{"id":4347,"date":"2011-01-12T09:55:23","date_gmt":"2011-01-12T01:55:23","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/khusrin-jaga-selangor-ibarat-kucing-jaga-ikan\/"},"modified":"2011-01-12T09:55:23","modified_gmt":"2011-01-12T01:55:23","slug":"khusrin-jaga-selangor-ibarat-kucing-jaga-ikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/khusrin-jaga-selangor-ibarat-kucing-jaga-ikan\/","title":{"rendered":"Khusrin Jaga Selangor Ibarat Kucing Jaga Ikan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/Cat-and-Fish-Bowl-512X384-120.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/Cat-and-Fish-Bowl-512X384-120.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor melambangkan betapa  primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda  dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan  Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu. <\/p>\n<p>Apabila Khusrin  dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan  roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas  sekali ketagihan Umno mencabul Perlembagaan sudah tidak dapat dirawat  lagi.<\/p>\n<p>Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno \u201cmerogol\u201d  bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta (  rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak , Umno membunuh doktrin  \u201ctrias politica\u201d ( pengasingan kuasa ) , doktrin raja berperlembagaan  dan pemakaian konvesyen Perlembagaan iaitu Menteri Besar dan kabinetnya  seharusnya dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Adakah Umno fikir  rakyat masih lupa bagaimana Umno mengganyang Speaker Perak yang sah,  menyalahgunakan polis dan SPRM bagi mewujudkan ketakutan kepada  Adun-Adun Pakatan di Perak dan akhirnya memanipulasi sistem kehakiman  yang sudah hancur bagi mengiyakan segala \u201cdosa\u201d yang Umno lakukan ke  atas Kerajaan Pakatan .<\/p>\n<p>Jika Umno tidak ada niat untuk mensabotaj  Kerajaan Pakatan di Selangor mengapakah Umno menyalahgunakan Ketua  Setiausaha Negara ( yang malangnya sedia disalahgunakan ) bagi melantik  Khusrin sebagai SUK Selangor. <\/p>\n<p>Umno penuh sedar Khusrin telah  banyak melakukan perkara yang dilihat menentang dan mencabar secara  terbuka polisi Kerajaan Selangor.  JAIS yang pernah dikepalai oleh  Khusrin banyak melakukan tindakan-tindakan yang menyusahkan Kerajaan  Selangor.  Bukankan Khusrin yang telah gagal memberi nasihat dan  pandangannya yang betul kepada Sultan Selangor dalam isu Ahli Parlimen   DAP Serdang yang hadir di dalam Surau Al-Huda, Kajang kerana  menghulurkan bantuan. Adakah Umno ingat rakyat masih lupa dengan  kata-kata Khusrin bahawa \u201c Teo Nie Ching tidak boleh masuk ke dalam  masjid kerana berhadas besar\u201d sedangkan Nabi Muhammad sendiri  membenarkan orang-orang Kristian Najran bersembahyang ( cara mereka ) di  Masjid Nabi . <\/p>\n<p>Adakah Umno ingat rakyat masih lupa bahawa  Khusrin tidak langsung bersuara jauh sekali menggunakan \u201cfatwa hadas  besarnya\u201d  kepada Ahli Parlimen  MIC dari Hulu Selangor P.Kamalanathan  yang juga bukan beragama Islam apabila Ahli Parlimen tersebut berada di  dalam masjid  Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bersama-sama Adun Umno  bagi memberikan replica cek . <\/p>\n<p>Adakah Umno ingat rakyat sudah  lupa Khusrin adalah individu yang bersungguh-sungguh melarang  tokoh-tokoh ilmuan dalam Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru  Haji Hadi menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid \u2013masjid dan  surau-surau di Selangor tetapi dalam masa yang sama berkempen kepada  Nazir Masjid Al-Ihsan , Kampun Medan supaya membenarkan permintaan Umno  untuk mengundang Presiden Umno, Najib Tun Razak berceramah di Masjid  tersebut      <\/p>\n<p>Umno sudah tentu tahu bahawa dalam mana sistem  demokrasi berparlimen ala Westminster menjadi satu prinsip yang diterima  pakai secara sejagat bahawa seorang Ketua Setiausaha sama ada di  peringkat pusat atau di peringkat negeri bertanggungjawab berkhidmat  dengan Kerajaan semasa ( government of the day ) dengan jujur dan setia.  