{"id":4439,"date":"2011-01-20T16:24:44","date_gmt":"2011-01-20T08:24:44","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/respon-kepada-isis-kaji-buku-jingga-secara-menyeluruh\/"},"modified":"2011-01-20T16:24:44","modified_gmt":"2011-01-20T08:24:44","slug":"respon-kepada-isis-kaji-buku-jingga-secara-menyeluruh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/respon-kepada-isis-kaji-buku-jingga-secara-menyeluruh\/","title":{"rendered":"Respon kepada ISIS: Kaji Buku Jingga Secara Menyeluruh"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/Drzul.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/Drzul.jpg\" style=\"float: left;\" \/><em><strong>-Sebelum menuduh program 100 hari menyebabkan negara bankrap<\/strong><\/em><br \/>Dalam laporan berita <a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/info.asp?y=2011&amp;dt=0113&amp;pub=Utusan_Malaysia&amp;sec=Politik&amp;pg=po_09.htm\"><em>Utusan Malaysia<\/em><\/a> bertarikh 13 Jan 2011, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan  Antarabangsa (ISIS) Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari  Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak  menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kritikan beliau berasaskan tiga perkara, iaitu:<br \/>1. Program tersebut semata-mata bersifat agihan dan tiada usaha untuk mencambah ekonomi;<br \/>2. Subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali; serta <br \/>3. Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kajian  Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat perbandingan terperinci  dengan mendalami Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk meneliti  kritikan-kritikan tersebut.  Secara kesimpulannya, KPRU berpendapat  bahawa ketiga-tiga hujah yang menjadi asas kritikan ISIS adalah songsang  dan tidak berasas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Program 100 Hari Pakatan Rakyat bersifat agihan<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berdasarkan  Buku Jingga yang bertajuk Agenda Pakatan: Ubah Sekarang, Selamatkan  Malaysia, Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam  semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya  berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama. (<em>Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia<\/em>, 2011, m.s 17)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Program  100 Hari Pakatan Rakyat hanya merupakan permulaan kepada reformasi  tersebut yang berasaskan Dasar Bersama.  Dasar-dasar pertumbuhan ekonomi  yang lebih luas disebut dalam <a href=\"http:\/\/www.keadilanrakyat.org\/images\/stories\/webimg\/docs\/Dasar-PakatanRakyat.pdf\">Dasar Bersama Pakatan Rakyat<\/a> yang menyentuh ekonomi berprestasi tinggi, berkemahiran tinggi, ekonomi  telus, desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri, tenaga  kerja dan lain-lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka Program  100 Hari Pakatan Rakyat merupakan program konkrit yang bakal (atau mula)  dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas Pakatan Rakyat mendapat  mandat rakyat, dan sebab itu adalah kurang adil jika program 100 hari  didakwa bersifat agihan dan tidak mengutamakan perkembangan ekonomi.   Sebagai sebuah badan pemikiran bersejarah, ISIS seharusnya memahami  bahawa dasar pertumbuhan memerlukan pembaharuan dan transformasi  berbentuk struktur yang berjangka panjang, malah program 100 hari adalah  sekadar permulaan kepada agenda reformasi ekonomi politik Pakatan  Rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Malaysia akan muflis jika melaksanakan Program Pakatan Rakyat<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kedua,  ISIS juga menuduh bahawa dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, subsidi  dberikan secara besar-besaran sehingga Malaysia mengalami hutang yang  besar seperti Greek dan Itali.  Untuk membuat perbandingan, nisbah  hutang isi rumah dan hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) bagi Greek, Itali dan Malaysia telah diberikan seperti yang  berikut:<\/p>\n<table border=\"1\" align=\"left\">\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"67\" valign=\"top\">\n<div><strong>Negara<\/strong><\/div>\n<\/td>\n<td width=\"138\" valign=\"top\">\n<div><strong>Nisbah hutang isi <\/strong><\/div>\n<div><strong>rumah kepada KDNK<\/strong><\/div>\n<\/td>\n<td width=\"150\" valign=\"top\">\n<div><strong>Nisbah hutang kerajaan<\/strong><\/div>\n<div><strong>kepada KDNK<\/strong><\/div>\n<\/td>\n<td width=\"55\" valign=\"top\">\n<div><strong>Defisit<\/strong><\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"67\" valign=\"top\">\n<div>Malaysia(1,2)<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"138\" valign=\"top\">\n<div>76%<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"150\" valign=\"top\">\n<div>53.7%<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"55\" valign=\"top\">\n<div>7.4%<\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"67\" valign=\"top\">\n<div>Greek(3)<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"138\" valign=\"top\">\n<div>61%<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"150\" valign=\"top\">\n<div>126.8%<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"55\" valign=\"top\">\n<div>15.4%<\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"67\" valign=\"top\">\n<div>Itali(4,5)<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"138\" valign=\"top\">\n<div>47%<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"150\" valign=\"top\">\n<div>116%<\/div>\n<\/td>\n<td width=\"55\" valign=\"top\">\n<div>5.3%<\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semasa  menjawab kenyataan Perdana Menteri Najib Razak bahawa Program 100 Hari  Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim  berkata bahawa jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Program  100 Hari Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion. (Kenyataan Akhbar Anwar  Ibrahim, &#8220;<a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/news.php?n=11449\">Pakatan Hanya Perlukan RM19 bilion untuk Rakyat<\/a>&#8220;, 11 Jan 2011) RM19.2 bilion ini adalah setara dengan 3.68% daripada KDNK tahun 2009.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Definasi  bankrupsi bagi sesebuah kerajaan adalah apabila hutang kerajaan  tersebut telah melepasi KDNK (nisbah melebihi 100%) dan tidak mampu  menjelaskan hutang bon.  