{"id":4434,"date":"2011-01-20T02:42:25","date_gmt":"2011-01-19T18:42:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/dailog-antara-agama\/"},"modified":"2011-01-20T02:42:25","modified_gmt":"2011-01-19T18:42:25","slug":"dailog-antara-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dailog-antara-agama\/","title":{"rendered":"Dailog Antara Agama"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/harussanilawannikaziz.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/harussanilawannikaziz.gif\" style=\"float: right;\" \/><em><strong>&#8211; Harussani kata &#8216;tak ada faedah!&#8217;<\/strong><\/em><br \/>Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar  diadakan majlis pertemuan dan dialog antara\u00a0 agama bagi menangani  masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.<\/p>\n<p>Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan  cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa  mesej keharmonian antara kaum.<\/p>\n<p>Menurut Asri dengan adanya dialog ini bukan menonjolkan perspektif  wujud sifat \u2018kurang Islam\u2019 sebaliknya ia platform terbaik untuk  menangani masalah sosial di negara ini.<\/p>\n<p>\u201cDialog antara agama ini mencari isu yang membawa kerjasama dari sudut kemasyarakatan, khususnya bagi bukan Islam untuk<br \/> menerangkan kebaikan dalam Islam.<\/p>\n<p>\u201cTiada agama yang menghalalkan zina dan arak. Sesetengah agama  terlalu menekankan isu-isu spiritual dan lupa tentang gejala sosial.<\/p>\n<p>Menerusi dialog ini mereka akan mendapat manfaat,\u201d katanya ketika dihubungi FMT.<\/p>\n<p>Semalam Nik Aziz berkata isu meliputi judi, arak, zina dan pergaulan  bebas boleh dianjurkan menerusi dialog mahupun majlis pertemuan oleh  mana-mana badan bebas.<\/p>\n<p>Asri juga tidak keberatan untuk turut serta jika dialog itu diadakan,  namun menurut beliau Nik Aziz perlu melakukan inisiatif untuk<br \/> mengadakan majlis tersebut.<\/p>\n<p>\u201cNik Aziz perlu ada inisiatif untuk menjadikan dialog ini sebagai  platform besar membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya memulakan  dialog di Kelantan,\u201d cadang Asri.<\/p>\n<p><span style=\"color: #993366;\"><strong>Tidak berfaedah<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Bagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berpandangan dialog tidak perlu dan disifatkan sebagai \u2018tidak berfaedah\u2019.<\/p>\n<p>Katanya, sesetengah isu yang diketengahkan kurang sesuai memandangkan hukum halal haram itu digunapakai oleh agama Islam.<\/p>\n<p>Malah beliau turut mempersoalkan tindakan hasil dari perbincangan mengenai isu pergaulan bebas itu yang meruntuhkan moral dan<br \/> akhlak hingga membawa kepada gejala sosial.<\/p>\n<p>\u201cJudi arak bagi agama lain tiada apa-apa, hanya dalam Islam yang  diharamkan ke atas umat kita. Jika nak bincangkan tentang arak apa akan  jadi? Tak kan kita mahu angkat tangan dan undi tanda setuju? Apa pula  faedahnya kita bincang urusan keruntuhan akhlak? Apa pula tindakannya  selepas itu?\u201d soal beliau.<\/p>\n<p>Beliau turut merujuk kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.<\/p>\n<p>\u201cDalam negara kita sudah letak perlembagaan bahawa Islam itu agama  rasmi. Nak bincang buat apa lagi? Jika nak bincang isu khalwat<br \/> itu bukan haram pada agama lain, tapi bagi kita haram,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, merujuk kepada isu orang Islam yang bekerja di premis  penyediaan minuman arak, Harussani berpendapat ia kelemahan kerajaan  negeri Selangor.<\/p>\n<p>Beliau turut bersetuju dengan tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di premis arak.<\/p>\n<p>\u201cBetul tindakan yang dibuat MPSJ dengan melarang orang Islam bekerja  di premis arak. Tapi kerajaan negeri Selangor pula bersekongkol. Mereka  ada kuasa untuk buat peraturan tapi masih lemah dalam membuat  perlaksanaan.<\/p>\n<p>\u201cHukum tetap haram bagi orang Islam bekerja di premis itu, institusi  sudah larang tapi kerajaan negeri Selangor tidak terima. Itu tidak  betul,\u201d jelas Harussani.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Harussani kata &#8216;tak ada faedah!&#8217;Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara\u00a0 agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama. Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4434"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4434"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4434\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4434"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4434"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4434"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}