{"id":4426,"date":"2011-01-20T01:48:54","date_gmt":"2011-01-19T17:48:54","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/nisa-ajak-remaja-jauhi-zina\/"},"modified":"2011-01-20T01:48:54","modified_gmt":"2011-01-19T17:48:54","slug":"nisa-ajak-remaja-jauhi-zina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/nisa-ajak-remaja-jauhi-zina\/","title":{"rendered":"Nisa\u2019 ajak remaja jauhi zina"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/NISA%27KEMAMAN.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/NISA%27KEMAMAN.jpg\" style=\"float: right;\" \/><strong>KEMAMAN<\/strong> \u2013 Nisa\u2019 Kawasan Kemaman mengambil langkah proaktif  menganjurkan Program Cakna Anak Muda sempena Kempen Anda Bijak Jauhi  Zina berikutan masalah sosial di daerah ini yang membimbangkan.   <\/p>\n<p>Ketua Nisa\u2019 Kawasan Kemaman, Narliati Lamshah berkata, program  pertama itu bertujuan mengelakkan remaja perempuan terjerumus dengan  pergaulan bebas yang menjadi pencetus penyakit sosial seperti gejala  buang anak, minah rempit, gadis GRO dan sebagainya.  <\/p>\n<p> Katanya, aspek pembalasan berikutan perbuatan sumbang yang ditekankan  dalam program selama sehari berkenaan diyakini mampu memberi keseda-ran  dan keinsafan kepada golongan gadis supaya tidak mudah terjebak dengan  perbuatan terkutuk.  <\/p>\n<p>\u201cprogram turut bertujuan memberi kefahaman Islam kepada remaja mengenai perbuatan yang ditegah Allah SWT.   <\/p>\n<p>\u201cPada masa sama, kita juga dedahkan mereka mengenai akibat yang  akan mereka lalui disebabkan hanyut dalam pergaulan bebas,\u201d katanya dipetik Sinar Harian<\/p>\n<p>Menurutnya, pergau-lan bebas antara remaja perempuan dan lelaki kini seakan-akan sudah menjadi budaya.  <\/p>\n<p>\u201cJusteru, masalah sosial inilah yang kita mahu cegah bagi mengelakkan kes buang anak terus berleluasa,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sempena Program Cakna Anak Muda sempena  Kempen Anda Bijak Jauhi Zina yang diadakan di Markas Tarbiyah Pas  Cawa-ngan Bukit Mentok.  <\/p>\n<p>Narliati berkata, sehubungan itu, program turut menekankan aspek  pembalasan di dunia dan akhirat sekiranya remaja tidak taat kepada  perintah agama.  <\/p>\n<p>Katanya, aspek keima-nan dan akidah serta sifat takut kepada  Allah SWT turut ditekankan sepanjang program sebagai penyelesaian  sebenar kepada masalah pergaulan bebas yang berlaku hari ini.  <\/p>\n<p>Sementara itu, langkah Nisa\u2019 Kawasan Kemaman menganjurkan  program itu berbaloi kerana kira-kira 190 remaja perempuan mengikutinya  yang hanya dikenakan yuran pendafta-ran sebanyak RM3.  <\/p>\n<p>Antara pengisian pada program itu yang dikendalikan penceramah  bebas, Muhammad Hajia Sofia Mohamad dan Pakar Keluarga Hospital Marang,  Dr Suhazli Abdullah itu termasuk slot kenal diri dan kenal pencipta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN \u2013 Nisa\u2019 Kawasan Kemaman mengambil langkah proaktif menganjurkan Program Cakna Anak Muda sempena Kempen Anda Bijak Jauhi Zina berikutan masalah sosial di daerah ini yang membimbangkan. Ketua Nisa\u2019 Kawasan Kemaman, Narliati Lamshah berkata, program pertama itu bertujuan mengelakkan remaja perempuan terjerumus dengan pergaulan bebas yang menjadi pencetus penyakit sosial seperti gejala buang anak, minah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4426"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4426"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4426\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4426"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4426"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4426"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}