{"id":42589,"date":"2016-01-31T15:32:16","date_gmt":"2016-01-31T07:32:16","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=42589"},"modified":"2016-01-31T15:32:16","modified_gmt":"2016-01-31T07:32:16","slug":"teruskanmenulis-menulis-menulis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/teruskanmenulis-menulis-menulis\/","title":{"rendered":"Teruskan\u2026\u2026Menulis, menulis, menulis!"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Azizah Mahmood<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_151025.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-42591 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_151025-300x207.jpg\" alt=\"IMG_20160131_151025\" width=\"300\" height=\"207\" \/><\/a>Pemandangan hijau dengan pohon-pohon dan tumbuhan semulajadi, deru air jernih yang mengalir menampakkan putih pasir Lata Belatan di tambah desir angin nyaman yang di sahut riang unggas rimba menyaksikan \u2018team media\u2019 mengatur jejak untuk bermalam di dalam hutan demi sebuah impian kejayaan media.<\/p>\n<p>Program \u2018Retreat\u2019 Media Negeri Terengganu berlangsung pada 29 hingga 30hb Januari di Chalet Lata Belatan dengan peserta seramai 25 orang mewakili 8 kawasan Kuala Terengganu yang mengumpulkan wartawan muda dan jurugambar.<\/p>\n<p>Matlamat program memantapkan kemahiran media yang progresif lagi kreatif itu, telah menjemput tokoh-tokoh wartawan dan jurufoto yang berkaliber untuk berkongsi ilmu kewartawanan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150401.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-42592\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150401-300x201.jpg\" alt=\"IMG_20160131_150401\" width=\"300\" height=\"201\" \/><\/a>Antaranya Puan Salmah Mat Hussin, wartawan kanan Harakah Kelantan, yang begitu bersemangat memberi ilmu yang ada padanya untuk diwarisi generasi baru.<\/p>\n<p>\u201cjangan rasa kita tak pandai selagi kita tak mencuba, tak mengapa andai tulisan kita tidak di terima jauh sekali di terbitkan,<\/p>\n<p>\u201cyang penting kita terus menghasilkan berita yang benar-benar berkualiti, dan dapat membawa agenda yang kita mahu dalam membantu Parti kita,&#8221; ujar beliau, menuturkan kata dalam program Perkongsian Pengalaman sebagai seorang orang media.<\/p>\n<p>Sesi soal jawab adalah ruang memberi banyak penyelesaian liku-liku permasalahan kewartawanan, yang dapat di rungkai terutama menyentuh persoalan utama \u20185W 1H\u2019.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150621.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-42593 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150621-300x184.jpg\" alt=\"IMG_20160131_150621\" width=\"300\" height=\"184\" \/><\/a>Seorang peserta Salwanaa Ghani dari Seberang Takir berkata, &#8220;pencerahan tentang bidang media di kalangan penulis muda amat penting terutama dalam memperincikan maksud wartawan itu sendiri yang perlu kepada ilmu,\u201d.<\/p>\n<p>Kesungguhan dan masa untuk menjadikan setiap berita itu, adalah factor penting untuk menarik minat pembaca.<\/p>\n<p>Itu antara ucapan Rizal Tahir, nama yang tersohor dalam penghasilan gambar-gambar menarik hasil pemilihan sudut pandang beliau yang unik .<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150759.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-42594\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150759-300x175.jpg\" alt=\"IMG_20160131_150759\" width=\"300\" height=\"175\" \/><\/a>Beliau telah berkongsi pengalaman beliau selama lebih kurang 20 tahun dengan Harakah, terutamanya detik-detik beliau membuat liputan dan mengambil foto-foto al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.<\/p>\n<p>Dalam kata-kata beliau yang paling berkesan, menyebut, &#8221; jangan malu untuk ke depan jika sudut pandang itu yang paling menarik untuk kita merakam gambar yang unik, jurufoto yang baik akan menilai setiap sudut itu hidup dan ada cerita yang tersendiri&#8221;.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_151417.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-42595 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_151417-300x183.jpg\" alt=\"IMG_20160131_151417\" width=\"300\" height=\"183\" \/><\/a>Kemuncak retreat adalah sesi bersama Pemangku Ketua Pengarang Harakah iaitu Wan Nordin Wan Yaacob, yang begitu bersemangat berkongsi pengalaman menjadi Pengarang.<\/p>\n<p>&#8220;kerja kewartawanan ini melatih kita menjadi individu yang jujur tidak mementingkan diri bahkan meletakkan matlamat yang jelas tanpa di pengaruhi unsur-unsur negatif, itu ciri penulis yang perlu ada.