidak akan meluluskan projek jambatan ketiga. <\/p>\n<p>Ini merupakan suatu tindakan yang amat tidak profesional dan penuh prejudis, apa lagi ianya melibatkan kos projek yang amat besar, yang telah dan akan dibelanjakan. Lim sepatutnya lebih telus dan matang dalam menguruskan pentadbiran beliau. Apa yang diinginkan oleh semua pihak yang berkepentingan, terutama rakyat ialah profesionalisma yang tinggi dan bukan sekadar politiking melalui jawapan-jawapan yang sekadar melepaskan batuk di tangga. <\/p>\n<p>Jesteru itu saya menyarankan bahawa suatu kajian yang komprehensif dilakukan oleh pihak yang berkelayakan bagi mengkaji dan meneliti keseluruhan kesahihan dan kemungkinan (validity and feasibility) projek tersebut. Ini sepatutnya merangkumi aspek-aspek kejuruteraan, alam sekitar, impak ekonomi, sosial, beban kewangan dan sebagainya. Mungkin juga diperlukan analisa kos dan faedah (cost benefit analysis) antara terowong dan jambatan, apa lagi setelah Lim sendiri mengakui bahawa kos untuk membuat jambatan adalah RM2 billion lebih murah.<\/p>\n<p>Semua kajian dan analisa ini akan menghasilkan suatu kesimpulan yang konkrit dan selanjutnya melahirkan keputusan yang tepat dan berfakta, yang bukan sekadar berlandaskan andaian. <\/p>\n<p>MAZLI NOOR<br \/>\nTimbalan Presiden,<br \/>\nIkatan Ilmuan Nasional (Ilmuan)<br \/>\nKota Bharu, Kelantan.<br \/>\n24 Mei 2016.<\/p>\n<p>[truncated by WhatsApp]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada 20 Januari 2016 yang lalu saya telah membuat komen terhadap penyelesaian di luar mahkamah kes saman Encik Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Ustaz Nasruddin Hassan, selaku Ahli Parlimen Termerloh yang juga Ketua Penerangan PAS, berkenaan projek multi-mega terowong dasar laut Pulau Pinang. Antara lain komen saya projek multi-mega tersebut adalah amat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":45763,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":45763,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":4096,"height":2495,"file":"2016\/05\/IMG_20160524_134116.jpg","filesize":1171354,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":45761,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/05\/IMG_20160524_134116.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45761"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=45761"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45761\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/45763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=45761"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=45761"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=45761"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}