{"id":45232,"date":"2016-05-04T07:23:12","date_gmt":"2016-05-03T23:23:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=45232"},"modified":"2016-05-04T07:23:12","modified_gmt":"2016-05-03T23:23:12","slug":"ustaz-harun-dibuang-padang-kerana-main-kasar-menentang-askar-new-zealand","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ustaz-harun-dibuang-padang-kerana-main-kasar-menentang-askar-new-zealand\/","title":{"rendered":"Ustaz Harun Dibuang Padang Kerana Main Kasar Menentang Askar New Zealand"},"content":{"rendered":"<p>Pertama, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua para tetamu dan semua para jemputan dan seluruh para peserta muslimin dan muslimat yang telah sama-sama dengan kita pada pagi ini yang memberi komitmen yang sungguh tinggi terhadap program yang diatur oleh badan perhubungan pas negeri Terengganu bersaam dengan dewan ulamak dan juga bersama dengan Dewan Ulamak PAS Pusat. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih.<\/p>\n<p>Tujuan kita mengadakan majlis ini bukan dengan tujuan memuja seorang pemimpin tetapi adalah untuk menjadi contoh dan juga untuk mengambil satu mengenang semula jasa-jasa dan pengorbanan-pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau yang dianggap lebih istimewa, taupun yang istimewa daripada kalangan-kalangan yang lain. Saya sebagai rakan yang agak lama dan bermula dari zaman remaja, zaman muda maka saya rasa saya nak sebut sedikit mengenai dengan apa yang saya boleh sebut yang munasabah pada saudara-saudara sekalian. Saya mengenal ustaz haji harun taib ini kira-kira bermula daripada 1967 semasa sama-sama belajar di sekolah menengah agama atas sultan zainal abidin. Cuma dia lebih setahun daripada saya. Saya bersama-sama dengan tuan guru pada waktu itu.<\/p>\n<p>Beliau ini adalah telah terserlah sejak daripada zaman ramaja, iaitu zaman sekolah menengah, terserlah dari segi sifat-sifat kepimpinan dan kecerdikan serta kebijaksanaanya di sekolah. Saya mula rapat dengan beliau ialah setelah sering bersama-sama bertemu ataupun terserempak secara tidak ada janji dan tidak ada pakatan. Terserempak di pejabat perhubungan pas negeri Terengganu pada waktu itu. Pada hujung hujung minggu sekali sekala kami berkunjung ke pejabat pas ketika itu terserempak dengan beliau di pejabat, dan mula tahu bahawa kami berdua adalah sama-sama minat kepada pas pada waktu itu. Bukan pejuang lagi, baru minat. Tak tahulah kalau Ustaz Harun sudah berjuang, saya baru nak minat baru. Pejabat PAS pada waktu itu adalah di Jalan Kamaruddin di belakang rumah menteri besar sekarang ini. Kalau tak silap saya, yang menjadi setiausaha pada waktu itu ialah almarhum Ustaz Hussin Osman dan yang menjadi kerani ataupun ketua kerani ialah almarhum Abdullah Mohd Nor bersama-sama dengan almarhum ustaz Harun Jusoh yang orang kata, duduk ketumat di pejabat pada waktu itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/05\/IMG-20160501-WA0092.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-45235\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/05\/IMG-20160501-WA0092-300x200.jpg\" alt=\"IMG-20160501-WA0092\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Ustaz Harun seorang pelajar yang bijak dan terserlah dan amat terkenal di kalangan sahabat-sahabat di sekolah pada waktu itu ialah kebolehan istimewa dia dalam dua tiga matapelajaran yang memang sukar ditandingi diantaranya ialah matapelajaran Nahu, Bahasa Arab, Mantik dan juga Faraid. Ini sampai ke peringkat dia boleh berbahas dengan guru dan dia boleh.. tidaklah boleh mengalahkan guru tapi boleh berbahas dengan guru dalam bab ikmu mantik dan sebagainya. Dan diantara yang keduanya ialah perkara yang paling diminati selain daripada matapelajaran, Ustaz Harun ini diantara orang yang berbetulan bersama dengan saya ini ialah sama-sama meminati sukan bola sepak. Dia adalah pemain bola sepak yang terkenal pada zaman itu. Terkenal di zaman itu sebagai seorang banteng terakhir. Kalau tembus, kalau boloh dari pertahanan Ustaz Harun, jawabnya goal tak selamat. Dan dizaman itu, Ustaz Harun zaman dia menjadi fullback. Sekolah Sultan Zainal Abidin telah pun memasuki liga, iaitu liga diantara kelab-kelab di sekitar kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Saya masih ingat lagi diantara liga kelabnya ialah kelab petani iaitu di kampong petani di kuala Terengganu. Termasuk kelabnya, kolej diraja Malaysia. Kita lawan golongan ini dan peristiwa yang paling menarik ialah yang berlaku dalam bola sepak ini suatu perlawanan persahabatan dengan pasukan tentera newzeland. Yang menjadi tentera bersekutu pada waktu itu di tanah melayu. Dalam perlawanan itu, tentera New Zeland kalah 5-0. Kebetulanya, saya jadi \u2018referee\u2019. Ustaz Harun \u2018fullback\u2019. Diantara taktik yang dibawa ialah Ustaz Harun mengarahkan supaya membuat pasangan taupun perangkap \u2018off side\u2019. Dan seringkali tentera newzeland ini berlaku out side. Lalu, dia marah dan bertindak kasar bukan sahaja kepada referee, tapi bertindak kasar kepada Ustaz Harun. Tapi Ustaz Harun balas. Mengikut peraturan bola sepak miskipun saya referee pinjaman. Tindakan sebegitu sepatutnya dibuang padang. Maka saya terpaksa kena buang padang ke dua-dua sekali. Termasuk New Zeland, dan Ustaz Harun. Itu antara yang menarik.