Tidak perlu diiingatkan SUK di Negeri Selangor mestilah seorang yang  bersedia secara jujur dan penuh taat setia memastikan dasar Kerajaan  Pakatan di Selangor dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin. Dengan  lain perkataan SUK tersebut mestilah individu yang tidak membuat  tindakan yang dilihat bertentangan dengan polisi Kerajaan Pakatan.<\/p>\n<p>Bertolak  dari situ , menjadi satu konvesyen Perlembagaan ( constitutional  convention ) mana-mana Kerajaan Negeri di Negara ini mestilah mempunyai  suara dan wajar dirunding sebelum seorang SUK ingin dilantik di Selangor  .  Sudah tentu mana-mana Kerajaan Negeri termasuk Selangor tidak akan  mahukan SUK yang dilantik adalah individu yang mempunyai track record  yang buruk kepada Kerajaan Negeri yang berkenaan. Khusrin adalah seorang  kakitangan awam di Negeri Selangor yang secara jelas termasuk dalam  kategori individu yang tidak  dapat dan tidak bersedia melaksanakan  polisi Kerajaan Pakatan di Selangor. Tagline &#8216;khusrin anti Pakatan dan  pro Umno\/BN &#8216; terpampang di dahi Khusrin.<\/p>\n<p>Khusrin bukan sahaja  tidak boleh diharapkan untuk melaksanakan polisi Kerajaan Selangor  sebaliknya beliau telah dibuktikan secara terbuka menentang , mensabotaj  dan memburukkan imej Kerajaan Selangor dengan tindakan-tindakannya yang  saya telah nyatakan sebelum ini. Mungkin Khusrin sesuai berkhidmat  sebagai SUK  jika Kerajaan Selangor masih diterajui oleh Kerajaan bobrok  Umno tetapi beliau amat tidak layak untuk  berkhidmat dengan Kerajaan  Pakatan yang berpegang kepada paradigma politik yang baru.  <\/p>\n<p>Memanglah  seorang SUK pada prinsip umumnya harus bersifat berkecuali dan  \u201capolitical\u201d ( tidak menyebelahi ). Dengan lain perkataan seorang SUK  tanpa mengira parti mana pun memerintah mesti bersedia menjalankan  tugasnya membantu menjayakan misi dan visi kerajaaan yang beliau  bertugas di bawahnya. Adakah ada orang yang sihat pemikirannya boleh  percaya Khusrin akan bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan  misi dan visi Kerajaaan Pakatan di Selangor. <\/p>\n<p>Mungkin ada yang  berhujah kenapakah tidak diberi peluang Khusrin terlebih dahulu  menjalankan tugasnya sebagai SUK Selangor . Ini hujah yang agak menarik  tapi penuh dengan racun. Hakikatnya hujah ini meminta Kerajaan Selangor  memberi peluang Khusrin meranapkan Kerajaan Pakatan di Selangor.   Menerima hujah ini samalah ibaratnya memberi peluang kucing menjalankan  tugas menjaga ikan. Kalau ikan tidak dimamah sehingga hancur itu bukan  namanya kucing !    <\/p>\n<p>Hakikatnya Khusrin sudah pun diberi peluang  berkhidmat di dalam Kerajaan Pakatan di Selangor sebagai Pengarah JAIS  walaupun tidak mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang agama bagi  memegang jawatan tersebut. Adakah sikap dan tindakan Pengarah JAIS di  bawah Kerajaan Umno di Selangor yang banyak menggangu autonomi masjid  berbeza selepas Kerajaaan Pakatan memerintah Selangor ? Bukankah Exco  Agama Selangor pun diketepikan oleh Khusrin dalam banyak tindakan beliau  ?<\/p>\n<p>http:\/\/peguampas.blogspot.com\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu. Apabila Khusrin dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4347"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4347"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4347\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4347"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4347"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4347"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}