{"id":43235,"date":"2016-02-19T22:36:57","date_gmt":"2016-02-19T14:36:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=43235"},"modified":"2016-02-19T22:36:57","modified_gmt":"2016-02-19T14:36:57","slug":"pas-akan-pertahankan-kerusi-parlimen-kuala-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-akan-pertahankan-kerusi-parlimen-kuala-terengganu\/","title":{"rendered":"PAS Akan Pertahankan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS menegaskan parti itu akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.<\/p>\n<p>Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS akan meletakkan calonnya bertanding di Kuala Terengganu dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar pula jika parti DAP yang bertanding PAS juga akan menyertainya.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) keatas kerusi-kerusi berkenaan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/Satiful1.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-43237\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/Satiful1-300x194.png\" alt=\"Satiful1\" width=\"300\" height=\"194\" \/><\/a>\u201cParliman Kuala Terengganu memang kita (PAS) akan letak calon. Sebab ini dahulunya kerusi PAS, dia (Dato\u2019 Raja Kamarul Bahrin) keluar itu dia punya pasal.<\/p>\n<p>\u201c(DUN) Bandar ini kita (PAS) masih lagi ada hubungan tahaluf dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tetapi tidak dengan DAP.<\/p>\n<p>\u201cSaya dapat makluman, ada masalah wakil rakyat sekarang (PKR) dan mungkin DAP akan ambil bertanding di Dun Bandar. Jika DAP yang bertanding di Bandar ini, PAS akan tandinglah.<\/p>\n<p>\u201cJika PKR yang bertanding, kita (Terengganu) akan tengok keputusan PAS Pusat bagaimana. Hubungan dia (PAS) dengan PKR sehingga PRU akan dating,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol, Kuala Terengganu pada Khamis 18 Februari.<\/p>\n<p>Majlis itu diadakan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2016 bersama Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS Terengganu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/IMG-20160218-WA00951.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-43238 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/IMG-20160218-WA00951-300x192.jpg\" alt=\"IMG-20160218-WA0095\" width=\"300\" height=\"192\" \/><\/a>Mengulas isu kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru antara parti-parti pembangkang dengan kerajaan pada PRU14, PAS menyatakan kesediaannya bagi menghadapi pilihan raya tersebut.<\/p>\n<p>Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menjelaskan bahawa persiapan jentera parti PAS Terengganu bagi 32 Dun dan lapan Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini, kita (PAS) persiapkan jentera parti untuk pilihan raya di 32 Dun dan lapan Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) harap supaya PKR yang ada hubungan dengan Parti Amanah Nasional (PAN) dalam Pakatan Harapan supaya kawal rakannya (PAN) itu. Jika dia (PAN) hendak bertanding juga di Kuala Terengganu maknanya dia (PKR) tidak pandai jaga kawan dia hingga BN boleh menang.<\/p>\n<p>\u201cSebab, jika berlaku tanding tiga penjuru itu kemungkinan yang menang Umno-BN. Jadi siapa yang tolong Umno sebenarnya,\u201d soal beliau.<\/p>\n<p>Namun begitu, katanya PAS tidak akan membiarkan BN menang percuma tanpa tentangan meski pun menghadapi kesukarannya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/IMG-20160218-WA0066.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-43239\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/IMG-20160218-WA0066-300x169.jpg\" alt=\"IMG-20160218-WA0066\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>\u201cKita (PAS) tidak akan beri BN menang percuma. Di Terengganu ini PAS yang sepadan lawan BN. PAS juga ada sejarahnya pernah menang di DUN Bandar walau pun itu kawasan ramai juga pengundi Cina.<\/p>\n<p>\u201cUntuk Parlimen Kuala Terengganu \u2018confirm\u2019 PAS akan tanding dan sebab itu kita (PAS) buka pejabat ini. Pada PRU sebelum ini pun PAS pernah bertanding tiga penjuru di negeri ini seperti di Parlimen Dungun,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kawasan Kuala Terengganu dan pejabat DHPP Kawasan Kuala Terengganu itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p>Pada majlais itu, kira-kira 100 keping angpau diagihkan kepada warga emas masyarakat Tionghua sempena tahun baharu itu serta jamuan rakyat disediakan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS menegaskan parti itu akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang. Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS akan meletakkan calonnya bertanding di Kuala Terengganu dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar pula jika parti DAP yang bertanding PAS juga akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":43236,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":43236,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":849,"height":531,"file":"2016\/02\/Satiful.png","filesize":929609,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":43235,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/Satiful.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43235"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=43235"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43235\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/43236"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=43235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=43235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=43235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}