{"id":4533,"date":"2011-01-31T00:58:57","date_gmt":"2011-01-30T16:58:57","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/sekular-itulah-jahiliyyah\/"},"modified":"2011-01-31T00:58:57","modified_gmt":"2011-01-30T16:58:57","slug":"sekular-itulah-jahiliyyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sekular-itulah-jahiliyyah\/","title":{"rendered":"Sekular Itulah Jahiliyyah"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/nikaziz.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/nikaziz.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada\u00a0 di Tenang, Johor selama  tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari  Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya  untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid  jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut,  mereka naik ke masjid. <\/p>\n<p>Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu  boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam  perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui  lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya,  biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami  Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan  bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!<\/p>\n<p>Islam  adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya  memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada  yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di  zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang  dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk <strong><em>Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin<\/em><\/strong> (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.<\/p>\n<p>Sukalah  saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah  jahiliyyah.\u00a0 Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika  tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai  nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas,  sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah  disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar  minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang  diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme  dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden\u00a0 tetap merupakan benih  jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau  jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti  memilih jahiliyyah.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah  bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab  di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam  perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah\u00a0  bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam.\u00a0  Justeru Allah SWT berfirman :<\/p>\n<p>\u0623\u064e\u0641\u064e\u062d\u064f\u0643\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0627\u0647\u0650\u0644\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650 \u064a\u064e\u0628\u0652\u063a\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u0650 \u062d\u064f\u0643\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0651\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u064a\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e<\/p>\n<p>Yang bermaksud : <em>\u201cApakah  hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih  baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.\u201d<\/em> Surah Al-Maidah ayat 50.<\/p>\n<p>Saya  ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat  menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika  benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar.  Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan  kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh  PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika  TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam,  UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak  akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut  jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam.  Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang  penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini :  <strong><em>Ke bumi\u00a0 tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.<\/p>\n<p><\/em><\/strong>Islam  mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali,  hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan  kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan  Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : \u201c<strong><em>Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat\u2026\u2026\u201d<\/em><\/strong> <strong><em> <\/em><\/strong>Islam  mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai  khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang  dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan  manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika  tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di  daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?<\/p>\n<p>Ajaran  sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan  undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka.  Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun  dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh  dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan  membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang  diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan  projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan  hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup  serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh  mereka.<\/p>\n<p>Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang  adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan.  Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun  Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia  semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS  tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas  amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa  ke akhirat? Fikirkanlah.<\/p>\n<p><strong>Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,<\/strong><br \/>Kg Pulau Melaka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada\u00a0 di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4533"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4533"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4533\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4533"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4533"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4533"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}