{"id":4038,"date":"2010-10-25T12:11:27","date_gmt":"2010-10-25T04:11:27","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/politik-melayu-terhakis-sebab-umno\/"},"modified":"2010-10-25T12:11:27","modified_gmt":"2010-10-25T04:11:27","slug":"politik-melayu-terhakis-sebab-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/politik-melayu-terhakis-sebab-umno\/","title":{"rendered":"Kuasa Politik Melayu Terhakis Sebab Umno"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/1208_kait.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/1208_kait.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan Umno yang selama ini membawa doktrin hanya parti utama BN itu yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu selama ini, sebenarnya merupakan \u201cpunca kuasa politik Melayu terhakis.\u201d<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PAS pusat Suhaizan Kaiat berkata, sejarah telah membuktikan banyak usaha telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti Islam itu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, bukannya Umno sahaja yang memperjuangkan isu orang Melayu.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin-pemimpin Umno bermati-matian berhujah yang mereka sahaja pejuang Melayu sebenar.<\/p>\n<p>\u201cMereka berkata PAS tidak sayang bangsa Melayu. Umno sahajalah yang mampu memperjuangkan isu-isu orang Melayu.<\/p>\n<p>\u201cJika Umno tiada lagi atas muka bumi ini, maka bangsa Melayu akan turut pupus bersama pupusnya Umno,\u201d kata beliau sambil menambah, \u201cini doktrin yang dipasak oleh pemimpin Umno kepada ahlinya dan rakyat Malaysia.\u201d<\/p>\n<p>Malah kata beliau, sejak akhir-akhir ini, PAS lebih terkehadapan dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu tanpa melupakan nasib orang bukan Melayu.<\/p>\n<p>\u201cJika ada mana-mana pihak khususnya Umno menyatakan bahawa PAS tidak memperjuangkan isu-isu orang-orang Melayu beragama Islam, maka Dewan Pemuda PAS sanggup berdebat secara terbuka dengan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tegas beliau, Umno jangan hanya berani memberi persepsi salah terhadap PAS di gelanggang sendiri sahaja.<\/p>\n<p>\u201cAyuh mari kita buktikan di medan terbuka, siapa pejuang dan siapa pula pengkhianat Melayu yang sebenar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Suhaizan merujuk kepada ucapan-ucapan pemimpin kanan Umno dan perwakilan yang menyertai perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2010 yang berakhir Sabtu lalu.<\/p>\n<p>PAS mengikat kerjasama dengan PKR dan DAP untuk menganggotai Pakatan Rakyat dan turun gelanggang pilihan raya umum 8 Mac 2008.<\/p>\n<p>Kerjasama itu membawa kepada penguasaan lima kerajaan negeri selain menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.<\/p>\n<p>Selain isu itu yang dibangkitkan oleh Perhimpunan Agung Umno, sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa mengambil kira perkembangan 8 Mac 2008 orang Melayu akan kehilangan kuasa politik.<\/p>\n<p>Setelah gagal dalam menjaga hak orang Melayu selama lebih lima dekad lalu, kata beliau, Umno menerusi BN cuba melakukan penjenamaan semula matlamat ekuiti 30 peratus yang telah lama gagal dicapai.<\/p>\n<p>Katanya, bagi meyakinkan rakyat maka dilaungkanlah agenda yang hebat-hebat seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan pelbagai lagi yang menyebabkan orang Melayu di Kempas, Galas dan Batu Sapi terlopong mendengarnya.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin Umno tidak rasa bersalah atas kegagalan sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB), sebaliknya menyalahkan ahli-ahli Umno bawahan dan rakyat marhaen yang kononnya menjual projek atas kepentingan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cSemua hujah dalam Perhimpunan Agung Umno ini sekadar menjustifikasikan yang Umno masih tetap relevan walaupun jasadnya sudah busuk sampai ke perut dan nafasnya sudah sampai ke halkum,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya hari ini juga, Suhaizan menambah, semasa negara mahu mencapai kemerdekaan, penjajah telah memberi syarat kepada Umno yang terkandung dalam Suruhanjaya Reid bahawa jika mahu merdeka, maka parti itu mesti memberi kerakyatan tanpa syarat kepada orang-orang bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India.<\/p>\n<p>Ini bermakna bahawa masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh penjajah ke negara ini untuk bekerja diserap masuk sebagai warganegara secara automatik, kata beliau sambil menambah, PAS yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Helmi pada masa itu menentang keras dasar kerakyatan tanpa syarat.