{"id":41923,"date":"2016-01-10T15:00:05","date_gmt":"2016-01-10T07:00:05","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=41923"},"modified":"2016-01-10T17:12:43","modified_gmt":"2016-01-10T09:12:43","slug":"top-duka-di-tahun-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/top-duka-di-tahun-baru\/","title":{"rendered":"Top IT : Duka Di Tahun Baru"},"content":{"rendered":"<p>Saya mendapat perkhabaran iaitu kira-kira 200 orang pekerja di TOP IT telah ditamatkan kontrak mereka bermula Januari tahun 2016 ini. Ini adalah satu episod sedih bagi sebahagian mereka kerana dilaporkan juga ada pasangan suami isteri yang termasuk kedua-dua nama mereka dalam senarai pemberhentian ini. Satu tamparan bagi mereka sekeluarga. Jika mempunyai anak, bagaimana mereka menghadapi suasana penggal baru persekolahan, harga barang yang semakin naik, cukai yang berlapis-lapis. Saya melahirkan rasa dukacita saya dan menyeru kepada mereka agar bersabar dengan apa yang telah berlaku ini. Semoga kesabaran anda semua dibalas dengan kebaikan dari Allah.<\/p>\n<p>Apa yang saya dimaklumkan dalam kes ini, para pekerja yang diberhentikan tidak diberi notis yang mencukupi, ada yang dikatakan cemerlang juga diberhentikan. Mereka melahirkan perasaan tidak puashati kerana mereka tidak diberitahu tentang sebab-sebab munasabah pemberhentian kontrak itu. Bagi mereka, ada antara mereka yang telah lama berkhidmat, seharusnya diberikan saguhati yang berpatutan sebagai tanda ingatan atas khidmat mereka. Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan apa yang terjadi, tetapi saya tumpang bersedih bersama dengan bekas pekerja atas kejadian ini.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/Rahim-Top-IT.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-41703\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/Rahim-Top-IT-300x179.png\" alt=\"Rahim Top IT\" width=\"300\" height=\"179\" \/><\/a>Tetapi saya ingin imbas kembali kepada beberapa hal yang telah berlaku berkaitan dengan TOP IT dan kenyataan Menteri Besar Terengganu YAB Dato\u2019 Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sedikit masa dahulu. Pertamanya Projek WIFI Percuma di Terengganu yang berjumlah sebanyak RM10 juta pernah beralih tangan daripada TOP IT kepada syarikat luar Terengganu. Sedangkan TOP IT dikatakan mempunyai ramai pakar-pakar anak tempatan. Kedua, pernah juga dinyatakan oleh kepimpinan kerajaan ngeri Terengganu yang mereka akan menyediakan kira-kira 41 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu, sebagaimana ucapan MB dalam pembentangan bajet akhir tahun lalu. Apalah salahnya jika diberikan ruang daripada 41 ribu peluang itu kepada bekas pekerja TOP IT ini? Sekurang-kurangnya adalah juga tempat mereka untuk mencari makan.<\/p>\n<p>Akhirnya, kebimbangan saya tidak setakat kepada isu TOP IT ketika ini sahaja, malah jauh daripada itu isu yang telah lalu seperti Permint Plywood dan yang ke depan yang saya yakin kerajaan mesti jelaskan ialah pendedahan bekas MB Terengganu berkenaan Syarikat Percetakan Yayasan Terengganu (SPYT) yang dikatakan seperti telah diketepikan dalam persaingan dan banyak kontrak-kontrak baru telah diserahkan kepada sebuah syarikat bernama NSR, yang sehingga kini Dato\u2019 Razif masih gagal menjelaskan, siapakah pemiliknya dan mengapa kontrak-kontrak itu bertukar tangan. Jika ini berterusan, tidak mustahil kira-kira 100 orang pekerja SPYT pula akan mengalami nasib yang sama dengan TOP IT. Wallahua\u2019lam.<\/p>\n<p>YB Ustaz Mohd Nor Hamzah<br \/>\nKetua Penerangan PAS Terengganu<br \/>\n29 Rabiul Awwal 1437 bersamaan 10 Januari 2016<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya mendapat perkhabaran iaitu kira-kira 200 orang pekerja di TOP IT telah ditamatkan kontrak mereka bermula Januari tahun 2016 ini. Ini adalah satu episod sedih bagi sebahagian mereka kerana dilaporkan juga ada pasangan suami isteri yang termasuk kedua-dua nama mereka dalam senarai pemberhentian ini. Satu tamparan bagi mereka sekeluarga. Jika mempunyai anak, bagaimana mereka menghadapi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":41926,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":41926,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1016,"height":574,"file":"2016\/01\/EIO-Top-IT-buang.png","filesize":888844,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":41923,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/EIO-Top-IT-buang.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41923"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41923"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41923\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41926"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41923"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41923"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41923"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}