{"id":42754,"date":"2016-02-05T00:07:38","date_gmt":"2016-02-04T16:07:38","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=42754"},"modified":"2016-02-05T00:07:38","modified_gmt":"2016-02-04T16:07:38","slug":"masyarakat-cina-sarawak-gembira-dengan-kehadiran-petugas-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/masyarakat-cina-sarawak-gembira-dengan-kehadiran-petugas-pas\/","title":{"rendered":"Masyarakat Cina Sarawak Gembira Dengan Kehadiran Petugas PAS"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Nooreni Abu Bakar<\/p>\n<p>DUNGUN &#8211; Dewan Muslimat PAS Terengganu yakin peluang calon PAS yang akan bertanding di kerusi N20 Sadong Jaya cerah, apabila kunjungan pasukan tinjauan ke DUN terbabit mendapat sambutan dari penduduk setempat.<\/p>\n<p>Ahli Jawatankuasanya, Puan Khairiah Mokhti berkata kehadiran beliau bersama rombongan PAS Kawasan Dungun telah disambut mesra oleh para penduduk di sana.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/sarawak2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-42756 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/sarawak2-300x174.jpg\" alt=\"sarawak2\" width=\"300\" height=\"174\" \/><\/a>&#8220;PAS Kawasan Dungun telah ditugaskan untuk menyatuni pengundi-pengundi di N20 DUN Sadong Jaya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ziarah, menyampaikan sumbangan dan tukar minyak pelincir oleh Pemuda.\u201d<\/p>\n<p>\u201crombongan kami dibahagi kepada 2 kumpulan, sambil ziarah, kami beri sumbangan dan edar buah limau kepada pengundi Cina di Batang Sadong, penerimaan mereka sangat terbuka dan mengenali PAS.\u201dujarnya ketika dihubungi.<\/p>\n<p>Menurutnya, rombongan yang memulakan tinjauan pada 28 Januari dianggotai oleh Sembilan orang pemimpin PAS Kawasan Dungun termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura dan Rantau Abang, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan Cikgu Alias Harun.<\/p>\n<p>Turut sama adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat Terengganu Puan Serena Lim Abdullah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/sarawak-tukar-minyak-pelincir1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-42757\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/sarawak-tukar-minyak-pelincir1-300x225.jpg\" alt=\"sarawak tukar minyak pelincir1\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Serena ketika diminta mengulas hasil tinjauan selama lima hari itu melahirkan rasa syukur kerana dapat menjalankan amanah yang diberikan oleh parti.<\/p>\n<p>Katanya, kesempatan sempena hampirnya sambutan Tahun Baru memudahkan beliau bertemu dan bermesra dengan kaum Cina.<\/p>\n<p>\u201csaya menemui kaum Cina yang dianggarkan 300 orang, tapi yang mengundi di situ hanya seratus lebih sahaja,<\/p>\n<p>\u201cKebetulan musim perayaan Tahun Baru Cina, kami mengambil kesempatan mengucapkan selamat dan kami gembira kerana ada ang membalas pemberian kami dengan buah-buahan dari kebun mereka,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>Bahkan katanya, ada penduduk yang diziarahi menghadiahkan air kotak kerana melihat rombongan tersebut.<\/p>\n<p>\u201ctak kurang juga yang mengajak kami masuk ke dalam rumah dan mahu menjamu kami, yang lucunya ada yang tarik tangan saya tak benarkan saya balik,\u201dkatanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/sarawak3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-42758 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/sarawak3-300x178.jpg\" alt=\"sarawak3\" width=\"300\" height=\"178\" \/><\/a>Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mendahului Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dengan mengumumkan tarikh pilihan raya negeri itu pada 30 April dan penamaan calonnya pada 18 April depan.<\/p>\n<p>Walaupun pilihan raya kali ke-11 negeri Sarawak dijangka berlangsung dalam masa dua bulan lagi, namun kenyataan Adenan telah mula memanaskan suasana politik &#8216;bumi kenyalang&#8217;.<\/p>\n<p>Parti yang memerintah telah mula menggerakkan jenteranya apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato&#8217; Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Adenan.<\/p>\n<p>PAS pula telah mengisytiharkan akan bertanding pada 11 kerusi apabila Ketua Pengarah Pilihan Rayanya Dato&#8217; Mustafa Ali mengumumkan demikian pada satu sidang media minggu lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN &#8211; Dewan Muslimat PAS Terengganu yakin peluang calon PAS yang akan bertanding di kerusi N20 Sadong Jaya cerah, apabila kunjungan pasukan tinjauan ke DUN terbabit mendapat sambutan dari penduduk setempat. Ahli Jawatankuasanya, Puan Khairiah Mokhti berkata kehadiran beliau bersama rombongan PAS Kawasan Dungun telah disambut mesra oleh para penduduk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":42755,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":42755,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":869,"height":517,"file":"2016\/02\/sarawak.jpg","filesize":208908,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1454628411","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":42754,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/02\/sarawak.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42754"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42754"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42754\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42755"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42754"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42754"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42754"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}