{"id":4223,"date":"2010-12-29T16:44:25","date_gmt":"2010-12-29T08:44:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/12\/perbandingan-prestasi-kerajaan-bn-dengan-pr\/"},"modified":"2010-12-29T16:44:25","modified_gmt":"2010-12-29T08:44:25","slug":"perbandingan-prestasi-kerajaan-bn-dengan-pr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/perbandingan-prestasi-kerajaan-bn-dengan-pr\/","title":{"rendered":"Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Selepas dekat tiga tahun berlakunya  perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi  tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan  Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lima  negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan  Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk  membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran  negeri dan pendemokrasian masing-masing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>PENGURUSAN KEWANGAN<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Johor\/Pahang dengan Selangor<\/strong><br \/>Secara  keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di  Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan  Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan  positif.\u00a0 Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada  Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan  perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh  dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran  pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu  mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan  perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari  segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih  daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah  kurang daripada 1. (Analisis <strong>Nisbah Semasa<\/strong> adalah untuk  mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai  jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi  daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan  kecairan tunai.)\u00a0 Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan  Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan  semasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari segi defisit,  ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang  RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini  mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus  Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk  mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.)\u00a0 Namun  begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika  berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan  di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri  semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan  tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera,  Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan\/Agensi  Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan  belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010.  (<a href=\"http:\/\/paslipis.wordpress.com\/2009\/11\/19\/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2\/\">http:\/\/paslipis.wordpress.com\/2009\/11\/19\/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2\/<\/a>)  Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam  tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata  Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan\/Agensi Negeri  Johor Tahun 2009, m.s 19)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu,  gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta  berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi  gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu  kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96  juta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Analisis Perbandingan  Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan  Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20101229_Perbandingan_Antara_BN_dan_PR.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"middle\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Melaka dengan Pulau Pinang<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun  Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang,  namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri  Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan  pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara  2009.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umpamanya,  KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang  secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa  pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang  benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang.\u00a0  Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009  dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul  berjumlah RM538.95 juta.\u00a0 Berbanding dengan pesaingnya, prestasi  kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik  daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30  juta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, analisis Nisbah  Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah  Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah  Semasa Melaka adalah kurang daripada 1.\u00a0 Fakta ini menunjukkan bahawa  Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah  tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari  segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri  Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri  Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah  dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005.  Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009  (m.s 28).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20101229_Pelaburan_pulau_pinang.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"middle\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerajaan  Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya.\u00a0 Semakin  besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya  lumayan.\u00a0 Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009  (m.s 32)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20101229_Pelaburan_negeri_melaka.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"middle\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><br \/>PENTADBIRAN NEGERI<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Johor\/Pahang dengan Selangor<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara  keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap  lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri.\u00a0 Kerajaan  Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi  supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak  teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah.\u00a0  Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran  Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor  diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (<a href=\"http:\/\/www.harakahdaily.net\/v2\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&amp;catid=1:utama&amp;Itemid=50\">http:\/\/www.harakahdaily.net\/v2\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&amp;catid=1:utama&amp;Itemid=50<\/a>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Kajian Kes: Isu Curi Pasir<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari  segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga  dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang  berlaku di Selangor.\u00a0 Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri  tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Misalnya,  pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82  juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh  Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang  satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan  Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan\/Agensi dan  Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di  Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula  beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian  Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah  runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala,  dan banyak lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambahan lagi,  kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan  nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan  keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan.\u00a0 Menurut mereka,  kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang  menghalang pergerakan bot.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari segi  mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir,  tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika  berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang.\u00a0 Satu Jawatankuasa Khas  diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan  Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering  mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta.\u00a0  Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi  mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Melaka dengan Pulau Pinang<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Struktur  pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat  status sosioekonomi negeri Pulau Pinang.\u00a0 Agenda Kerajaan Negeri Pulau  Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan  kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para  pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad  sekali.\u00a0 Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah  tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat.\u00a0  Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan  Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional  untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan  peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka  diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga.\u00a0 Adakah tindakan tersebut dianggap  hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau  Pinang?\u00a0 Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan  Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berlainan  pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan  yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan  negerinya.\u00a0 Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan  aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta.\u00a0  Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan  Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang  tidak tertanggung?\u00a0 Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh  Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai  Melaka dan projek <em>Eye on <\/em>Malaysia yang tergendala sekian lama  sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada  negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (<a href=\"http:\/\/utusan.com.my\/utusan\/info.asp?y=2010&amp;dt=0923&amp;pub=Utusan_Malaysia&amp;sec=Selatan&amp;pg=ws_01.htm\">Eye on Malaysia jadi &#8216;gajah putih&#8217; <\/a>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>PENDEMOKRASIAN<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Johor\/Pahang dengan Selangor<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari  segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat,  terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di  barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan  Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui  dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh  Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;<br \/>2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);<br \/>3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;<br \/>4. Menghidupkan semula SELCAT;<br \/>5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;<br \/>6. Mengumumkan aset Exco Selangor;<br \/>7.  Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan  pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan  Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek  Perhutanan Semula dan lain-lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di  samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika  berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara  terbuka.\u00a0 Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya  sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada  pihak Pakatan Rakyat.\u00a0 Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan  Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:<br \/>1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;<br \/>2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;<br \/>3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulannya,  fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau  Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding  dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka.\u00a0 Laporan Ketua Audit  Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri  Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional.\u00a0 Dari segi  pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan  memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perkembangan-perkembangan  tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang  bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk  melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi.\u00a0 Dalam konteks negeri,  perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut  kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (<em>check and balance<\/em>)  kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan  kesilapan.\u00a0 Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi  kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas  rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka  menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam  pilihanraya akan datang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Rujukan am:<\/strong><br \/>1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan\/Agensi Negeri Johor Tahun 2009<br \/>2. Laporan Ketua Audit Negara \u2013 Aktiviti Jabatan\/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009<br \/>3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan\/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009<br \/>4. Laporan Ketua Audit Negara \u2013 Aktiviti Jabatan\/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009<br \/>5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan\/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009<br \/>6. Laporan Ketua Audit Negara \u2013 Aktiviti Jabatan\/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009<br \/>7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan\/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009<br \/>8. Laporan Ketua Audit Negara \u2013 Aktiviti Jabatan\/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009<br \/>9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan\/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009<br \/>10. Laporan Ketua Audit Negara \u2013 Aktiviti Jabatan\/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Disediakan oleh,<br \/>Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">*Kajian Politik untuk Perubahan (<a href=\"http:\/\/kpru2010.wordpress.com\/\">KPRU<\/a>)  merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan  pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat  Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KPRU  memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan  sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada  masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai  pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan  wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan  datang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KPRU merupakan institusi  pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong  reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara,  rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk  mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi  kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan  kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program  pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta. &#8211; Merdeka Review<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4223"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4223"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4223\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4223"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4223"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4223"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}