{"id":39413,"date":"2015-10-27T13:30:43","date_gmt":"2015-10-27T05:30:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=39413"},"modified":"2015-10-27T13:13:04","modified_gmt":"2015-10-27T05:13:04","slug":"br1m-orang-bagi-kita-ambik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/br1m-orang-bagi-kita-ambik\/","title":{"rendered":"BR1M, Orang Bagi Kita Ambik\u2026&#8230;."},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim<\/p>\n<p>\u201cLagu mana Pok Cik kita, BR1M naik 50 riyal ni.\u201d Sapa saya sambil bergurau dengan seorang  tua di Kampung Renek, Jabi semalam. <\/p>\n<p>\u201cBR1M orang bagi kita ambik. Boleh laa wat belanja 4,5 hari. Zaman loni barang mahal belaka&#8230;\u201d Jawab orang tua ni sayu.<\/p>\n<p>\u201cNi naik 50 riyal pulok.\u201d Saya mengajak Pak Cik ni berbual.<\/p>\n<p>\u201c50 riyal zaman loni Awe weehh! Habih buat belanja, tunggu pulok BR1M sekali lagi. Lepas tu tunggu pulok&#8230; Kita duduk lagu ni jugok. Naik BR1M 50 riyal saja. Gapo dia pulok nak naik lepas ni kita tak tahu lagi.\u201d <\/p>\n<p>\u201cPok Cik setuju tak kalau BR1M tak payah bagi. Tapi kerajaan kena buat turun harga minyak, turun lektrik, turun yuran ngaji anak-anak, masuk hospital tak payah bayar, harga getah sawit naik sikit dan polis pun jangan duduk bersungguh sangat nak saman rakyat?\u201d<\/p>\n<p>\u201cHaaaaa\u2026 kalu lagu tu molek benar laa! Tak bui BR1M pun tak apa!\u201d<\/p>\n<p>Suatu keluhan yang berpijak di bumi nyata dari seorang tua kampung, tapi sangat tepat dengan realiti. BR1M, suatu pemberian yang ditunggu, tapi tak mengubah sesuatu apa pun dari taraf kehidupan rakyat. Suatu Ehsan yang meletakkan sebahagian besar penerimanya dalam keadaan tertunggu-tunggu bila tarikh pembahagian yang seterusnya. Ibu saya pernah cerita, ada orang tua kampung yang pagi-pagi lagi dah pergi tanya khabar di BSN Bandar Jerteh, Besut. \u201cBR1M masuk doh ko?\u201d Jawab kerani di kaunter bank, \u201cBR1M tak bangun tidur lagi Mok Cik!\u201d<\/p>\n<p>Suatu strategi pemberian wang tunai yang berhasil mengikat rakyat untuk terus bergantung kepada ehsan kerajaan walaupun hakikatnya ia tak mengubah apa-apa. Lebih malang lagi apabila pemberian yang tak seberapa itu akan disusuli pula dengan pengambilan balik dalam pelbagai bentuk samada secara terang atau halus. Minyak naik, lektrik naik, tol naik, saman ekor merata-riti, roadblock polis, JPJ, insuran body kereta motor naik dan macam-macam lagi kaedah \u2018pengambilan balik\u2019 yang tak disedari.<\/p>\n<p>Silap percaturan, dalam perjalanan balik dari terima BR1M, kena tahan polis. Motor Honda Cup buruk tak ada roadtax , lesen pun tak ada. Huh! Habis buat bayar saman je duit BR1M tu!<\/p>\n<p>Kalau PM menyebut semasa ucapan pembentangan Bajet 2016 bahawa pemberian BR1M akan diteruskan kerana mendapat respon positif walau tak dinyatakan bahawa maklum balas positif itu dari mana, saya boleh bersetuju dengan PM. Duit tunai, ada orang tak nak terima? Semestinya semua yang terima akan suka. <\/p>\n<p>Tetapi sebagai sebuah kerajaan, sepatutnya mentaliti dan cara berfikir pemimpin kita bukan hanya setakat bagi duit tunai ala kadar, dalam masa yang sama cuba tanya penerima BR1M beberapa soalan mudah seperti yang saya catatkan di atas. Saya yakin bahawa jawapan yang diterima adalah sama dari majoriti penerima. Malah kajian kesan pemberian BR1M kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tak memerlukan kajian dari sebuah institusi pengajian tinggi. Di kampung pun kita boleh dapat jawapan dengan jujur.<\/p>\n<p>Kecuali kalau hasrat kerajaan mewujudkan pemberian sebegini dengan tujuan untuk mewujudkan pergantungan berpanjangan serta berterusan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah kepada kerajaan maka saya berpendapat BR1M satu tindakan yang sangat tepat! Bila rayat berterusan bergantung dan berharap, maka mereka senang untuk nak \u2018diuruskan\u2019. Rakyat yang berjiwa bebas dan berdikari mungkin menjadi satu liabiliti kepada survival Umno\/BN.<\/p>\n<p><em>***Penulis ialah Ketua Kebajikan PAS Terengganu.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim \u201cLagu mana Pok Cik kita, BR1M naik 50 riyal ni.\u201d Sapa saya sambil bergurau dengan seorang tua di Kampung Renek, Jabi semalam. \u201cBR1M orang bagi kita ambik. Boleh laa wat belanja 4,5 hari. Zaman loni barang mahal belaka&#8230;\u201d Jawab orang tua ni sayu. \u201cNi naik 50 riyal pulok.\u201d Saya mengajak Pak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":39415,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":39415,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1024,"height":629,"file":"2015\/10\/IMG_20151027_125910.jpg","filesize":156193,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/IMG_20151027_125910.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39413"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39413"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39413\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39415"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39413"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39413"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39413"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}