{"id":4228,"date":"2010-12-29T23:26:06","date_gmt":"2010-12-29T15:26:06","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/12\/hakim-malaysia-turuti-nasihat-hakim-israel\/"},"modified":"2010-12-29T23:26:06","modified_gmt":"2010-12-29T15:26:06","slug":"hakim-malaysia-turuti-nasihat-hakim-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hakim-malaysia-turuti-nasihat-hakim-israel\/","title":{"rendered":"Hakim Malaysia turuti nasihat hakim Israel??"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/mahkamah.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/mahkamah.gif\" style=\"float: right;\" \/>Sekiranya ada pertandingan \u201capakah perbicaraan yang paling lucu abad  ini\u201d mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri  akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan  tersebut.<\/p>\n<p>Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh  dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar  telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di  Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut  juga tidak akan bersimpati kepada Anwar.<\/p>\n<p>Yang terbaru kita  menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam  permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan  nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang  memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.<\/p>\n<p>Hakim Datuk  Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua  Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan  mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit  kepada pihak pembelaan.<\/p>\n<p>Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota  klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu  pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan  Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut.<\/p>\n<p>Memang  agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan  Anwar tersebut.  Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi  usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara  efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa  Saiful.<\/p>\n<p>Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan  jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala  Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008  adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia  akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas  saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal  doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah  peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor  pakar yang Anwar \u201chire\u201d bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan  pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut<\/p>\n<p>Harus diingat  saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh  HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan  menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil  seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan  peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal  kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota  klinikal !!!<\/p>\n<p>Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar  memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima  bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar  bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu  keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh  dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana  yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa.<\/p>\n<p>Keputusan  Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal  doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan  permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya.  Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di  dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan  sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam  keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan  kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan  pendakwa tersebut.  <\/p>\n<p>Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: bold;\">Pertama,<\/span> Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari  bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak  permohonan Anwar tersebut  . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut  adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu  &#8216;tercemar&#8217; kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi  semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak  diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: bold;\">Kedua<\/span>,  Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau  digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful  Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan  Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut.   Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa,  mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi  mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: bold;\">Ketiga<\/span> Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan  bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak  pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon  perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani  oleh Timbalan Pendakwa raya  dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu  tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak  sah.<\/p>\n<p>Antara fakta yang didakwa Anwar  memihak kepada beliau  ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28  Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim  serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital.  Bagaimanapun Hakim Mahkamah  Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan  kos permohonan Anwar tersebut .<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: bold;\">Keempat<\/span> , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk  mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful  Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal  Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar  memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa  kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful  berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan  pembelaan.<\/p>\n<p>Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga  ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau  memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi  Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada  polis dan di Mahkmah<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: bold;\">Kelima<\/span> , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi  mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain  disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan  pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful  Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar  turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful  ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan  penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga  pakar terbabit.  Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas  alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang  membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan  berkenaan.  <\/p>\n<p>Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum  diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk  Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya.  Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya  sebut di atas adakah suatu keajaiban akan berlaku di dalam permohonan  Anwar terbaru ini.<\/p>\n<p>Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu  meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi  satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu \u201c when we ( judge  ) sit to judge , we are in fact being judged.\u201d ( Apabila kita kita (  hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi.\u201d )<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/peguampas.blogspot.com\/\">PeguamPAS<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekiranya ada pertandingan \u201capakah perbicaraan yang paling lucu abad ini\u201d mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut. Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4228"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4228"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4228\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4228"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4228"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4228"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}