{"id":41278,"date":"2015-12-24T14:00:25","date_gmt":"2015-12-24T06:00:25","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=41278"},"modified":"2015-12-24T13:42:55","modified_gmt":"2015-12-24T05:42:55","slug":"pencarian-diteruskan-pada-hari-ke-empat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pencarian-diteruskan-pada-hari-ke-empat\/","title":{"rendered":"Pencarian Diteruskan Pada Hari Ke empat"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : DMS<\/p>\n<p>SETIU &#8211; Jabatan (Unit) Amal PAS Setiu meneruskan usaha mencari seorang lagi mangsa lemas, Mohd Wafiq Mohd Noor di Pantai Rhu Sepuluh dekat sini untuk hari ke empat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151224-WA0032.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-41280 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151224-WA0032-300x169.jpg\" alt=\"IMG-20151224-WA0032\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>Sebaik anggota dan para sukarelawan Amal membuka pusat operasi \u2018Ops Ombak\u2019, ibu Mohd Wafiq Zabedah Kamdan, 55, dan beberapa ahli keluarga sampai dan turut menunggu tanpa jemu.<\/p>\n<p>Beliau sampai bersama lima orang ahli keluarganya ke lokasi dari Batu Pahat Johor pada hari kedua 22 Disember laludan kini tinggal di sebuah homestay di Kampung Penarik.<\/p>\n<p>Semalam, Rabu 23 Disember, PAS Kawasan Setiu telah mengadakan solat hajat di lokasi yang diimamkan oleh Ahli Jawatankuasanya Ustaz Zulbahri Abdul Rahman.<\/p>\n<p>\u201cSolat hajat ini adalah usaha kit untuk bermunajat kepada Allah mohon diberi petunjuk agar mangsa lemas adik Muhamad Wafiq bin Mohd Noor berjaya ditemui,\u201dujarnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151224-WA0033.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-41281 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151224-WA0033-300x169.jpg\" alt=\"IMG-20151224-WA0033\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>Turut sama berjamaah adalah ahli dan penyokong PAS Kawasan, serta para anggota Amal serta keluarga mangsa.<\/p>\n<p>Menurut Zulbahri yang juga Ketua Lujnah Dakwah PAS Setiu, ia telah diadakan dua kali termasuk disalah satu tempat yang terlihat suatu objek yang di sangkakan mangsa serta di lokasi kejadian, di pantai itu.<\/p>\n<p>Sehubungan itu Ketua Operasi \u2018Ops Ombak\u2019 Unit Amal Mohd Fahmi Izzudin berkata usaha pencarian hari ini melibatkan lapan unit papan luncur, satu unit paramotor dan satu unit jetski di samping rondaan di lakukkan dengan bantuan empat buah bot gentian nelayan tempatan.<\/p>\n<p>&#8220;semalam kita tidak membuat rondaan kerana sebahagian anggota dan relawan kita terlalu letih,<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151223-WA0037.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-41282\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151223-WA0037-300x225.jpg\" alt=\"IMG-20151223-WA0037\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>\u201cdan in shaa Allah kita berdoa semoga usaha kita dalam pencarian mangsa dipermudahkan oleh Allah dan mangsa dapat ditemui segera,&#8221; katanya ketika di temui selepas melancarkan ops pagi ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, cuaca hari dan semalam dalam keadaan yang baik namun masih belum menampakkan sebarang petunjuk kedudukan mangsa yang lemas ketika mandi manda pada hari Isnin,bersama 13 orang yang lain.<\/p>\n<p>Seorang dari tiga mangsa yang lemas telah berjaya di selamat, manakala mayat mangsa kedua Mohamad Naim Adnan, 17, ditemui terapung kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian pada jam 11.30 pagi Selasa.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata, radius operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan pada jarak lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151223-WA0035.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-41283 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151223-WA0035-300x177.jpg\" alt=\"IMG-20151223-WA0035\" width=\"300\" height=\"177\" \/><\/a>Katanya, ia akan dibantu unit udara pasukan polis serta 90 kekuatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahan Awam (JPAM) termasuk nelayan dan penduduk tempatan.<\/p>\n<p>&#8220;Selain melakukan rondaan di laut kita juga meneruskan operasi mengesan mangsa di sepanjang pesisir pantai dan hari ini kita menggunakan unit udara bagi mengesan mangsa.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi kami memperluaskan kawasan pencarian merangkumi kawasan darat dan laut kerana dikhuatiri mangsa dihanyutkan arus dan terdampar di pesisir pantai,&#8221; katanya kepada Bernama di sini, semalam Rabu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : DMS SETIU &#8211; Jabatan (Unit) Amal PAS Setiu meneruskan usaha mencari seorang lagi mangsa lemas, Mohd Wafiq Mohd Noor di Pantai Rhu Sepuluh dekat sini untuk hari ke empat. Sebaik anggota dan para sukarelawan Amal membuka pusat operasi \u2018Ops Ombak\u2019, ibu Mohd Wafiq Zabedah Kamdan, 55, dan beberapa ahli keluarga sampai dan turut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":41285,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":41285,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1599,"height":899,"file":"2015\/12\/IMG-20151224-WA0063.jpg","filesize":206649,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":41278,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/IMG-20151224-WA0063.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41278"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41278"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41278\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41278"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41278"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41278"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}