{"id":3942,"date":"2010-10-16T17:01:48","date_gmt":"2010-10-16T09:01:48","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/bajet-2011-membawa-negara-ke-arah-mana\/"},"modified":"2010-10-16T17:01:48","modified_gmt":"2010-10-16T09:01:48","slug":"bajet-2011-membawa-negara-ke-arah-mana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bajet-2011-membawa-negara-ke-arah-mana\/","title":{"rendered":"Bajet 2011 \u2013 membawa negara ke arah mana ?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/bajetkearahmana.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita35\/bajetkearahmana.gif\" width=\"277\" height=\"185\" style=\"float: left;\" \/>Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri  Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi  bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau  sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula.  Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan  mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan  agenda perubahan ekonomi berkenaan.<\/p>\n<p>Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang  bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil  kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di  takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS)  bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN  telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi  peluang memerintah selama lebih 50 tahun,\u00a0 bagaimana mungkin kerajaan  yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula  sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan  komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?<\/p>\n<p>Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas  sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program  Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir  kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak  RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup  orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan  RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah  agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.<\/p>\n<p>Apa yang penting ialah  bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan  bahawa Pendapatan Per Kapita meningkat sebanyak 6.1 % kepada RM28,000;  kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat  di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan  angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan  hidup akibat dari perubahan angka-angka ini !. Inilah hakikatnya. Kita  katakan bahawa kerajaan UMNO-BN lah sebenarnya yang menjadi \u201csaudagar  mimpi yang memperdagangkan dongengan\u201d bahkan mengelirukan rakyat dengan  angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam  melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin  dan memerlukan.<\/p>\n<p>Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari  kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka  dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan  belanja asas RM 5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya  lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis  peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region  (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek  Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5  billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam  pemerintahan kerajaan UMNO-BN.<\/p>\n<p>Agensi yang sepatutnya  melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah  menumpukan pula kepada projek mega sebegini, kerana pimpinan UMNO-BN  lah sebenarnya yang \u2018bermimpikan projek\u2019 lantas \u2018memperdagangkan  tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat\u2019.<\/p>\n<p>PAS menekankan  peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana  rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi  sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain  dalam memperkasakan pembangunan negara.<\/p>\n<p><strong><br \/>Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang<br \/>Presiden PAS<br \/>7 Zulkaedah 1431 bersamaan 15 Oktober 2010<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3942"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3942"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3942"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3942"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}