{"id":4063,"date":"2010-10-28T07:12:01","date_gmt":"2010-10-27T23:12:01","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/dhpp-boleh-jadi-calon-pas-pada-pru-ke-13\/"},"modified":"2010-10-28T07:12:01","modified_gmt":"2010-10-27T23:12:01","slug":"dhpp-boleh-jadi-calon-pas-pada-pru-ke-13","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dhpp-boleh-jadi-calon-pas-pada-pru-ke-13\/","title":{"rendered":"DHPP boleh jadi calon PAS pada PRU ke-13"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/kam1713(d)-dap2.JPG\" border=\"0\" width=\"300\" style=\"float: right;\" \/><strong>SETIU:<\/strong> PAS sekali lagi mengulangi kesediaan parti itu untuk meletakkan calon di kalangan pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.<\/p>\n<p>PAS akan meletakkan calon DHPP dalam pilihan raya akan datang di kawasan yang dipilih oleh parti terutama di negeri pantai barat.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam ucaptamanya di Ijtima\u2019 Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit, Setiu pada 23 Oktober lalu.<\/p>\n<p>\u201cKalangan bukan Islam pula telah diterima jadi ahli penyokong PAS. Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Insya\u2019Allah, dalam pilihan raya akan datang kita akan letak calon di kalangan mereka (DHPP) di pantai barat. Di kawasan-kawasan yang kita (PAS) pilih untuk mereka,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Kata Ustaz Abdul Hadi, di Terengganu PAS telah meminda Perlembagaan Tubuh Negeri ketika memerintah negeri tersebut pada tahun 2003.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika tidak ada calon di kalangan bukan Islam yang dipilih atau menang pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) boleh melantik sebagai ahli Dewan.<\/p>\n<p>\u201cBagi negeri Terengganu, semasa kita (PAS) memerintah negeri ini (1999-2004) kita telah pinda Perlembagaannya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/kam1713(c)-dap1.JPG\" border=\"0\" width=\"300\" style=\"float: left;\" \/>\u201cSekiranya, tidak ada calon bukan Islam dipilih atau menang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, mereka boleh dilantik sebagai wakil rakyat bukan Islam oleh Dewan. <\/p>\n<p>\u201cJika kita (PAS) menang, Insya\u2019Allah kita akan lantik dia (bukan Islam) jika dia tidak bertanding atau bertanding tidak menang,\u201d jelasnya. <\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS telah mempunyai rakan dalam perjuangannya bagi membina suatu kekuatan dalam parti.<\/p>\n<p>Menurutnya, tidak mustahil PAS dan Pakatan Rakyat boleh memerintah negara dalam pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Malah, katanya PAS hanya memerlukan sekitar 60 kerusi dari 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan tidak semestinya perlu 222 kerusi.<\/p>\n<p>\u201cSekarang kita (PAS) telah ada rakan (DHPP) dan Kita telah membina suatu kekuatan. Dengan sebab itu, tidak mustahil kita (Pakatan Rakyat) boleh memerintah negara.<\/p>\n<p>\u201cJika PAS dapat 60 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen itu sudah cukup. Bila PAS dapat 60 kerusi dan Umno dapat 30 hingga 40 sahaja. Masa itu, Umno hendak pergi ke mana? <\/p>\n<p>\u201cMasa itu kita percaya, rakan-rakan bukan Islam akan bersama dengan kita (PAS). Kita (Pakatan Rakyat) boleh tubuh kerajaan, Insya\u2019allah,\u201d ujarnya. <\/p>\n<p>Selain itu, katanya politik adalah suatu \u2018percaturan\u2019 yang diketahui oleh ahli-ahli politik dan terserahlah kepada pemimpin yang menyusun dan merancangnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, berdasarkan beberapa kajian pakar politik serta ahli-ahli akademik merumuskan PAS adalah sebuah parti yang teguh dan kuat masa kini.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu, pekerja-pekerja (jentera parti) kita (PAS) kena faham biar pemimpin yang menyusun dan merancang. <\/p>\n<p>\u201cKita (ahli PAS) taat dengan ikhlas dalam satu jemaah (parti), Insya\u2019Allah kita akan dapat fadhilat dan pertolongan dari Allah.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh pakar politik dan ahli akademik bahawa PAS adalah sebuah parti yang teguh dan kuat. Parti yang mempunyai kewibawaan tersendiri,\u201d ujarnya.\u00a0 <\/p>\n<p>Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing bersama rombongannya dan Pengerusi DHPP Kuala Terengganu, DR Chandra.<\/p>\n<p>Hadir sama, Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato\u2019 Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato\u2019 Harun Taib, Tiga orang Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato\u2019 Abu Bakar Chik, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Satiful Bahri Mamat.<\/p>\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SETIU: PAS sekali lagi mengulangi kesediaan parti itu untuk meletakkan calon di kalangan pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. PAS akan meletakkan calon DHPP dalam pilihan raya akan datang di kawasan yang dipilih oleh parti terutama di negeri pantai barat. Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4063"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4063"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4063\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4063"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4063"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4063"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}