{"id":45162,"date":"2016-05-01T13:45:03","date_gmt":"2016-05-01T05:45:03","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=45162"},"modified":"2016-05-01T14:05:19","modified_gmt":"2016-05-01T06:05:19","slug":"tiga-pm-menuai-hasil-petroleum-sambil-zalim-kepada-negeri-pengeluar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tiga-pm-menuai-hasil-petroleum-sambil-zalim-kepada-negeri-pengeluar\/","title":{"rendered":"Tiga PM Menuai Hasil Petroleum Sambil Zalim Kepada Negeri Pengeluar"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Ahmad Amzad Hashim<\/p>\n<p>Hari ini biar saya ceritakan bagaimana pemimpin pemimpin tertinggi UMNO telah berlaku zalim kepada negeri negeri pengeluar petroleum terutama Terengganu dan Kelantan yang dinafikan royalti petroleum, dalam masa yg sama tiada gangguan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>Anak menantu dan kroni menuai hasil dari industri petroleum, menjadi manusia manusia terkaya kerana industri petroleum. Negeri pengeluar sekadar ala kadar. Tiada tokoh industri dari negeri negeri berkenaan.<\/p>\n<p>NAJIB<\/p>\n<p>Royalti dari Telaga Minyak Bertam yg terletak di perairan Terengganu bernilai anggaran RM100juta setahun mahu dibayar oleh Najib ke Pahang.<\/p>\n<p>Tanjung Agas Oil and Gas , Logistic Industrial Park , Pekan Pahang (kawasan parlimen Najib) dengan dibiayai sebahagiannya wang pusat. Projek nilai berbillion. Anggaran awal RM6billion.<\/p>\n<p>Pengerang Integrated Petroleum Complex, RM69 Billion , disebut DS Najib sebagai projek Nasional oleh DS Najib.(Tiada satupun telaga minyak di Johor atau Pahang).<\/p>\n<p>1MDB cuba cagar minyak milik Terengganu untuk bon pinjaman RM5Billion. Asal usul 1 MDB pun Terengganu Investment Authoriti yg dikawal pusat, MB Terengganu kena jadi pak sanggup sahaja.<\/p>\n<p>Apa sebenarnya kedudukan negeri negeri pengeluar petroleum Terengganu dan Kelantan pada mata parti melayu UMNO yg bengong ini?<\/p>\n<p>UMNO Terengganu pula jadi pengkhianat tegar memulakan usul menghentikan bayaran royalti petroleum milik Terengganu dan sampai sekarang menjadi tukang kempen menyokong segala dakyah penipuan kerajaan pusat.<\/p>\n<p>Rakyat tempatan terpaksa merantau keluar mencari pekerjaan dan peluang ekonomi sedangkan semua itu hak yang sepatutnya di negeri mereka tapi dibawa lari.<\/p>\n<p>MAHATHIR<\/p>\n<p>Sepanjang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau pernah mengungkapkan bahawa beliau melarang keras anak-anak beliau menyertai politik atau bidang perniagaan kerana bimbang ianya akan menjadi buah mulut ramai ahli UMNO yang akan mempertikaikan kejayaan anak-anaknya hanya dengan menggunakan nama Mahathir Mohamed sebagai pemudah cara.<\/p>\n<p>Datuk Mokhzani bin Tun Dr. Mahathir merupakan anak kedua Tun M. Beliau dilahirkan pada 1961 ini pada awalnya agak aktif berpolitik seperti adiknya, Mukhriz. Beliau pernah berkhidmat sebagai bendahari pemuda UMNO Bahagian Sungai Layar. Sehingga 2006, beliau adalah seorang perwakilan UMNO salah satu kawasan di Kedah, tetapi telah tidak aktif dalam aktiviti politiknya.<\/p>\n<p>Pada bulan Mei 2008, dia mengikuti jejak langkah bapanya untuk keluar dari UMNO, selepas 22 tahun sebagai ahli UMNO cawangan Sungai Layar. Kini, Mokhzani disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM 3.81 bilion) pada tahun 2014. Kekayaannya dapat dilihat memandu Bugatti Veyron biru, salah satu kereta paling mahal di dunia, bermula dari harga $1.5 juta.<\/p>\n<p>Persoalannya, mampukah anak orang biasa menguasai Maxis, Kencana Petroleum dan Litar Antarabangsa Sepang tanpa bantuan dari mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia? Seperti sedia maklum, pemilik Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan merupakan antara kroni terapat Tun M. Ananda mempunyai pelbagai jenis perniagaan samada dari bidang telekomunikasi, perkapalan dan industri minyak dan gas.<\/p>\n<p>Jadi tidak hairanlah jika Mokhzani mampu memiliki saham didalam Maxis, Kencana Peteroleum dan hampir 200 syarikat tempatan, sama seperti abangnya, Mirzan. Mirzan merupakan anak Tun M yang paling kurang dikenali oleh ramai pihak kerana beliau tidak pernah aktif didalam politik sejak dari habis zaman persekolahan.<\/p>\n<p>Nama anak kesayangan Tun M ini mula dikenali apabila tindakannya membeli sebuah syarikat arak di Filipina, San Maguel, yang kemudiannya ditukar peranannya sebagai pembekal alat ganti perkapalan dan penggalian minyak. Namun begitu teras operasi syarikat berkenaan masih berkisar kepada arak walaupun tidak mengeluarkan minuman keras berkenaan secara besar-besaran seperti sebelum ini.