{"id":41024,"date":"2015-12-17T11:15:58","date_gmt":"2015-12-17T03:15:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=41024"},"modified":"2015-12-17T14:18:15","modified_gmt":"2015-12-17T06:18:15","slug":"tak-mampu-buat-semua-jangan-tinggal-semua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tak-mampu-buat-semua-jangan-tinggal-semua\/","title":{"rendered":"Tak Mampu Buat Semua Jangan Tinggal Semua"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim<\/p>\n<p>Bila Kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk mengharamkan penjualan Vape, timbul soalan spontan kenapa tak haramkan sekali rokok dan arak?<\/p>\n<p>Semua orang tahu bidangkuasa terhad untuk sebuah kerajaan negeri. Lesen judi, penjualan rokok dan arak adalah bidang kuasa kerajaan pusat. Kerajaan negeri cuma ada kuasa dari segi pemberian lesen premis.<\/p>\n<p>Alhamdulillah&#8230; setakat ni Kerajaan Kelantan memanfaatkan kuasa yang ada  untuk menutup semua premis perjudian dan menghadkan penjualan arak hanya kepada bukan Islam sahaja. Ramai juga orang bertanya, kenapa orang bukan Islam boleh minum? Adakah vape lebih bahaya dari arak  sampai diharamkan kesemuanya sedangkan arak boleh jual kepada yang bukan Islam? Rokok kenapa tak diharamkan sama? <\/p>\n<p>Soalan yang baik samada ianya berniat nak tahu atau kerana tak puas hati dengan keputusan pengharaman penjualan vape atau bermaksud untuk memperlekehkan. <\/p>\n<p>Cuma kita perlu sedar bahawa Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam di samping Terengganu ketika zaman pemerintahan PAS. Tak pasti samada undang-undang yang dikuatkusa zaman kerajaan PAS Terengganu masih diguna pakai dizaman Umno sekarang. Negeri lain bebas belaka! <\/p>\n<p>Kalau kita rasa masih tak puas hati pun, sekurang-kurangnya Kelantan dah buat apa yang orang lain tak mampu buat. Tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua! Pengharaman arak adalah perintah agama Islam. Dah agama lain kata boleh minum, kita nak larang macam mana? <\/p>\n<p>Saya kenal ramai kawan-kawan Cina di Kelantan. Hampir keseluruhan kawan-kawan saya dari kalangan orang Cina tak minum arak lagi. Jawab mereka bila saya tanya kenapa tak minum arak&#8230; &#8220;Nak minum buat apa, rasa macam air kencing kuda!&#8221; Hahaha&#8230; saya tak tahu apakah mereka pernah rasa air kencing kuda atau sekadar gambaran bahawa arak terlalu tak sedap untuk diminum dan menjijikan.<\/p>\n<p>Bermakna Cina Kelantan sendiri secara beransur-ansur telah menjauhi arak. Saya yakin bila  permintaan semakin berkurangan, maka penjualannya juga akan beransur malap. Apatah lagi dalam suasana Cina Kelantan hidup dan bergaul rapat dengan masyarakat Melayu Islam.<\/p>\n<p>Kini dalam isu vape, selepas langkah tegas JDT dengan perintah Tuanku Sultan Johor, Kelantan pula menyusul. Saya masih menunggu negeri saya Darul Iman pula membuat keputusan. <\/p>\n<p>Sebagai seorang pengamal dalam bidang perubatan dan kesihatan, tentu saya kata vape dan rokok kedua-duanya bahaya! Lantas langkah proaktif JDT dan Kelantan menyekat penjualan vape sebelum perkara ini menjadi lebih parah adalah tindakan pantas serta terbaik. Saya menyokong 106% beserta dengan GST! <\/p>\n<p>Bagi saya bukan satu tindakan bijak untuk kita memperlekahkan keputusan pengharaman vape semata-mata kerana rokok masih bebas dijual. Walaupun masih belum mengharamkan keduanya, sekurang-kurangnya JDT dan Kelantan dah haramkan Vape. Negeri-negeri lain masih melopong.<\/p>\n<p>Isu rokok adalah isu lapuk yang telah berulang kali difatwa dan dibincangkan. Lantas saya menyeru supaya fatwa dan keputusan sebelum ini dikuatkuasakan. Bukan masa lagi untuk berbincang tentang hukum dan bahaya merokok kerana semuanya telah jelas. Tentunya ia agak sukar kerana rokok telah berakar umbi dalam masyarakat dengan begitu kukuh sekali. Tapi hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim Bila Kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk mengharamkan penjualan Vape, timbul soalan spontan kenapa tak haramkan sekali rokok dan arak? Semua orang tahu bidangkuasa terhad untuk sebuah kerajaan negeri. Lesen judi, penjualan rokok dan arak adalah bidang kuasa kerajaan pusat. Kerajaan negeri cuma ada kuasa dari segi pemberian lesen premis. Alhamdulillah&#8230; setakat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":41029,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":41029,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1021,"height":594,"file":"2015\/12\/No-smoking-no-vaping-1024x662.jpg","filesize":190460,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1450361824","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":41024,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/No-smoking-no-vaping-1024x662.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41024"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41024"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41024\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41029"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41024"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41024"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41024"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}