{"id":4356,"date":"2011-01-13T04:37:53","date_gmt":"2011-01-12T20:37:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/dap-perbezaan-pendirian-tak-gugat-pakatan-rakyat\/"},"modified":"2011-01-13T04:37:53","modified_gmt":"2011-01-12T20:37:53","slug":"dap-perbezaan-pendirian-tak-gugat-pakatan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dap-perbezaan-pendirian-tak-gugat-pakatan-rakyat\/","title":{"rendered":"DAP: Perbezaan pendirian tak gugat Pakatan Rakyat"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/tansenggiaw.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/tansenggiaw.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw mengakui ketiga-tiga parti  dalam pakatan pembangkang mempunyai pendirian berbeza dalam sesuatu isu  tetapi itu tidak menjejaskan kerjasama mereka.<\/p>\n<p>\u201cKita kini lebih memberi tumpuan terhadap isu yang dipersetujui  bersama iaitu mengenai pembasmian kemiskinan, perjuangan politik yang  adil dan kerajaan yang bersih,\u201d katanya dalam satu SMS kepada Bernama  ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi  Awang bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak  akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam  pakatan pembangkang.<\/p>\n<p>Namun Hadi menerusi blognya semalam menafikan laporan akhbar itu yang  disifatkannya tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa PAS akan terus  menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi  Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya  dalam ruang lingkup perlembagaan dengan Islam sebagai agama rasmi  negara.<\/p>\n<p>Pembantu Pengarah Bahagian Pendidikan Politik DAP, Jeff Ooi Chuan  Aun, berkata parti itu sememangnya memahami ideologi politik yang dibawa  PAS iaitu untuk menubuhkan negara Islam.<\/p>\n<p>\u201cApa yang dihebohkan hanya untuk memanaskan kita dalam pakatan dan kita tidak akan termakan umpan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain PAS dan DAP, satu lagi parti dalam pakatan pembangkang ialah Parti Keadilan Rakyat.<\/p>\n<p>Mengenai sama ada terdapat sebarang perjanjian antara ketiga-tiga  parti itu bahawa PAS berjanji tidak akan menubuhkan negara Islam  sekiranya pakatan itu mentadbir negara, beliau berkata perkara berkenaan  di luar pengetahuannya.<\/p>\n<p>\u201cSerasa saya perkara itu (untuk tidak menubuhkan negara Islam) belum pernah dibincangkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ooi berkata kenyataan Abdul Hadi pada Ahad lalu adalah putar belit media.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin isu ini akan terus berulang terutamanya menjelang pilihan raya kecil Tenang,\u201d katanya. \u2013 Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw mengakui ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai pendirian berbeza dalam sesuatu isu tetapi itu tidak menjejaskan kerjasama mereka. \u201cKita kini lebih memberi tumpuan terhadap isu yang dipersetujui bersama iaitu mengenai pembasmian kemiskinan, perjuangan politik yang adil dan kerajaan yang bersih,\u201d katanya dalam satu SMS kepada Bernama ketika diminta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4356"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4356"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4356\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4356"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4356"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4356"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}