{"id":4107,"date":"2010-11-16T04:13:34","date_gmt":"2010-11-15T20:13:34","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/11\/pendidikan-seks-hanya-untuk-poket-kroni\/"},"modified":"2010-11-16T04:13:34","modified_gmt":"2010-11-15T20:13:34","slug":"pendidikan-seks-hanya-untuk-poket-kroni","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pendidikan-seks-hanya-untuk-poket-kroni\/","title":{"rendered":"Pendidikan seks hanya untuk poket kroni"},"content":{"rendered":"<p>PAS mendakwa cadangan kerajaan mahu melaksanakan  pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, tidak lebih  untuk kepentingan kroni umno BN dan bukan ikhlas mahu mengatasi masalah  buang bayi.<\/p>\n<p>Bagi PAS, cadangan itu bukan satu penyelesaian  konkrit malah dilihat peluang untuk kroni Umno merebut projek mencetak  buku dan alat bantu mengajar sahaja.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.harakahdaily.net\/v2\/images\/stories\/berita\/10feb\/idris%20ahmad.jpg\" border=\"0\" hspace=\"10\" width=\"150\" align=\"left\" style=\"float: left; border: 0; margin-left: 10px; margin-right: 10px;\" \/>Ketua  Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, PAS merasa  pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia  yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah.<\/p>\n<p>Sedangkan, seks  adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di  atas muka bumi ini dan apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara  mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara  berpakaian. <\/p>\n<p>&#8220;Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal  gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti  mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi  penyumbang kepada gejala perzinaan.<\/p>\n<p>&#8220;PAS berpadangan ia lebih  kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin umno BN adalah orang yang  pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada  undang-undang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, seketika dahulu heboh  mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada  kroni Umno.<\/p>\n<p>Kemudian, Umno katanya &#8216;buat-buat bising&#8217; mengenai  pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan  agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.<\/p>\n<p>Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.<\/p>\n<p>&#8220;Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion.<\/p>\n<p>&#8220;Sekarang  heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah  pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula,&#8221;  katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoal sikap pemimpin Umno yang  dilihat seperti perihatin terhadap akhlak dan moral masyarakat,  sedangkan katanya, Umno jugalah yang menjadi penaja besar kepada program  penyumbang keruntuhan akhlak.<\/p>\n<p>Umno juga katanya seperti lebih  senang jika rakyat rosak akhlak, kerana mereka tidak peduli kepada  permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran.<\/p>\n<p>&#8220;Kementerian  Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah,  seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam, bukankah ini  idea Pak Pandir namanya.<\/p>\n<p>&#8220;Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun,&#8221; katanya. &#8211; Harakahdaily<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mendakwa cadangan kerajaan mahu melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, tidak lebih untuk kepentingan kroni umno BN dan bukan ikhlas mahu mengatasi masalah buang bayi. Bagi PAS, cadangan itu bukan satu penyelesaian konkrit malah dilihat peluang untuk kroni Umno merebut projek mencetak buku dan alat bantu mengajar sahaja. Ketua Penerangan PAS, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4107"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4107"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4107\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4107"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4107"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4107"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}