<\/p>\n<p>Namun, setelah beberapa penilitian dilakukan, Mirzan sebenarnya pernah mewujudkan sebuah syarikat perkapalan kargo dimana syarikat berkenaan menemui kegagalan dan menanggung hutang yang agak besar untuk diselesaikan.<\/p>\n<p>Menurut beberapa sumber pekerja di Khazanah Negara dan Petronas, mereka menerima sepucuk surat yang ditanda tangani oleh \u201cindividu paling berkuasa\u201d di Malaysia untuk menyelamatkan syarikat perkapalan milik Mirzan.<\/p>\n<p>Ada laporan mengatakan, Petronas terpaksa membelanjakan sebanyak RM 266 juta untuk tujuan ini. Malah ada juga laporan yang menyebut, plan penyelamatan ini melibatkan kos sehingga RM 500 juta bagi melangsaikan beberapa permasalahan dan hutang syarikat perkapalan ini. Namun, yang menjadi buah mulut dikalangan pemain industri koperat adalah bagaimana Mirzan dianugerahkan geran syarikat minyak Petron yang kini mengambil alih syarikat Exxo-Mobil di Malaysia.<\/p>\n<p>Ada desas desus mengatakan, Tun M menggunakan kuasa miliknya didalam Petronas untuk memastikan Mirzan memperolehi kontrak berkenaan tanpa sebarang kertas kerja dan plan perniagaan dan mengatasi beberapa pembida yang mengemukakan kertas kerja bagi membida pembelian syarikat minyak berkenaan.<\/p>\n<p>Mirzan dan Mokhzani sudah memulakan langkah mereka dalam bidang perniagaan pada penghujung tahun 1990-an dimana Tun M masih berkuasa pada masa berkenaan.<\/p>\n<p>ABDULLAH BADAWI<\/p>\n<p>Isu kekayaan Kamaluddin, Abdullah bohongi rakyat<\/p>\n<p>Oleh Wan Nordin Wan Yaacob<br \/>\nKUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) &#8211; Pengakuan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau tidak pernah memberinya sebarang kontrak kerajaan atau peluang perniagaan kepada anak lelakinya adalah satu pembohongan semata-mata.<\/p>\n<p>Dalam temubual eksklusif Mingguan Malaysia dengannya, Abdullah mendakwa: &#8220;Kalau orang hendak kaitkan soal anak saya dan menjadikannya isu peribadi, saya tidak bimbang sebab saya tidak membantu anak saya dapat kontrak.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak mengamalkan nepotisme, tidak juga kronisme. Saya tidak membantu dan memberi apa-apa.&#8221;<\/p>\n<p>Akhbar berkenaan mengumumkan pemberian kontrak bernilai sekurang-kurangnya RM2 billion dari Petronas Carigal Sdn Bhd dan dua syarikat minyak asing kepada Crest Petroleum yang mana syarikat milik anaknya, Kamaluddin, Scomi mempunyai pelaburan sebanyak 60 peratus dalam Crest.<\/p>\n<p>Baru-baru ini Kamaludin diisytihar sebagai antara 10 tokoh perniagaan Melayu terkaya di negara ini, dengan aset lebih RM320 juta.<\/p>\n<p>Pemberian kontrak membina pelantar minyak itu, yang pada asalnya berjumlah RM1,000 juta tetapi kemudiannya ditingkatkan kepada RM2,000 juta, juga menutup peluang pesaingnya, Petra Perdana, syarikat milik penuh Bumiputera, yang sepatutnya berkongsi mendapat kontrak itu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Petra Perdana dijangka akan mendapat keseluruhan atau setidak-tidaknya separuh dari harga kontrak tersebut. Namun pengaruh Perdana Menteri dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan keseluruhan projek menguntungkan itu jatuh ke tangan anaknya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Ahmad Amzad Hashim Hari ini biar saya ceritakan bagaimana pemimpin pemimpin tertinggi UMNO telah berlaku zalim kepada negeri negeri pengeluar petroleum terutama Terengganu dan Kelantan yang dinafikan royalti petroleum, dalam masa yg sama tiada gangguan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak. Anak menantu dan kroni menuai hasil dari industri petroleum, menjadi manusia manusia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":45164,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":45164,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":4096,"height":2536,"file":"2016\/05\/IMG_20160501_095559.jpg","filesize":888698,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/05\/IMG_20160501_095559.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45162"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=45162"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45162\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/45164"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=45162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=45162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=45162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}