<\/p>\n<p>\u201cPAS bimbang bahawa kedudukan politik orang Melayu bakal terancam dan negara terdedah kepada manipulasi mereka yang tidak setia kepada negara. PAS mahu kesetiaan mereka diuji terlebih dahulu.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat PAS adalah jelas mahu melindungi politik orang Melayu dan menjamin keselamatan negara ini.<\/p>\n<p>\u201cMalangnya Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama) berpendapat bahawa memorandum seumpama itu akan melambatkan proses kemerdekaan. Umno tidak berfikir panjang dan akhirnya menerima sahaja kehendak penjajah terhadap dasar kerakyatan tanpa syarat.<\/p>\n<p>\u201cPeliknya selepas pilihan raya 2008, Umno pula berkata politik orang Melayu sudah terhakis. Soalnya siapa yang memberi ruang politik orang Melayu terhakis?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengimbas sejarah ekoran peristiwa 13 Mei 1969, kata beliau, PAS yang diundang menyertai BN dilihat bukan sahabat lagi tetapi ancaman kepadanya.<\/p>\n<p>\u201cAda sekumpulan ahli Umno di Johor mahu keluar parti dan masuk PRM tetapi PAS telah berjaya memujuknya masuk PAS.<\/p>\n<p>\u201cIni telah menjadi hujah kepada (bekas Perdana Menteri) Tun Hussein Onn untuk menendang PAS daripada Perikatan (BN) atas tuduhan PAS mencuri ahli-ahli Umno.<\/p>\n<p>\u201cTanpa siasatan rapi, tanpa amaran, tanpa notis dan tanpa berfikir panjang Umno telah menendang PAS daripada Perikatan (BN).<\/p>\n<p>\u201cBegitulah mudahnya Umno melafazkan cerai terhadap PAS. Lebih malang lagi, PAS pula berdepan dengan masalah perpecahan dalaman dan akhirnya kehilangan negeri Kelantan,\u201d katan beliau.<\/p>\n<p>Jelas Suhaizan, nasib PAS umpama habis manis, sepah dibuang, tetapi \u201citulah pengorbanan PAS kepada perpaduan Melayu.\u201d<\/p>\n<p>\u201cTiba-tiba apabila Umno tersepit tahun 2008, maka Umno menuduh PAS ego tidak mahu bersama Umno.<\/p>\n<p>\u201cApa gunanya bersama Umno kalau hanya mahu dihisap madunya sahaja,\u201d kata beliau lagi.<\/p>\n<p>Kata beliau, selain isu kerakyatan, perpaduan Melayu, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan royalti terdapat banyak lagi isu Melayu yang diperjuangkan oleh PAS.<\/p>\n<p>\u201cAntaranya isu biasiswa, tanah rizab Melayu, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, isu pertambahan kerusi Parlimen Melayu, kuota ke universiti dan banyak lagi.<\/p>\n<p>\u201cWalau bagaimanapun terdapat suatu isu yang lebih besar dan lebih penting yang telah diperjuangkan oleh PAS sejak dulu, kini dan selamanya iaitu isu Islam.<\/p>\n<p>\u201cOrang Melayu itu mulia kerana agama Islamnya. Islam membentuk keperibadian mulia umatnya. Oleh itu PAS konsisten dalam memperjuangkan isu akidah dan keperibadian umat Islam. PAS menjadi benteng utama umat Islam di negara ini.<\/p>\n<p>Katanya, dalam menguatkuasakan hukuman murtad, kerajaan Kelantan telah meluluskan undang-undang jenayah Syariah pada 1993.<\/p>\n<p>\u201cPada 1999, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memohon untuk membuat rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi menggubal undang-undang berkaitan murtad tetapi ditolak oleh pemimpin Umno dan BN.<\/p>\n<p>\u201cSemua itu adalah untuk menyelamatkan akidah orang-orang Melayu di negara ini. Oleh itu, tidak benar kenyataan yang mengatakan PAS tidak memperjuangkan isu-isu orang Melayu, PAS tidak sayang orang Melayu, PAS tiada agenda untuk orang Melayu dan seumpamanya,\u201d katanya.-MalaysianInsider<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan Umno yang selama ini membawa doktrin hanya parti utama BN itu yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu selama ini, sebenarnya merupakan \u201cpunca kuasa politik Melayu terhakis.\u201d Ketua Penerangan PAS pusat Suhaizan Kaiat berkata, sejarah telah membuktikan banyak usaha telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti Islam itu untuk memperjuangkan nasib orang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4038"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4038"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4038\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4038"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4038"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4038"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}