{"id":39461,"date":"2015-10-28T19:08:42","date_gmt":"2015-10-28T11:08:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=39461"},"modified":"2015-10-28T20:02:59","modified_gmt":"2015-10-28T12:02:59","slug":"bajet-2016-pak-menteri-bangga-memerah-keringat-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bajet-2016-pak-menteri-bangga-memerah-keringat-rakyat\/","title":{"rendered":"Bajet 2016; Pak Menteri Bangga &#8216;Memerah Keringat Rakyat&#8217;!"},"content":{"rendered":"<p>Pernah tak kita, ketika berjalan di tengah kota raya, datang seorang miskin yang gelandangan, menghulurkan tangannya memohon simpati dan sumbangan?<\/p>\n<p>Kita pun beri RM1, dan dengan duit sebanyak itu dahulunya, si miskin yang gelandangan itu, boleh mengisi perutnya dengan cara mudah, pergi ke kedai serbaneka, membeli roti dengan harga 70 sen dan menyimpan 30 sen atau membeli teh \u2018o\u2019 dari mana-mana warung, dengan harga 30 sen.<\/p>\n<p>Maka, beirisilah perut si miskin yang gelandangan itu, dan ia boleh tidur tanpa kelaparan.<\/p>\n<p>Namun sekarang, sekiranya kita beri RM1 kepada si miskin dan gelandangan itu, yang hina dan papa kedana, mereka tidak lagi boleh menyimpan 30 sen dan hanya mencari pili paip, untuk meneguk air sejuk.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/IMG_20151028_190434.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-39464\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/IMG_20151028_190434-300x195.jpg\" alt=\"IMG_20151028_190434\" width=\"300\" height=\"195\" \/><\/a>Roti yang berharga 70 sen dulu, sudah naik harga menjadi 85 sen kerana cukai GST!<\/p>\n<p>Si miskin yang gelandangan dan papa kedana itu, dipaksa oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk membayar cukai, walaupun dia tidak punya apa-apa di dunia ini!<\/p>\n<p>Bajet 2016 mengesahkan kerajaan Umno-BN sebagai zalim kerana melaksanakan cukai GST bahkan Perdana Menteri berbangga kerana &#8216;memerah keringat rakyat&#8217; dengan undang-undang.<\/p>\n<p>Lalu dengan bangganya seorang lagi Pak Menteri menyatakan, GST dapat menyelamatkan negara, dengan lain perkataan, beliau yang dipilih oleh wakil rakyat dan dilantik menjadi menjadi menteri, berbangga memerah keringat rakyat.<\/p>\n<p>Penguatkuasaan GST adalah memaksa rakyat termasuk yang miskin dan fakir membayar cukai apabila mereka berbelanja walaupun untuk memenuhi keperluan yang asasi seperti membeli makanan, pakaian dan tempat tinggal.<\/p>\n<p>PAS menolak GST kerana ia adalah cukai yang zalim dan bertentangan dengan ajaran Islam.<\/p>\n<p>Sistem cukai GST itu adalah cukai berdasarkan perbelanjaan, sedangkan Islam menegaskan konsep percukaian menerusi konsep Zakat ialah cukai mestilah berdasarkan pendapatan bukannya perbelanjaan.<\/p>\n<p>Di situlah kita boleh membezakan, Islam yang adil hanya mengenakan cukai kepada rakyat yang hanya mempunyai lebihan pendapatan sahaja.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/IMG_20151028_190516.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-39463\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/IMG_20151028_190516-300x200.jpg\" alt=\"IMG_20151028_190516\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Mereka yang tidak mempunyai lebihan pendapatan atau langsung tiada pendapatan, tidak dikenakan dicukai.<\/p>\n<p>Sebelum ini rakyat biasa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sederhana hanya dikenakan cukai pendapatan sahaja.<\/p>\n<p>Majoriti golongan pertengahan dan rendah tidak perlu membayar cukai jualan dan perkhidmatan sekiranya mereka tidak menggunakan perkhidmatan yang eksklusif atau makan di restoran besar dan membeli di gedung-gedung besar.<\/p>\n<p>Tetapi kini, majoriti rakyat pertengahan dan rendah dikenakan cukai dua kali, selain cukai pendapatan, mereka dikenakan cukai pada setiap pembelian semua barangan dan perkhidmatan pada setiap hari dan masa, kecuali hanya sedikit sahaja yang dikecualikan<\/p>\n<p>Pendapatan yang dikenakan cukai hanyalah sepatutnya pendapatan yang diperolehi oleh orang-orang kaya yang melebihi daripada keperluan asas kehidupan.<\/p>\n<p>Orang-orang miskin yang mempunyai pendapatan yang cukup untuk menguruskan kos kehidupan seharian atau fakir yang tiada pendapatan tidak sepatutnya dikenakan cukai.<\/p>\n<p>Bahkan dari sudut Islam, adalah satu perbuatan haram mengenakan cukai kepada orang miskin dannfakir.<\/p>\n<p>Perbelanjaan harian rakyat untuk memenuhi keperluan asas sepatutnya tidak dikenakan cukai, sebaliknya GST memaksa rakyat membayar cukai walaupun untuk sesuap makanan bagi mengelakan dari kelaparan!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pernah tak kita, ketika berjalan di tengah kota raya, datang seorang miskin yang gelandangan, menghulurkan tangannya memohon simpati dan sumbangan? Kita pun beri RM1, dan dengan duit sebanyak itu dahulunya, si miskin yang gelandangan itu, boleh mengisi perutnya dengan cara mudah, pergi ke kedai serbaneka, membeli roti dengan harga 70 sen dan menyimpan 30 sen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":39465,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":39465,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2048,"height":1140,"file":"2015\/10\/IMG_20151028_190354.jpg","filesize":250468,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/IMG_20151028_190354.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39461"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39461"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39461\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39465"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39461"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39461"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39461"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}