{"id":4344,"date":"2011-01-12T07:11:01","date_gmt":"2011-01-11T23:11:01","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/harga-barang-naik-menteri-macam-tak-pernah-bersekolah\/"},"modified":"2011-01-12T07:11:01","modified_gmt":"2011-01-11T23:11:01","slug":"harga-barang-naik-menteri-macam-tak-pernah-bersekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/harga-barang-naik-menteri-macam-tak-pernah-bersekolah\/","title":{"rendered":"Harga Barang Naik; Menteri &#8216;macam&#8217; Tak Pernah Bersekolah"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/baranganaik.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/baranganaik.gif\" style=\"float: left;\" \/>Ketua Penerangan PAS,\u00a0 Idris Ahmad menyifatkan kenyataan  menteri-menteri kabinet mengenai\u00a0 kenaikan harga barangan pengguna sejak  kebelakangan ini seperti\u00a0 menteri yang tidak pernah\u00a0 bersekolah.<\/p>\n<p>\u201cIni jawapan dari seorang menteri yang macam tidak bersekolah.\u00a0  Mereka ingat senang-senang ke nak bodohkan rakyat?\u00a0 Macamana harga  barang tak naik?\u00a0 Anda meniaga sendirilah, baru tahu macam mana.<\/p>\n<p>\u201cKalau barang yang sampai kepada mereka pun harga dah mahal atau  lebih tinggi dari sebelumnya, macam mana mereka hendak jual dengan harga  yang sama seperti sebelumnya atau lebih murah?<\/p>\n<p>\u201cKalau nak marah kepada peniaga dan pengedar semata-mata tentulah tak  adil kerana ekonomi ini seperti satu rantaian.\u00a0 Pengedar pula tentu  akan mengambil kira\u00a0 harga dari kilang yang naik akibat peningkatan kos,  kos pengangkutan dan sebagainya,\u201d kata beliau ketika dihubungi.<\/p>\n<p>Menurut Idris, walaupun terdapat segelintir peniaga yang mengambil  kesempatan namun secara umumnya faktor utama yang menyumbang kepada  kenaikan harga barang pengguna disebabkan kelemahan kerajaan dalam  menguruskan ekonominya yang tidak mendahulukan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMemang ada peniaga yang ambil kesempatan menaikkan harga barang tapi  kenaikan harga barang sekarang ini melibatkan seluruh negara.\u00a0  Percayakah anda harga barang naik sebab semua peniaga seluruh negara  ambil kesempatan?\u00a0 Sebenarnya segelintir sahaja yang naikkan harga  barang secara berlebihan.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/TanLianHoe.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/TanLianHoe.jpg\" style=\"float: right;\" \/>\u201d Tetapi media kerajaan sengaja memberi liputan terhadap  penyelewengan peniaga yang menyorokkan bekalan dan menaikkan harga di  pasaran berlebihan untuk mengaburi kelemahan mereka menguruskan ekonomi  yang tidak mendahulukan rakyatnya.<\/p>\n<p>Idris turut menemplak kenyataan seorang Timbalan Menteri yang  dipercayai merujuk kepada Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri, Koperasi\u00a0 dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe (gambar kanan) yang baru-baru  ini dilaporkan sebagai berkata bekalan keperluan pengguna seperti minyak  masak mencukupi di pasaran.<\/p>\n<p>\u201cKemudian ada pula timbalan menteri yang cakap bekalan barang  keperluan sentiasa cukup di pasaran.\u00a0 Contohnya minyak masak dan bawang,  tapi bila kita hendak beli, terpaksa keluar masuk empat, lima kedai  baru dapat.<\/p>\n<p>\u201cItu pun harga yang mahal.\u00a0 Bayangkan harga bawang besar boleh cecah  RM5 sekilogram dari cuma seringgit lebih, lepas tu tiga ringgit lebih.\u00a0  Dalam masa lebih kurang setahun sahaja, sekarang dah RM5 sekilogram\u00a0  atau RM18 seguni berbanding sebelumnya RM5 sahaja seguni,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi\u00a0 dan  Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri berkata penyelarasan harga beberapa  barangan termasuk harga bahan api yang dibuat oleh kerajaan tidak\u00a0  memberi kesan kepada harga barangan lain<\/p>\n<p>Bagaimanapun baru-baru ini beliau mengubah kenyataannya dengan  mengatakan\u00a0 penyelarasan tersebut akan hanya memberi impak yang minima  dan tidak melibatkan semua barang.<\/p>\n<p>Dalam isu yang sama, Idris menyambut baik pelawaan Pakar Matematik  Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop untuk berkongsi formula dengan  mana-mana parti politik yang berhasrat memerintah negara ini bagi  meringankan bebanan rakyat.<\/p>\n<p>Dalam satu kajian yang dijalankan sebelum ini, Prof Hamid mendapati  harga bahan api di negara ini boleh diturunkan memandangkan negara ini  merupakan sebuah negara pengeluar minyak.<\/p>\n<p>Dalam kajian yang sama juga mendapati oleh kerana Malaysia sebuah  negara pengeluar minyak, harga minyak dalam pasaran tempatan tidak wajar  ditentukan mengikut pasaran antarabangsa bagi membolehkan harga yang  rendah diberikan untuk pasaran tempatan.-FMT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Penerangan PAS,\u00a0 Idris Ahmad menyifatkan kenyataan menteri-menteri kabinet mengenai\u00a0 kenaikan harga barangan pengguna sejak kebelakangan ini seperti\u00a0 menteri yang tidak pernah\u00a0 bersekolah. \u201cIni jawapan dari seorang menteri yang macam tidak bersekolah.\u00a0 Mereka ingat senang-senang ke nak bodohkan rakyat?\u00a0 Macamana harga barang tak naik?\u00a0 Anda meniaga sendirilah, baru tahu macam mana. \u201cKalau barang yang sampai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4344"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4344"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4344\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4344"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4344"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4344"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}