{"id":3974,"date":"2010-10-19T06:59:02","date_gmt":"2010-10-18T22:59:02","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/kapal-pukat-tunda-musnahkan-hidupan-laut-ganggu-nelayan\/"},"modified":"2010-10-19T06:59:02","modified_gmt":"2010-10-18T22:59:02","slug":"kapal-pukat-tunda-musnahkan-hidupan-laut-ganggu-nelayan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kapal-pukat-tunda-musnahkan-hidupan-laut-ganggu-nelayan\/","title":{"rendered":"Kapal pukat tunda musnahkan hidupan laut, ganggu nelayan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/EidulFitriPerantau%20031.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita35\/EidulFitriPerantau%20031.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kegiatan\u00a0 kapal pukat tunda  berkuasa tinggi yang memusnahkan hidupan laut dan menganggu  nelayan-nelayan kecil dan\u00a0 sederhana mendapat perlindungan dari  \u2018jerung-jerung\u2019 besar di darat.<\/p>\n<p>Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen.<\/p>\n<p><span id=\"more-9186\"> <\/span><\/p>\n<p>Menurutnya, beliau mengetahui perkara ini apabila beliau telah  menyaksikannya sendiri ketika menyertai nelayan-nelayan tempatan di laut  dalam sebelum ini.<\/p>\n<p>&#8220;Tuan Yang Di-Pertua, saya baru pulang dari laut\u00a0 dalam bersama  nelayan.\u00a0 Saya menyaksikan sendiri bagaimana kapal pukat tunda yang  berkuasa tinggi membersihkan laut daripada batu karang tempat pembiakan  ikan di samping membaham unjam-unjam, menarik ikan dan bubu nelayan  kecil,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Abdul Hadi berkata, kumpulan `lanun\u2019 yang bergerak bebas dan berlesen  besar ini bukan sahaja menganggu nelayan kecil dan sederhana malahan  kegitan mereka juga telah menyebabkan hasil hidupan laut semakin  berkurangan sekaligus mengancam mata pencarian nelayan kecil dan  sederhana.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kapal pukat tunda berkuasa tinggi ini memasarkan  ikan-ikan besar ke luar negara dan pada masa yang sama hanya ikan-ikan  kurang bermutu, kecil dan sederhana sahaja untuk pasaran tempatan atau  dibuat baja.<\/p>\n<p>Menurut beliau lagi, pemilik kapal yang menggaji pekerja negara asing ini\u00a0 turut menjalankan kegiatan menjual petrol subsidi.<\/p>\n<p>&#8220;Saya dimaklumkan juga bahawa tuan punya di darat, pekerjanya  daripada negara asing.\u00a0 Di antara kegiatannya juga adalah mengisi minyak  subsidi dengan banyak untuk dijual di laut.<\/p>\n<p>&#8220;Ada kalangan penguatkuasa memaklumkan kepada saya, mereka ini tidak  boleh diambil tindakan kerana jerung di darat terlalu besar, menganga  mulut untuk menelan kami,&#8221; sambung beliau lagi.<\/p>\n<p>Sehubungan itu,\u00a0 beliau meminta Malaysia\u00a0 mencontohi\u00a0 negara luar dan  negara maju yang kebanyakkannya mengharamkan sebarang kegiatan yang  mengancam hidupan lautan.<\/p>\n<p>Ekoran kegiatan ini menurutnya, lebih 50 peratus nelayan kecil dan  sederhana terpaksa menjual bot dan peralatan nelayan mereka untuk  mencari kerja lain yang juga belum pasti terjamin.<\/p>\n<p>Bagi mengatasi masalah ini, beliau mendesak agar pihak\u00a0 berkuasa bertindak lebih berani dan telus bagi menyelamatkan keadaan.<\/p>\n<p>Terdahulu dalam ucapan yang sama, beliau turut membidas tindakan terpilih penguatkuasa dalam kes-kes rasuah dalam negara ini.<\/p>\n<p>&#8220;Bayangan rasuah belum hilang.\u00a0 Walaupun ada kedengaran tindakan yang diambil, tetapi secara terpilih.<\/p>\n<p>&#8220;Saya yakin negara yang dihinggapi oleh politik wang di dalam  pemilihan parti dan pilihan raya tidak mampu mengatasi penyakit rasuah.\u00a0  Jauh sekali untuk menghapuskannya,&#8221; kata beliau.-FMT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kegiatan\u00a0 kapal pukat tunda berkuasa tinggi yang memusnahkan hidupan laut dan menganggu nelayan-nelayan kecil dan\u00a0 sederhana mendapat perlindungan dari \u2018jerung-jerung\u2019 besar di darat. Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen. Menurutnya, beliau mengetahui perkara ini apabila beliau telah menyaksikannya sendiri ketika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3974"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3974"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3974\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3974"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3974"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3974"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}