{"id":4072,"date":"2010-10-29T12:28:31","date_gmt":"2010-10-29T04:28:31","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/jawapan-tg-nik-aziz-fatwa-ikut-suka-pas\/"},"modified":"2010-10-29T12:28:31","modified_gmt":"2010-10-29T04:28:31","slug":"jawapan-tg-nik-aziz-fatwa-ikut-suka-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/jawapan-tg-nik-aziz-fatwa-ikut-suka-pas\/","title":{"rendered":"Jawapan TG Nik Aziz \u2013 Fatwa Ikut Suka PAS"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/TG%20nacomp.jpg\" border=\"0\" width=\"200\" style=\"float: left;\" \/>&#8220;<em>Bismillahir-Rahmanir-Rahim: <\/em><strong>Tergerak<\/strong> hati saya  untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika  berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28  Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk\u00a0<em>TPM BIDAS \u2019FATWA\u2019 IKUT SUKA  PAS.\u201d<\/em><\/p>\n<p>Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : &#8221;Perangai  mereka macam biasalah, apa yang mereka buat &#8216;halal&#8217; yang kita &#8216;haram&#8217;, yang dia  (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan  masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA.&#8221;<\/p>\n<p>Nampaknya pilihan raya kecil  N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya  berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat  kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun  benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat  Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.<\/p>\n<p>Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC  dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di  dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi  penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup,  tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin  Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga  lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.<\/p>\n<p>Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata  pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM  bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin  mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah  dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya  sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa,  \u00a0al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah  lupa untuk berguru dengan sejarah.<\/p>\n<p>Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam  Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada  tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan  perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional  tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan  Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada  empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap  akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang  daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada  tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang  terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila,  \u00a0terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas  keseorangan.<\/p>\n<p>Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis  Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno  bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat?  Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah  menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah  nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar  Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang  Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan  Islam sedia memberi keadilan untuk semua.<\/p>\n<p>Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila  tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham  dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS  mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana  mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang  kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai  prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik  ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran.  Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan  sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar  kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya  bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan  Islam?<\/p>\n<p>Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang  sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang,  ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam  ialah perkara yang sama. \u00a0Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan  Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan  Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri  pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara  yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? \u00a0Di manakah pula  disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno?  Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus  takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.<\/p>\n<p>Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang  dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan  Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat  untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini,  politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula  menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin  Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya,  selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin  menjual prinsipnya pula..<\/p>\n<p>Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang  tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin  dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat,  sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang  anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu  hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh  menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya \u00a0berkisar  kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang  perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan  pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak  kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.<\/p>\n<p>Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum  kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah  Yunus 10:84):<\/p>\n<p><em>\u201cDan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh  kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika  betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada  Allah).\u201d<\/em><\/p>\n<p>Maka seruan\u00a0 saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu  ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.<\/p>\n<p>Sekian.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>Tuan Guru Dato&#8217; Nik Abdul Aziz Nik Mat,<br \/>Al-Mursyidul Am PAS merangkap  Menteri Besar Kelantan.<br \/>Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431\/28 Oktober 2010<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk\u00a0TPM BIDAS \u2019FATWA\u2019 IKUT SUKA PAS.\u201d Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : &#8221;Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat &#8216;halal&#8217; yang kita &#8216;haram&#8217;, yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4072"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4072"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4072\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}