<\/p>\n<p>Yang ketiga, Ustaz Harun ini seorang yang hobi dia, suka makan. Dari negeri Terengganu, ke Kelantan sampai ke Kula Lumpur orang tahu dia amat suak kelaur makan dengan sahabat-sahabat dia. Secara kebetulanya, Alhamdulillah. Dibentuk oleh isterinya seorang yang pndai memasak. Maka itulah yang menyebabkan dia suka makan. Majlis pada hari ini, majlis yang pertama diadakan. Di mana, kita mengingati seorang arkitek ataupun seorang yang menjadi pembentuk dan juga pembina utama dalam membentuk generasi perjuangan dalam parti kita, dalam parti pas. Bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi di peringkat Negara malahan di peringkat global. Itulah keistimewaan yang ada pada beliau. Beliau adalah ebteng utama dalam mempertahankan assolatuljamaah. Iaitu yang mempertahankan ketulenan dakwah dan ketulenan Jemaah PAS. Beliau adalah Ustaz Harun taib. Beliau ini telah menduduki kedudukan yang setinggi-tingginya di dalam PAS cuma yang tidak duduknya jawatan presiden dan timbalan presiden. Yang lain semua ada sampai ke peringkat setiausaha majlis syura ulamak.<\/p>\n<p>Pada satu ketika bagi membuktikan yang dia adalah seorang yang menjadi benteng pertahanan ketulenan pas ini ialah pernah dia menawarkan diri dan didesak bukan dia sahaja yang menawar diri tetapi dia didesak oleh banyak pihak supaya dia bertanding di peringkat timbalan presiden. Saya sebagai rakan sekali pun saya tidak patut saya beri pandangan tetapi oleh kerana saya mendapat maklumat dan dapat sedikit bacaan mengatakan bahawa kalau dia bertanding pada wktu itu sebagai timbalan presiden dia akan kalah. Saya menyatakan kepada dia, saya katakan, ada rasa menang kea da rasa kalah? Dia kata tak tahu. Saya pun bagitahu dia, saya baca kalah. Ramai pandangan yang menyebut enta akan kalah. Beliau menjawab, kemungkinan kalah itu telah dia bersedia untuk dia terima. Tetapi dia menawarkan diri juga, ialah di atas asas untuk mempertahankan ketulenan perjuangan pas yang dilihat pada waktu itu telah timbul bibit-bibit yang tidak sihat dalam kalangan beberapa pemimpin hasil daripada terpengaruh kemenangan syiah di iran. Hasil daripada kemenangan di Algeria. Di Turki dan sebagainya. Hasil daripada meresapnya aliran-aliran gerakan luar daripada pas. Samada luar daripada pas itu dalam Negara mahupun di luar negara. Yang disebut sebagai alami, IRC dan sebagainya.<\/p>\n<p>Saya tegur beliau supaya tidk bertanding sematamata diatas niat dan hasrat sebagai seorang sahabat dan sebagai kawan maka itulah yang telah berlaku. Oleh itu, majlis yang kita adakan pada hari ini adalah semata-mata untuk mengenangkan jasa dan sambil itu kita mengambil pengalaman dan juga pengajaran dan contoh teladan daripada msa-masa yang telah dilalui oleh beliau dan jga pengalaman pengalaman serta contoh teladan yang boleh kita contohi daripada beliau. Semoga Allah merahmati beliau dan meletakkan beliau bersama sama dengan para syuhada. Semoga kita juga dapat bersama dengan beliau.<\/p>\n<p><strong><em>***Ucapan Datuk Husin Awang Seminar Pemikiran Ustaz Harun Taib<\/em><\/strong><\/p>\n<p>https:\/\/youtu.be\/6-sJjPc1-MY<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertama, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua para tetamu dan semua para jemputan dan seluruh para peserta muslimin dan muslimat yang telah sama-sama dengan kita pada pagi ini yang memberi komitmen yang sungguh tinggi terhadap program yang diatur oleh badan perhubungan pas negeri Terengganu bersaam dengan dewan ulamak dan juga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":45233,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":45233,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":853,"file":"2016\/05\/IMG-20160501-WA0099.jpg","filesize":134969,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":45232,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/05\/IMG-20160501-WA0099.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45232"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=45232"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45232\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/45233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=45232"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=45232"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=45232"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}