{"id":4255,"date":"2011-01-04T02:33:52","date_gmt":"2011-01-03T18:33:52","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/kesan-semula-ketirisan-rm340-billion-biayai-sekolah-usang\/"},"modified":"2011-01-04T02:33:52","modified_gmt":"2011-01-03T18:33:52","slug":"kesan-semula-ketirisan-rm340-billion-biayai-sekolah-usang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kesan-semula-ketirisan-rm340-billion-biayai-sekolah-usang\/","title":{"rendered":"Kesan Semula Ketirisan RM340 Billion, Biayai Sekolah Usang!"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin\u00a0 yang mendakwa seolah-olah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan sekolah-sekolah yang usang adalah amat memeranjatkan.<\/p>\n<p>&#8220;Jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 billion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36\u00a0 billion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini,<\/p>\n<p>&#8220;300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai \u2018menghadapi risiko keruntuhan\u2019, kenyataan Muhyidin adalah sesuatu yang amat memeranjatkan,&#8221;dakwa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini. <\/p>\n<p>Zuraida juga menempelak, dengan kenyataan Muhyiddin itu, membenarkan sikap kerajaan pusat yang tidak ikhlas dalam membuat peruntukkan bagi pembangunan pendidikan.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan tersebut, Zuraida yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kerajaan Pusat dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional sebagai &#8216;kerajaan Lanun&#8217;.<\/p>\n<p>&#8220;kerajaan lanun Umno-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan\u00a0 RM6 billion buat Pembangunan berbanding RM29 billion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p>Justeru, beliau yakin, jika ketirisan dari perbelanjaan negara berjumlah RM340 billion, dapat dikesan dan diperolehi semula, masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.<\/p>\n<p>&#8220;(Ketirisan) sebanyak RM100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain,<\/p>\n<p>&#8220;(sekiranya) dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku,&#8221;katanya.<\/p>\n<p>Justeru, beliau menggesa TPM bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 billion tersebut bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang terbabit.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/puadsekolahusang.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/puadsekolahusang.jpg\" width=\"300\" height=\"200\" style=\"float: left;\" \/>Sebelum ini, Kementerian Pelajaran dilaporkan perlukan peruntukan RM500 juta untuk membina dan menaik taraf 576 bangunan sekolah usang di seluruh negara dalam peruntukan pusingan pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) mulai bulan depan.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata berdasarkan laporan jawatan kuasa audit kementerian, bilik darjah sekolah berkenaan berada pada tahap amat kritikal dan memerlukan bangunan baru.<\/p>\n<p>\u201cKementerian akan berusaha memohon peruntukan itu khususnya membina dan menaik taraf enam peratus bangunan sekolah sangat kritikal daripada kira-kira 9,600 sekolah yang diaudit di seluruh negara,\u201d katanya selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanamun, Kota Belud, Sabah.<\/p>\n<p>Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Dr Muhiddin Yusin; Guru Besar SK Nanamun, Alkesah Bidin dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pinjaman Hassin.<\/p>\n<p>Mohd Puad, berkata, antara bangunan sekolah amat kritikal adalah SK Nanamun yang memerlukan pembinaan bangunan baru kerana sukar dinaik taraf, termasuk pendawaian semula dan struktur bangunan sudah reput.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin\u00a0 yang mendakwa seolah-olah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan sekolah-sekolah yang usang adalah amat memeranjatkan. &#8220;Jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 billion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36\u00a0 billion buat Perbelanjaan sepanjang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4255"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4255"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4255\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4255"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4255"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4255"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}