{"id":44162,"date":"2016-03-21T16:34:21","date_gmt":"2016-03-21T08:34:21","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=44162"},"modified":"2016-03-21T16:34:21","modified_gmt":"2016-03-21T08:34:21","slug":"pribumi-sarawak-jadi-penduduk-kelas-bawahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pribumi-sarawak-jadi-penduduk-kelas-bawahan\/","title":{"rendered":"Pribumi Sarawak Jadi Penduduk Kelas Bawahan"},"content":{"rendered":"<p>MIRI &#8211; Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass atau nama asalnya &#8216;Pujut Rail&#8217; merupakan penempatan setinggan di pinggir bandaraya Miri.<\/p>\n<p>Menurutnya Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Jofri Jaraiee, kebanyakan penduduk di situ berbangsa Melayu Miriek, Melanau, orang Ulu dari Baram dan juga Iban.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Keadaan-rumah-di-kpg-Pujut-Rail.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-44164\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Keadaan-rumah-di-kpg-Pujut-Rail-225x300.jpg\" alt=\"Keadaan rumah di kpg Pujut Rail\" width=\"225\" height=\"300\" \/><\/a>Katanya, majoriti penghuninya adalah pribumi Sarawak dan sudah menetap di situ lebih dari 50 tahun.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun bandaraya Miri merupakan sebuah bandaraya peranginan yang indah dan menarik tetapi masih terdapat lagi rakyat yang kurang bernasib baik,<\/p>\n<p>\u201ctinggal dalam keadaan daif disebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah kerana harga terlalu mahal,\u201dujarnya.<\/p>\n<p>Selain itu, Yang Dipertua PAS Miri itu berkata, mereka juga tidak dapat menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan termasuk elektrik dan bekalan air bersih.<\/p>\n<p>\u201cMereka seolah-olah dianggap sebagai golongan kelas bawahan disebabkan mereka tinggal diatas tanah kerajaan dan dianggap sebagai setinggan walaupun mereka adalah penduduk asal dan juga warganegara Malaysia.<\/p>\n<p>\u201csepatutnya menikmati kemudahan asas dari pihak pemerintah tetapi dipinggirkan disebabkan mereka tidak mampu bersaing dengan pelabur luar yang kaya raya serta mampu membeli tanah dari pihak kerajaan yang sepatutnya penduduk asal diberi geran tanah,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, mereka sudah lama memohon kemudahan asas tersebut tetapi malangnya pemohonan mereka ditolak disebabkan mereka tinggal di penempatan setinggan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/IC-Helmi-Majid-Rashidah-Johni.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-44165 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/IC-Helmi-Majid-Rashidah-Johni-225x300.jpg\" alt=\"IC Helmi Majid &amp; Rashidah Johni\" width=\"225\" height=\"300\" \/><\/a>Oleh itu, katanya, mereka terpaksa menyambung bekalan elektrik dan air dari rumah sebelah yang ada kemudahan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cJambatan papan kayu atau titian yang usang menuju ke rumah mereka yang dibina dipinggir sungai juga tidak begitu selamat untuk digunakan sekiranya tidak berhati-hati.<\/p>\n<p>\u201cRumah mereka juga dibina menggunakan papan kayu dan papan lapis yang terpakai dan mereka amat memerlukan bantuan dari pihak berkuasa untuk membina rumah yang selesa dan selamat untuk tempat tinggal,\u201dkata Jofri.<\/p>\n<p>Bukan sahaja dianaktirikan dari mendapat kemudahan, bahkan warga emas dikalangan mereka turut tidak mendapat pembelaan.<br \/>\n\u201cKita juga mendapat aduan dari warga emas yang masih belum mendapat bantuan bulanan dari badan kebajikan.<\/p>\n<p>\u201cMereka sudah lama memohon tetapi tiada sebarang jawapan sehingga kini.<\/p>\n<p>\u201cAntara mereka ialah Encik Helmi Bin Majid dan isteri beliau Puan Rashidah Binti Johni dari Kampung Pujut Padang Kerbau, dan juga Encik Pa Bin Keri dari Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass,\u201dujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, mereka pernah memohon bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di Miri tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari Jabatan Kebajikan berkenaan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Resit-Kebajikan-Pa-Bin-Keri.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-44166\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Resit-Kebajikan-Pa-Bin-Keri-300x225.jpg\" alt=\"Resit Kebajikan Pa Bin Keri\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Justeru itu, PAS menggesa pihak berkuasa segera membantu mereka.<\/p>\n<p>\u201cKita mengesa pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan dapat segera membantu serta menyelesaikan masalah penduduk yang berkenaan dengan sebaiknya<\/p>\n<p>\u201ckerana mereka adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang berhak diberi tempat tinggal yang selesa serta bantuan yang sewajarnya,\u201dtegasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MIRI &#8211; Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass atau nama asalnya &#8216;Pujut Rail&#8217; merupakan penempatan setinggan di pinggir bandaraya Miri. Menurutnya Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Jofri Jaraiee, kebanyakan penduduk di situ berbangsa Melayu Miriek, Melanau, orang Ulu dari Baram dan juga Iban. Katanya, majoriti penghuninya adalah pribumi Sarawak dan sudah menetap di situ lebih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":44163,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":44163,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1600,"height":1200,"file":"2016\/03\/Kg-Pujut-Tg-Batu.jpg","filesize":420246,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":44162,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Kg-Pujut-Tg-Batu.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44162"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=44162"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44162\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/44163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=44162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=44162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=44162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}