{"id":4286,"date":"2011-01-06T23:09:19","date_gmt":"2011-01-06T15:09:19","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/moqtada-al-sadr-pulang-ke-iraq\/"},"modified":"2011-01-06T23:09:19","modified_gmt":"2011-01-06T15:09:19","slug":"moqtada-al-sadr-pulang-ke-iraq","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/moqtada-al-sadr-pulang-ke-iraq\/","title":{"rendered":"Moqtada Al-Sadr Pulang Ke Iraq"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/moqtadaal-sadr.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/moqtadaal-sadr.jpg\" width=\"300\" height=\"200\" style=\"float: right;\" \/>NAJAF: Seorang pemimpin agama puak Syiah  berfahaman pelampau, Encik Moqtada al-Sadr, pulang ke Iraq lewat  kelmarin dan beliau disambut sebagai wira di &#8216;kubunya&#8217; di Najaf selepas  empat tahun berada di luar negara.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Encik Moqtada al-Sadr telah pulang  ke rumahnya di Najaf. Beliau tiba pada 3 petang (waktu tempatan) bersama  beberapa pemimpin pergerakan Sadr,&#8217; kata satu sumber pergerakan itu  sambil menambah bahawa Encik Sadr akan terus tinggal di Iraq.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ratusan penyokongnya keluar di  beberapa batang jalan raya di kejiranan Al-Hanana di Najaf, sebuah  bandar di bahagian tengah Iraq &#8211; tempat tinggal Encik Sadr &#8211; sebagai  meraikan kepulangan beliau sambil diawasi pasukan keselamatan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya tidak dapat melahirkan  kegembiraan saya apabila mendengar berita ketibaan Moqtada,&#8217; kata Encik  Mohamed Hussein, 33 tahun, seorang penduduk Najaf.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya bergegas lari keluar untuk memastikan bahawa Sayyid Moqtada ada di Najaf,&#8217; tambahnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Sadr, yang memakai serban  hitam yang biasanya dipakai seseorang yang digelar &#8216;Sayyid&#8217;, berkunjung  ke makam Imam Ali, salah sebuah tempat yang dianggap suci oleh para  pengikut Syiah, diiringi para pengawal peribadinya yang berpakaian  kelabu, sebelum pulang ke rumahnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kehadiran Encik Sadr di Iraq akan  memastikan bahawa beliau mempunyai suara utuh dalam politik Iraq ketika  askar-askar Amerika Syarikat meninggalkan negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau meninggalkan Iraq pada 2007  sebagai seorang pembelot dan pemimpin gerakan populis tegar dengan  anggota-anggota militannya menentang askar-askar Amerika dan Iraq.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kini Encik Sadr pulang sebagai tokoh  yang diterima dengan sah, memimpin sebuah gerakan politik terancang  yang menjadi rakan penting dalam pemerintah baru Perdana Menteri Nouri  al-Maliki.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Sadr juga boleh memberikan  tekanan kuat ke atas perdana menteri itu &#8211; dan dijangka meminta supaya  tiada seorang pun askar Amerika yang tinggal di Iraq melewati tarikh  terakhir pengunduran tentera kuasa besar itu yang dijadualkan pada akhir  tahun ini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, kepulangannya juga  menimbulkan kekhuatiran di kalangan penduduk Iraq, khususnya puak Sunni  yang masih ingat dengan jelas pembunuhan puak mereka oleh anggota  militan Tentera Mahdi yang dipimpin Encik Sadr, dan percaya beliau  diperalatkan oleh Iran. &#8212; AFP, AP<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NAJAF: Seorang pemimpin agama puak Syiah berfahaman pelampau, Encik Moqtada al-Sadr, pulang ke Iraq lewat kelmarin dan beliau disambut sebagai wira di &#8216;kubunya&#8217; di Najaf selepas empat tahun berada di luar negara. &#8216;Encik Moqtada al-Sadr telah pulang ke rumahnya di Najaf. Beliau tiba pada 3 petang (waktu tempatan) bersama beberapa pemimpin pergerakan Sadr,&#8217; kata satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4286"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4286"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4286\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}