{"id":4318,"date":"2011-01-10T10:03:43","date_gmt":"2011-01-10T02:03:43","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/fuad-malukan-warga-pendidik\/"},"modified":"2011-01-10T10:03:43","modified_gmt":"2011-01-10T02:03:43","slug":"fuad-malukan-warga-pendidik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/fuad-malukan-warga-pendidik\/","title":{"rendered":"Fuad malukan Warga Pendidik"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/fuadzarkashi.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/fuadzarkashi.jpg\" style=\"float: right;\" \/><strong>&#8211; Markom dipelawa &#8216;jadi calon&#8217; BN lawan PAS di Tenang<\/strong><br \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran\u00a0 Dr Mohd Puad Zarkashi yang mempertahankan\u00a0 Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk\u00a0 Barisan Nasional di\u00a0 Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010. <\/p>\n<p>Tindakan beliau amat memalukan rakyat Malaysia khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.\u00a0 Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad\u00a0\u00a0 menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam\u00a0 beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan. <\/p>\n<p>Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji\u00a0 ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya\u00a0 boleh diperolehi dengan mudah di YouTube. Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada\u00a0 Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang\u00a0 turut hadir dalam taklimat tersebut.\u00a0 Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi\u00a0 calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang.\u00a0 Antara ucapan-ucapan beliau\u00a0 adalah :<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua\u201d<br \/>\u201c Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini\u201d<\/p>\n<p> Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program\u00a0 tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki\u00a0 berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa\u00a0 iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN.\u00a0 Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik\u00a0 ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.<\/p>\n<p> Taklimat Tn Hj Markom ternyata\u00a0 dengan jelas cuba mengerakkan\u00a0 guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa\u00a0 taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi\u00a0 Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan? Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi\u00a0 DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi\u00a0 kerajaan?\u00a0 Intipati\u00a0 taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi\u00a0 Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.<\/p>\n<p>Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat.\u00a0 Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional.\u00a0 Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Saya sangat khuatir\u00a0 ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.<\/p>\n<p>DPP Malaysia mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini.\u00a0 DPP Malaysia juga meminta Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. <strong>DPP Malaysia penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan\u00a0 ini. <\/p>\n<p>Suhaizan Bin Kayat<br \/>Ketua Penerangan<br \/>Dewan Pemuda PAS Pusat<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Markom dipelawa &#8216;jadi calon&#8217; BN lawan PAS di TenangDewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran\u00a0 Dr Mohd Puad Zarkashi yang mempertahankan\u00a0 Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk\u00a0 Barisan Nasional di\u00a0 Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010. Tindakan beliau amat memalukan rakyat Malaysia khususnya warga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4318"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4318"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4318\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4318"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4318"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4318"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}