{"id":4253,"date":"2011-01-04T02:00:07","date_gmt":"2011-01-03T18:00:07","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/01\/kerajaan-negeri-tidak-pandai-mengurus\/"},"modified":"2011-01-04T02:00:07","modified_gmt":"2011-01-03T18:00:07","slug":"kerajaan-negeri-tidak-pandai-mengurus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kerajaan-negeri-tidak-pandai-mengurus\/","title":{"rendered":"Kerajaan Negeri Tidak Pandai Mengurus"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/P1170457.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/01\/P1170457.JPG\" width=\"300\" height=\"200\" style=\"float: left; border: 1px solid black;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Sejak mengambil alih pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004, kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno hanya \u2018menadah tangan\u2019 dan semata-mata bergantung kepada \u2018ehsan\u2019 kerajaan pusat. <\/p>\n<p>Melalui pengagihan \u2018Dana Khas\u2019 kerajaan Pusat menjanjikan sejumlah peruntukkan yang akan diberikan, malangnya sebelum wang tersebut diterima sepenuhnya, kerajaan Terengganu menghabiskan peruntukkan tersebut.<\/p>\n<p> \u201cApabila dibelanja (habis) (pada) akhir tahun didapati wang tidak mencukupi. Sebab itu, terpaksa diambil dari Wang Amanah Disatukan daripada deposit api, air, cukai tanah dan sebagainya. <\/p>\n<p>\u201cSepatutnya, dia (kerajaan Terengganu) tidak boleh guna kerana ini (ia) wang amanah tetapi dia ambil dulu pakai kerana tidak cukup wang,\u201djelas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ladang, Dato\u2019 Tengku Hassan Tengku Omar.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pada tahun ini Bajet 2010, sebanyak RM1.8 bilion telah diperuntukkan, tetapi kerajaan negeri telah berbelanja lebih.<\/p>\n<p>Oleh itu, katanya, pada akhir tahun, kerajaan terpaksa dibuat peruntukkan tambahan pada menjadikan jumlahnya RM2 bilion.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak pandai berbelanja kerana telah menghabiskan wang kepada perkara-perkara yang bukan keutamaan. <\/p>\n<p>\u201cContohnya, untuk Zoo RM20 juta, belanja untuk Pulau Bebas Cukai RM25 juta sedangkan itu bukan keutamaan untuk kita. Kemudian, buat parker bertingkat hampir RM10 juta dan wang yang dibelanjakan tidak memberi pulangan kepada rakyat,\u201dujarnya ketika diminta mengulas susulan pembentangan Bajet 2011 oleh kerajaan negeri baru-baru ini.<\/p>\n<p>Oleh itu, menurut beliau, hasil ketidakcekapan itu, kerajaan tidak dapat mengatasi masalah sebenar iaitu masalah kemiskinan rakyat. <\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa, perbelanjaan untuk projek E-Book sebanyak RM100 juta adalah tidak mencapai sasaran sebagaimana didedahkan oleh laporan audit.<\/p>\n<p>\u201cKesilapannya, kerajaan membelanjakan wang tidak mengikut keutamaan dan tidak buat kajian terperinci dan tidak buat \u2018pilot\u2019 projek terlebih dahulu. <\/p>\n<p>\u201cBila telah buat baru timbul masalahnya. E-Book guna bateri yang tahan hanya dua tiga jam sahaja, sedangkan belajar sampai pukul 1.00 petang. (Bila) habis bateri, (pelajar) hendak caj sekolah tidak beri sebab bil. elektrik meningkat, Plug tidak mencukupi,<\/p>\n<p>\u201ckenapa tidak disiapkan terlebih dahulu infrastruktur untuk kemudahan e-Book itu terlebih dahulu? Apakah itu, kaedah yang terbaik. Federal pun tidak buat (e-Book) hanya kita yang buat untuk kejar nombor satu!,\u201dujarnya ketika ditemui wartawan Buletin semalam<\/p>\n<p>Justeru, hakikatnya menurut Dato\u2019 Tengku Hassan, Bajet 2011 juga tidak ada apa-apa kelebihan dan kerajaan berbelanja sama seperti tahun-tahun lepas.<\/p>\n<p>\u201c(kerajaan) tidak ada fokus untuk mengatasi masalah kemiskinan. Belanja banyak tetapi tidak nampak secara \u2018konkrit\u2019 untuk mengatasi masalah ini,\u201dtambahnya.<\/p>\n<p>Natijahnya, kata beliau, kita melihat banyak pembaziran dalam perbelanjaan dan kita menjangkakan negeri akan terus defisit kerana pendapatan hasil negeri hanya RM187 juta setahun sedangkan perbelanjaan sebanyak RM1.8 bilion. <\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa, kerajaan negeri Terengganu tidak bersungguh untuk meningkatkan hasil negeri sebab telah selesa dengan wang yang banyak dan tidak ada usaha-usaha yang dibuat untuk menambahkan hasil negeri. <\/p>\n<p>Beliau bimbang, jika suatu masa hasil minyak sudah habis, kerajaan negeri terpaksa berhutanglah dengan pusat kerana dengan hasil yang ada hendak bayar gaji kakitangan kerajaan pun tidak mampu.<\/p>\n<p>\u201cSemasa Idris jadi Menteri Besar, dia lebih fokus tetapi belanja besar. Idirs belanja besar sampai ratusan juta. MB sekarang (Ahmad Said) tidak fokus dalam menguruskan harta negeri dan harta rakyat. <\/p>\n<p>\u201cJika kerajaan boleh berbelanja beli burung dan angsa sampai RM223,000 kenapa tidak boleh diberi kutamaan itu kepada rakyat. Kos untuk harimau dan binatang lain sampai RM20 juta tetapi untuk rakyat tidak ada seperti kes di Flat Ladang Gemilang. Harga sewaan, status jualbeli dan sebagainya,\u201dkatanya.\u00a0\u00a0 <\/p>\n<p>Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri berkata, semasa PAS memerintah dan royalti minyak disekat, PAS telah melaksananakan beberapa pendekatan dan pembaharuan. <\/p>\n<p>&#8220;Antara usaha berkesan kerajaan PAS kata beliau adalah mengamalkan pentadbiran berhemat. (Kita) Kerajaan mengurangkan perbelanjaan, (dan) kurangan tersebut ditampung oleh anak-anak syarikat, Kita tingkatkan hasil zakat dan percepatkan kelulusan tanah dapat (hasil) tanah (dengan) cepat,\u201dkatanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Sejak mengambil alih pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004, kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno hanya \u2018menadah tangan\u2019 dan semata-mata bergantung kepada \u2018ehsan\u2019 kerajaan pusat. Melalui pengagihan \u2018Dana Khas\u2019 kerajaan Pusat menjanjikan sejumlah peruntukkan yang akan diberikan, malangnya sebelum wang tersebut diterima sepenuhnya, kerajaan Terengganu menghabiskan peruntukkan tersebut. \u201cApabila dibelanja (habis) (pada) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4253"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4253"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4253\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}