{"id":44554,"date":"2016-04-05T17:06:32","date_gmt":"2016-04-05T09:06:32","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=44554"},"modified":"2016-04-05T17:10:47","modified_gmt":"2016-04-05T09:10:47","slug":"felda-perlu-akui-ada-projek-tanam-semula-yang-gagal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/felda-perlu-akui-ada-projek-tanam-semula-yang-gagal\/","title":{"rendered":"FELDA Perlu Akui Ada Projek Tanam Semula Yang Gagal"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Naraza Muda<\/p>\n<p>Apabila saya mendapat aduan dari wakil Peneroka Felda Chalok Rahmat, Saudara Azmi Maarof, mengenai beberapa masalah urus tadbir pengurusan tanam semula kedua yang dihadapi beberapa peneroka Felda yang terlibat dengan proses ini sejak menyerahkan urusan pengurusan tanam semula kedua pada tahun 2007, melibatkan lot ladang blok kecil 3 ekar ( setiap peneroka ), saya bergegas ke Felda ini untuk melihat kebenaran dakwaan wakil peneroka ini dan alangkah terkejutnya saya, andaian dan kebimbangan peneroka selama ini betul-betul berlaku.33<\/p>\n<p>Felda Chalok Rahmat diantara Tanah rancangan yang paling awal memasuki proses tanam semula kali kedua di Terengganu dan merupakan Tanah Rancangan pertama dibuka di negeri ini. Walaupun tidak ada angka yang tepat jumlah ladang peneroka yang terbabit dan luas kawasan bermasalah, kami dapat saksikan dengan jelas keadaan yang sepatutnya tidak berlaku kerana kos pengurusan dan operasi ini semuanya akan ditanggung oleh individu terbabit.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/IMG_20160405_170153.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-44558\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/IMG_20160405_170153-300x180.jpg\" alt=\"IMG_20160405_170153\" width=\"300\" height=\"180\" \/><\/a>Lebih malang lagi setelah melalui proses sejak dari tebang sehinggalah tahun ke 3 pengeluaran hasil menjadi terbantut kerana ada kawasan tidak ditanam dan tidak dibuat tanaman kembali anak-anak benih yang mati. Ini merupakan kerugian yang tidak sepatutnya berlaku. Lazimnya pokok sawit mula mengeluarkan hasil setelah melepasi 36 bulan dari tarikh ditanam.<\/p>\n<p>Kadar kos semasa terkini yang ditetapkan oleh Felda untuk tanaman sawit ialah RM10,000 \/ hektar dan melalui beberapa fasa penanaman sehingga mencapai tahap titik pulang modal. Apabila peneroka mula menyerahkan urusan tanam semula ini, bermula pokok ditebang, Felda memberi pinjaman &#8216; Sara Hidup&#8217; RM100 seekar pada tahun pertama, RM120 seekar pada tahun kedua dan RM130 seekar pada tahun ketiga.<\/p>\n<p>Apabila memasuki tahun ke empat atau selepas 36 bulan, peneroka Felda diberi pinjaman &#8216; pendahuluan hasil&#8217; sebanyak RM140 seekar dan bermula tahun ke enam hingga lapan, peneroka dibayar pendahuluan hasil sebanyak RM150 seekar.Peneroka Felda diberi keluasan 10 hinggan 14 ekar setiap orang.<\/p>\n<p>Jika berlaku kelewatan atau tahun ke 4 tidak mendatangkan hasil sepertimana jadual seperti kes ini, kita bimbang kos pengurusan dan operasi akan meningkat dan segala pinjaman yang diberi tidak dapat ditolak dengan hasil yang tiada akibat tidak ada pokok dan masih berada ditahap proses penanaman gantian anak pokok walaupun sudah 7 tahun.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/IMG_20160405_170153.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-44558\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/IMG_20160405_170153-300x180.jpg\" alt=\"IMG_20160405_170153\" width=\"300\" height=\"180\" \/><\/a>Merujuk kepada kes di Felda Chalok Rahmat ini, ada lot peneroka tidak ditanam dengan anak sawit, ada sebahagian dibiar kosong, anak benih yang mati tidak diganti dengan baik dan membiarkan anak pokok di dalam semak.( hutan kecil )<\/p>\n<p>Saya terkejut ada pokok anak balak sebesar tong gas memasak di dalam ladang peneroka ( rujuk gambar berkaitan ). Anak pokok yang tidak sama rata saiznya akibat dari tempoh menanam kembali anak benih dengan jarak masa yang lama. Amalan penjagaan yang baik gagal dilakukan disebahagian ladang peneroka ini.<\/p>\n<p>Terdapat aduan peneroka, mengatakan pihak pengurusan akan menyerahkan kembali urusan pengurusan ladang peneroka dalam masa terdekat ini. Ini menimbulkan persoalan bagaimana dengan lot-lot ladang yang masih tiada anak sawit?<\/p>\n<p>Oleh itu sewajarnya pihak Felda Wilayah Terengganu turun dan mengadakan perbincangan dengan peneroka terbabit sebagai jalan penyelesaian terbaik dalam kes ini. Peneroka Felda yang sebahagian besar di Felda ini sudah diuruskan oleh anak-anak generasi kedua dan ketiga.<\/p>\n<p>Kami tidak mahu bebanan hutang bertambah kedalam akaun peneroka akibat daripada tadbir urus ladang yang bermasalah dan menyebabkan peneroka lain hilang keyakinan untuk menyerahkan urusan tanam semula ini. Antara tanah rancangan yang akan melalui proses tanam semula kali kedua di Terengganu seperti Felda Bukit Bading dan Felda Jerangau terjejas dengan masalah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/IMG_20160405_170241.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-44557\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/IMG_20160405_170241-300x178.jpg\" alt=\"IMG_20160405_170241\" width=\"300\" height=\"178\" \/><\/a>Sebelum ini beberapa tanah rancangan menghadapi masalah tanam semula seperti Felda Gugusan Tun Ghafar di Melaka. Seramai 79 peneroka peringkat dua Felda Tenang, Labis Johor juga mendakwa kebun mereka tidak diuruskan dengan baik oleh pihak bertanggungjawab apabila mendapati sebahagian besar anak benih pokok kelapa sawit di kebun mereka yang mati akibat diserang kumbang.<\/p>\n<p>Felda perlu membuktikan perancangan tidak menghadapi masalah semasa pelaksanaan dan yang penting keyakinan peneroka Felda dapat dipulihkan dan dapat memacu kegemilangan Felda seperti sebelum ini. Felda juga tidak sepatutnya menyisihkan peneroka-peneroka yang berkemampuan untuk mengurus sendiri secara individu tanam semula ladang mereka, bahkan Felda seepatutnya memberi galakan dengan memberi bantuan teknikal kepada peneroka yang mampu berdikari.<\/p>\n<p>***Penulis ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Naraza Muda Apabila saya mendapat aduan dari wakil Peneroka Felda Chalok Rahmat, Saudara Azmi Maarof, mengenai beberapa masalah urus tadbir pengurusan tanam semula kedua yang dihadapi beberapa peneroka Felda yang terlibat dengan proses ini sejak menyerahkan urusan pengurusan tanam semula kedua pada tahun 2007, melibatkan lot ladang blok kecil 3 ekar ( setiap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":44560,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":44560,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2048,"height":1152,"file":"2016\/04\/IMG_20160405_165901.jpg","filesize":824869,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/04\/IMG_20160405_165901.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44554"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=44554"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44554\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/44560"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=44554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=44554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=44554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}