Greek berada dalam risiko bankrupsi apabila  pemegang bon bimbang bahawa kerajaannya tidak dapat menjelaskan hutang  bon bernilai AS$23 bilion yang matang pada April dan Mei 2010.  Situasi  Malaysia jauh berbeza berbanding dengan situasi Greek.  Hutang kerajaan  Malaysia berada pada paras 53.7%, manakala hutang Greek dan Itali  mencecah 126.8% dan 116% masing-masing.  Penambahan RM19.2 bilion  ataupun 3.68% daripada KDNK tersebut tidak akan mengakibatkan Malaysia  muflis.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lagipun, punca utama krisis  hutang Greek adalah disebabkan korupsi dan rasuah, yang mana juga  diperakui oleh Perdana Menterinya George Papandreou.  Dalam <a href=\"http:\/\/www.transparency.org\/policy_research\/surveys_indices\/cpi\/2010\/results\">Indeks Persepsi Rasuah<\/a>,  kedudukan Greek adalah pada tangga ke-78, lebih teruk daripada Malaysia  yang menduduki tangga ke-56. Maka kita boleh menyatakan bahawa,  walaupun tadbir urus dan pengurusan kewangan kerajaan Malaysia adalah  semakin teruk, tetapi adalah kurang bertanggungjawab jika kita membuat  kesimpulan secara tergesa-gesa bahawa Malaysia akan muflis jika  melaksanakan pakej 100-hari tersebut yang hanya akan membelanjakan  RM19.2 bilion.  Lebih-lebih lagi, seperti apa yang dikatakan oleh Ahli  Parlimen UMNO Johor Bahru <a href=\"http:\/\/www.konsumerkini.net.my\/v1\/index.php\/berita-terkini\/polisi-awam\/129-kerajaan-gagal-jelaskan-ketirisan-rm28-bilion\">Shahrir Abdul Samad<\/a>,  kerajaan BN masih gagal menjelaskan ketirisan dan kebocoran berjumlah  RM28 bilion yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan. Jika RM28 bilion  ketirisan ini dapat dijimatkan, kerajaan masih dapat menikmati lebihan  sebanyak RM8.8 bilion selepas pelaksanaan Program 100 Hari Pakatan  Rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyentuh  kritikan ISIS terakhir bahawa Dasar Pakatan Rakyat menyerahkan  pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta, KPRU  berpendapat bahawa sebenarnya Dasar Bersama Pakatan Rakyat amat  mengutamakan daya saing negara, malah juga bertekad merancakkan  pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta  menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan agar menjadikan  ekonomi Malaysia berdaya maju. (Dasar Bersama Pakatan Rakyat, 2009, m.s  9)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa  yang ditolak dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat adalah penswastaan yang  membebankan rakyat, struktur subsidi yang menguntungkan kroni dan  korporat besar, sistem tender yang tidak adil, telus dan terbuka, serta  sistem cukai yang regresif.  Maka Pakatan Rakyat bukan menyerahkan  segala pengurusan ekonomi kepada kerajaan tetapi sekadar mengembalikan  peranan kerajaan yang sebenar (<em>reinstate the role of the government<\/em>) sementara merombak semula sistem sedia ada yang mengekang pertumbuhan sektor swasta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulannya,  KPRU berpendapat bahawa ISIS harus mengkaji Dasar Bersama dan juga  Program 100 Hari Pakatan Rakyat secara menyeluruh terlebih dahulu  sebelum membawa hujah dan membentangkan kenyataannya.  Adalah amat tidak  bertanggungjawab bagi sebuah badan pemikiran yang berwibawa membuat  dakwaan secara suka hati dan tidak berasaskan fakta dan analisa konteks  program tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1.<a href=\"http:\/\/biz.thestar.com.my\/news\/story.asp?file=\/2010\/9\/8\/business\/6994480&amp;sec=business\" target=\"_blank\">http:\/\/biz.thestar.com.my\/<\/a><br \/>2.<a href=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/malaysia\/article\/government-debt-in-2009-more-than-50pc-of-gdp-says-audit\/\" target=\"_blank\">http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/<\/a><br \/>3.<a href=\"http:\/\/www.investmentandbusinessnews.co.uk\/headline\/portugal-ireland-debts-wages-house-prices\/\" target=\"_blank\">http:\/\/www.investmentandbusinessnews.co.uk\/<\/a><br \/>4.<a href=\"http:\/\/www.bloomberg.com\/news\/2010-12-08\/italy-budget-adds-political-risk-to-debt-woes-for-berlusconi-euro-credit.html\" target=\"_blank\">http:\/\/www.bloomberg.com\/<\/a><br \/>5.<a href=\"http:\/\/www.google.com\/publicdata?ds=jnhjj7mtl7cmt_&amp;met=gd_pc_gdp&amp;idim=eu_country:IT&amp;dl=en&amp;hl=en&amp;q=italy+government+debt\" target=\"_blank\">http:\/\/www.google.com\/<\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">*Kajian Politik untuk Perubahan (<a href=\"http:\/\/kpru2010.wordpress.com\/\">KPRU<\/a>)  merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal.  KPRU ditubuhkan  pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat  Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KPRU  memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan  sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada  masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai  pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan  wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan  datang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KPRU merupakan institusi  pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong  reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara,  rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk  mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi  kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan  kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program  pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta. &#8211; Merdeka Review<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>-Sebelum menuduh program 100 hari menyebabkan negara bankrapDalam laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 13 Jan 2011, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi. Kritikan beliau berasaskan tiga perkara, iaitu:1. Program tersebut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4439"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4439"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4439\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4439"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4439"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4439"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}