{"id":41434,"date":"2015-12-28T15:30:41","date_gmt":"2015-12-28T07:30:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=41434"},"modified":"2015-12-28T11:26:34","modified_gmt":"2015-12-28T03:26:34","slug":"5000-pengunjung-meriahkan-karnival-halal-itu-fardhu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/5000-pengunjung-meriahkan-karnival-halal-itu-fardhu\/","title":{"rendered":"5000 Pengunjung Meriahkan \u2018Karnival Halal Itu Fardhu\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : A. Aziz Jusoh<\/p>\n<p>DUNGUN &#8211; Lebih 5000 pengunjung membanjiri perkarangan Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah sempena karnival Halal itu Fardhu yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Pelbagai acara menarik diadakan melibatkan masyarakat dari semua peringkat umur dan latar belakang, malah turut membabitkan penyertaan kaum Tiong Hwa.<\/p>\n<p>Pegawai Agama daerah Dungun, Mohamad Zamri Nik berkata, usaha ahli jawatankuasa masjid yang berusaha keras menjayakan karnival berkenaan wajar dipuji dan dijadikan contoh oleh masjid-masjid lain di daerah ini.<a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG_20151228_100347.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-41436\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG_20151228_100347-300x183.jpg\" alt=\"IMG_20151228_100347\" width=\"300\" height=\"183\" \/><\/a><\/p>\n<p>Menurutnya, program yang julung-julung kalinya diadakan dengan kerjasama Ramly Burger itu akan mengukuhkan lagi hubungan ukhwah di antara satu sama lain termasuk sesama masyarakat.<\/p>\n<p>&#8220;Kerjasama dan perpaduan yang tinggi menentukan kejayaan dalam program ini serta semangat tinggi disemai diharapkan akan terus kekal.<\/p>\n<p>&#8220;Diharapkan karnival ini dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan, lebih-lebih lagi fungsi masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah adalah sebagai masjid daerah di Dungun ,&#8221;katanya ketika berucap merasmikan karnival berkenaan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Setiuasaha jawatankuasa Karnival berkenaan, Aziz@Ismail Jusoh berkata, matlamat utama penganjuran adalah untuk menarik minat orang ramai ke masjid khususnya orang muda dan mengimarahkan lagi peranan masjid sebagai pusat ilmu.<\/p>\n<p>&#8220;Bukan sekadar menarik minat generasi muda untuk ke masjid tetapi karnival ini turut menyatupadukan masyarakat dari pelbagai latar belakang.2<a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151228-WA0021.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-41438\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151228-WA0021-212x300.jpg\" alt=\"IMG-20151228-WA0021\" width=\"212\" height=\"300\" \/><\/a><\/p>\n<p>&#8220;Secara tidak langsung mengeratkan hubungan jawatankuasa masjid dengan ahli jemaah.<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun ahli jawatankuasa masjid terdiri daripada pelbagai latar belakang dan fahaman politik tetapi tiada masalah untuk bekerjasama demi manfaat kepada masyarakat.<\/p>\n<p>&#8220;Peluang yang baik juga untuk para peniaga apabila sambutan diterima amat menggalakakkan , sekaligus menjana pendapatan tambahan kepada kira-kira 100 peniaga yang membuka gerai sepanjang karnival berlangsung.<\/p>\n<p>&#8220;Bertepatan dengan temanya, karnival ini turut menekankan aspek pemakanan halal kepada pengunjung dan turut mengupas isu berkenaan menerusi slot forum perdana,&#8221;katanya.<\/p>\n<p>Lebih meriah apabila karnival berkenaan diadakan serentak dengan program maulidur rasul dan cukur jambul beramai-ramai.<\/p>\n<p>Antara pengisian sepanjang karnival ialah pertandingan mewarna, pertandingan azan, gubahan, pertandingan pacuan empat roda (Remote Conrol), memanah, menunggang kuda, street dakwah Nisa&#8217;, street magic, silap mata, persembahan nasyid, cabutan bertuah dan pelbagai lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : A. Aziz Jusoh DUNGUN &#8211; Lebih 5000 pengunjung membanjiri perkarangan Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah sempena karnival Halal itu Fardhu yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut, di sini, baru-baru ini. Pelbagai acara menarik diadakan melibatkan masyarakat dari semua peringkat umur dan latar belakang, malah turut membabitkan penyertaan kaum Tiong Hwa. Pegawai Agama daerah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":41440,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":41440,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1328,"height":747,"file":"2015\/12\/IMG_20151228_112314.jpg","filesize":262549,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG_20151228_112314.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41434"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41434"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41434\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41440"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41434"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41434"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41434"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}