{"id":44657,"date":"2016-04-09T02:18:56","date_gmt":"2016-04-08T18:18:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=44657"},"modified":"2016-04-09T01:22:35","modified_gmt":"2016-04-08T17:22:35","slug":"razif-makin-tertekan-kata-dua-ahmad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/razif-makin-tertekan-kata-dua-ahmad\/","title":{"rendered":"Razif Makin Tertekan \u2018Kata Dua\u2019 Ahmad"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kini semakin tertekan dengan \u2018kata dua\u2019 diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato\u2019 Seri Ahmad Said kepadanya.<\/p>\n<p>Meski pun, Ahmad Razif cuba menyembunyikan kegusaran itu dari pertanyaan media namun \u2018badi\u2019 kerusi panas Menteri Besar (MB) tersebut berlaku sejak mantannya, Dato\u2019 Seri Idris Jusoh tahun 2008 lagi.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Seri Ahmad Razif juga enggan lagi melayan sebarang kenyataan dan maklum balas yang dibuat Dato\u2019 Seri Ahmad Said berhubung kedudukannya sebagai MB.<\/p>\n<p>\u201cTak ada\u2026kita dah tak ada isu dah. Kita sekarang ini kita tak ada isu. Apa yang orang (Ahmad Said) nak sebut itu sebutlah. Kita tak ada masa nak layan itu semua kerana yang utama sekarang ini ialah kebajikan rakyat perlu dijaga,<\/p>\n<p>&#8220;kita terus bergerak kerana kita hanya (ada masa) empat tahun saja lagi untuk memastikan dan meletakkan Terengganu negeri yang maju pada tahun 2020,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas Majlis Pelantikan rasmi Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukan-Sukan Sukma XVIII Sarawak 2016, di Wisma darul Iman, 6 April lalu.<\/p>\n<p>Bahkan, kata Razif terpulang kepada Adun Kijal itu bagi membuat tafsiran sendiri tentang kedudukan jawatan MB Terengganu yang kini disandangnya.<\/p>\n<p>\u201cItu terpulang kepada dialah (Ahmad Said), itu tafsiran dialah. Saya tak ada apa sekarang ini terus bekerja dengan kepimpinan Exco (kerajaan negeri) yang ada dan kita tak akan hiraukan tentang perkara-perkara yang begini, kerana ini akan merugikan rakyat,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Adun Kijal pada 2 April lalu mendakwa Ahmad Razif kini menghitung hari untuk diturunkan dari jawatan Menteri Besarnya.<\/p>\n<p>Mantan MB Terengganu itu telah menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Najib Tun Razak untuk mengadap Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.<\/p>\n<p>\u201cJangan sampai Tuanku (Sultan) istihar bubar Dun, (jika bubar) habislah. Keadaan sekarang ini Umno kritikal, kalau (berlaku) pilihan raya habislah (Umno kalah), jangan main-main.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"transparent alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Mad-Said-Tunjuk-perlembagaan1.png\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Mad-Said-Tunjuk-perlembagaan1.png\" width=\"351\" height=\"210\" \/>\u201cApa yang dia (Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan. Saya akan dedahkan perkara yang besar-besar, yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cInsya\u2019Allah, saya rasa Menter Besar (Ahmad Razif) sekarang sedang menghitung hari,\u201d tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di Resort World Kijal, Kemaman pada 2 April lalu.<\/p>\n<p>Malah, Ahmad Said mendakwa Razif juga merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai MB Terengganu sebelum ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Ahmad Razif yang juga Pengerusi Umno Terengganu turut mencabar Adun Kijal untuk mengistiharkan \u2018perang\u2019 jika beliau terus diasak.<\/p>\n<p>\u201cJangan cabar saya! Ok kalau sama-sama nak buka (bongkar) kita buka. Sama-sama nak telanjang (dedah) kita telanjang\u2026tetapi untuk (saya) mengalah tidak sama sekali kerana saya juga adalah keturunan darah pahlawan (Bugis),\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tidak teragak-agak untuk mengistiharkan perang jika berterusan diasak oleh Adun Kijal itu.<br \/>\n\u201cMula-mula memang cara baik tapi kalau ada orang cabar saya kena peranglah. Saya pun ada had kesabaran. Jangan tengok saya begini\u2026maka, kata Menteri Besar penakut dan tak berani,\u201d jelasnya ketika berucap merasmikan Bangunan Umno Cawangan Pekan Kertih, 7 April lalu.<\/p>\n<p>Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman, Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar serta mantan Adun Kemasik, Dato\u2019 Abu Bakar Ali.<\/p>\n<p>Kemelut Umno Terengganu ini menjadi semakin \u2018panas\u2019 selepas cubaan Adun Kijal, Dato\u2019 Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya, Dato\u2019 Seri Ahmad Razif pada Persidangan Dun Terengganu, 8 Mac lalu gagal.<\/p>\n<p>Ahmad Razif ketika itu terselamat dari undi tidak percaya apabila Speaker Dun Terengganu, Dato\u2019 Mohd Zubir Embong bertindak menolak usul tersebut.<\/p>\n<p>Satu perjumpaan khas antara Setiausaha Agung Umno, Dato\u2019 Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan Dato\u2019 Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 8 April lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM KUALA TERENGGANU &#8211; Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kini semakin tertekan dengan \u2018kata dua\u2019 diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato\u2019 Seri Ahmad Said kepadanya. Meski pun, Ahmad Razif cuba menyembunyikan kegusaran itu dari pertanyaan media namun \u2018badi\u2019 kerusi panas Menteri Besar (MB) tersebut berlaku sejak mantannya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":44658,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":44658,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":542,"height":337,"file":"2016\/04\/AHMAD-RAZIF.jpg","filesize":60065,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1460163902","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":44657,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/AHMAD-RAZIF.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44657"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=44657"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44657\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/44658"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=44657"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=44657"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=44657"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}