{"id":4155,"date":"2010-12-21T06:24:13","date_gmt":"2010-12-20T22:24:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/12\/dilema-penghuni-flat-ladang-gemilang\/"},"modified":"2010-12-21T06:24:13","modified_gmt":"2010-12-20T22:24:13","slug":"dilema-penghuni-flat-ladang-gemilang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dilema-penghuni-flat-ladang-gemilang\/","title":{"rendered":"Dilema Penghuni Flat Ladang Gemilang"},"content":{"rendered":"<p><em><strong>Rakyat \u2018merayu\u2019, MB \u2018berkeras\u2019<\/strong><\/em><\/p>\n<p><em><strong><\/strong><\/em><strong><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/-memo1.JPG\" border=\"0\" width=\"350\" \/><\/p>\n<p><em>Gambar &#8211; Wakil penduduk, Ibrahim Awang menyerahkan memorandum Penghuni Flat  Ladang Gemilang (II) kepada Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad  Said di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu sambil disaksikan  oleh Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Ladang,  Dato\u2019 Tengku Hassan Tengku Omar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,  baru-baru ini.<\/em><strong><\/strong><\/p>\n<p><strong>KUALA TERENGGANU:<\/strong> Pada sesi waktu rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Menteri Besar Terengganu, Dato&#8217; Seri Ahmad Said menerima Memorandum yang diserahkan oleh wakil penghuni Flat Ladang Gemilang, Ibrahim Awang di lobi U2, Wisma Darul Iman, pada 14 Disember lalu.<\/p>\n<p>Encik Ibrahim bersama empat orang rakannya yang mewakili penghuni flat berkenaan menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri Terengganu mengenai isu penduduk di flat berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau merayu kepada Menteri Besar Terengganu agar membuat pertimbangan semula tentang kadar bayaran sewa RM300 kepada RM126 sebulan.<\/p>\n<p>Selain itu, katanya status sewabeli flat hendaklah dilaksanakan segera dan tidak perlu menunggu tempoh tiga tahun sebagaimana dijanjikan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya (Ibrahim Awang) datang jumpa YAB Menteri Besar hari ini mewakili penduduk di Flat Ladang Gemilang untuk minta jasa baik Dato\u2019 Seri (Ahmad) turunkan kadar sewa bulanan dari RM300 kepada RM126 sebulan.<\/p>\n<p>\u201cKami harap sangat-sangat Dato\u2019 Seri segerakan status untuk sewabeli dan bukan sewa selama tiga tahun baru hendak kira sebagai sewabeli.<\/p>\n<p>\u201cJika tunggu tempoh tiga tahun itu sudah pasti duit pampasan yang tidak seberapa itu akan habis dan kami tidak mampu lagi untuk beli flat ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian secara spontan pada pertemuan ringkas dengan Ahmad ketika menyerahkan memorandum tersebut yang disaksikan oleh Adun Ladang, Dato\u2019 Tengku Hassan Tengku Omar dan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.<\/p>\n<p>Pada sebelah paginya sekitar jam 9.00 hingga 10.00 pagi seramai lebih 100 orang penduduk mengadakan Demontrasi Aman di perkarangan Flat Ladang Gemilang tersebut.<\/p>\n<p>Manakala, beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, PKR dan DAP turut diundang bagi menyampaikan mesej bantahan tersebut kepada orang ramai dan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Antaranya, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Ahmad Faizul Wan Abas, Ketua Urusan Ulama\u2019 PAS Kuala Terengganu, Ustaz Hamzah Ngah, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Faris Musa dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/12\/memo3.jpg\" border=\"0\" width=\"150\" style=\"float: right;\" \/>Sementara itu, MB Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Said mempertahankan tindakannya mengenakan kadar bayaran sewaan di Flat Ladang Gemilang (II) RM300 sebulan.<\/p>\n<p>Katanya, kadar bayaran sewa bulanan sebanyak RM126 sebulan itu hanya membabitkan penduduk miskin dalam Bandar di bawah Skim Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).<\/p>\n<p>Menurutnya, penghuni lain yang terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang perlu membayar RM300 sebulan.<\/p>\n<p> \u201cKadar bayaran sewa bulanan sebanyak RM126 yang dikenakan terhadap penghuni Flat Ladang Gemilang itu hanya membabitkan penduduk miskin dalam bandar dan penghuni lainperlu membayar RM300 sebulan.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan perbetulkan dengan pihak SCDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) jika ada penduduk miskin yang mendapat surat bayaran sewaan RM300 itu,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato\u2019 Tengku Hassan Tengku Omar mengenai aduan penduduk yang mendapat surat dari SCDC bahawa semua penduduk perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM300 dan adakah kerajaan tidak berhasrat menurunkan pada harga RM126 sebulan.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan negeri juga telah menyediakan subsidi sebanyak 50 peratus terhadap penduduk berkenaan dan dijual dengan harga RM75,000 setelah tiga tahun disewa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat \u2018merayu\u2019, MB \u2018berkeras\u2019 Gambar &#8211; Wakil penduduk, Ibrahim Awang menyerahkan memorandum Penghuni Flat Ladang Gemilang (II) kepada Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Said di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu sambil disaksikan oleh Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Ladang, Dato\u2019 Tengku Hassan Tengku Omar di Wisma Darul [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4155"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4155"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4155\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4155"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4155"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4155"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}