<\/p>\n<p>\u201cBakat Akan datang jika kita bersungguh dan berminat dan kita kena yakin dengan keupayaan kita,\u201dujar beliau yang sudah berkhidmat lebih 14 tahun bersama Harakah.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerja kewartawanan ini bukan tempat untuk kita cari pendapatan lumayan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_152510.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-42596\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_152510-195x300.jpg\" alt=\"IMG_20160131_152510\" width=\"195\" height=\"300\" \/><\/a>\u201ckerjalah dengan ikhlas\u2026\u2026\u2026\u2026.apa yang penting adalah 3 M iaitu menulis, menulis dan menulis,&#8221;tegas beliau yang merupakan antara perkongsian ilmu yang begitu bermanfaat buat insan yang mahu bergelar penulis, tidak mengira penulis berita atau yang lainnya.<\/p>\n<p>Pengerusi Unit Media dan Penerbitan Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu Sazali Mohd Noor yang menjadi moderator, banyak bertindak sebagai \u2018penyuluh jalan\u2019.<\/p>\n<p>Program \u2018Bual Bicara\u2019 begitu \u2018hidup\u2019 sehingga dua jam masa berlalu tanpa disedari, malam sudah merangkak ke waktu dinihari.<\/p>\n<p>Banyak persoalan terurangkai, terutamanya soal pokok bagaimana mahu meningkatkan muu penulisan serta kaedah asas bagaimana mahu menjadi penulis yang \u2018istiqamah\u2019.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150915.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-42597 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150915-300x180.jpg\" alt=\"IMG_20160131_150915\" width=\"300\" height=\"180\" \/><\/a>Wan Nordin turut berkongsi cerita tentang kehidupannya bersama \u2018akhbar lidah rasmi PAS\u2019 yang kini sedang dalam penstrukturan pentadbiran dan editorial, bagi menjamin ia tetap lestari dihati sanubari, para pembaca dan pejuang Islam.<\/p>\n<p>Program berakhir lewat pada hari pertama, kira-kira jam 12.30 tengah malam, setelah para peserta memerah keringat, meributkan otak dan pemikiran.<\/p>\n<p>Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang mempengerusikan program \u2018Brainstorming\u2019 mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga media yang hadir untuk menimba ilmu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_152740.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-42598\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_152740-300x185.jpg\" alt=\"IMG_20160131_152740\" width=\"300\" height=\"185\" \/><\/a>\u201csemoga ilmu dapat di menafaatkan sebaiknya,&#8221; ujar beliau sebelum menutup \u2018tabir\u2019 malam dan para peserta semua berehat sebentar, sebelum bangun kembali untuk munajat \u2018Qiamulali\u2019 kepada Maha Pencipta kira-kira jam 4.30 pagi.<\/p>\n<p>Sebelum meninggalkan tapak \u2018retreat\u2019 pada pagi Sabtu, anggota KAMI dari kawasan Dungun Narza Muda menyampaikan tazkirah selepas solat subuh.<\/p>\n<p>Antara lain, pesananya yang pastu tidak akan dilupakan oleh para peserta, beliau menyebut, &#8220;ambillah ilmu yang sedikit untuk menjadikan ianya besar bagi kita dan teruskan menulis dan menulis dan menulis,&#8221;.<\/p>\n<p><em>***Azizah Mahmood atau dipanggil dengan manja dengan gelaran \u2018Kak Zah\u2019 adalah merupakan aktivis \u2018superwoman\u2019, menganggotai KAMI dan Ahli Jawatankuasa Unit Media &amp; Penerbitan Lujnah Penerangan PAS Terengganu serta enam Lujnah lain.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Azizah Mahmood Pemandangan hijau dengan pohon-pohon dan tumbuhan semulajadi, deru air jernih yang mengalir menampakkan putih pasir Lata Belatan di tambah desir angin nyaman yang di sahut riang unggas rimba menyaksikan \u2018team media\u2019 mengatur jejak untuk bermalam di dalam hutan demi sebuah impian kejayaan media. Program \u2018Retreat\u2019 Media Negeri Terengganu berlangsung pada 29 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":42590,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":42590,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":4096,"height":2465,"file":"2016\/01\/IMG_20160131_150520.jpg","filesize":1298995,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":42589,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/IMG_20160131_150520.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42589"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42589"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42589\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42590"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42589"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42589"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42589"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}