{"id":4026,"date":"2010-10-23T13:39:17","date_gmt":"2010-10-23T05:39:17","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/resolusi-ijtima-kepimpinan-pas-negeri-terengganu\/"},"modified":"2010-10-23T13:39:17","modified_gmt":"2010-10-23T05:39:17","slug":"resolusi-ijtima-kepimpinan-pas-negeri-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/resolusi-ijtima-kepimpinan-pas-negeri-terengganu\/","title":{"rendered":"Resolusi Ijtima&#8217; Kepimpinan PAS Negeri Terengganu"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/ijtima2.jpg\" border=\"0\" width=\"400\" \/><\/p>\n<p>Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang  keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang  PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi  memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan  kepada negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali  ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah  1431H yang bertemakan \u201cDemi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad\u201d dengan  sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS  Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:<\/p>\n<p>Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan  raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat  mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan  kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke  atas pengundi sasaran.<\/p>\n<p>Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua  peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur,  isti\u2019jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.<\/p>\n<p>Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas  atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi  dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan  memperkukuhkan wala\u2019, thiqah dan intima\u2019 terhadap pimpinan dan jemaah.<\/p>\n<p>Merealisasikan  agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah  terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan  peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.<\/p>\n<p>Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di  kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi  tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu  ruang dakwah.<\/p>\n<p>Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang  sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan  Islam yang syumul.<\/p>\n<p>Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja  berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina  keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun  kerajaan menunggu.<\/p>\n<p>Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk  menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan  Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan  Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima\u2019 dengan perjuangan kita bagi  menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu. Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4026"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4026"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4026\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}