{"id":3931,"date":"2010-10-15T12:19:24","date_gmt":"2010-10-15T04:19:24","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/felda-ahmad-maslan-dan-najib-ibarat-cacing-kepanasan\/"},"modified":"2010-10-15T12:19:24","modified_gmt":"2010-10-15T04:19:24","slug":"felda-ahmad-maslan-dan-najib-ibarat-cacing-kepanasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/felda-ahmad-maslan-dan-najib-ibarat-cacing-kepanasan\/","title":{"rendered":"Felda; Ahmad Maslan dan Najib Ibarat Cacing Kepanasan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/saman%20felda%2001.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita35\/saman%20felda%2001.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Apabila keputusan Mahkamah memihak kepada para peneroka Felda Kemahang,  pihak yang bertanggungjawab menjaga Felda menyatakan bahawa sebenarnya  kekalahan itu kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Kini apabila  keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan memihak kepada peneroka Sungai Koyan,  Ahmad Maslan dan Najib bertungkus lumus menyatakan bahawa sebenarnya  Felda tidak kalah .<\/p>\n<p>Najib dan Ahmad Maslan masih lagi di dalam  \u201cdenial syndrome\u201d ( sindrom penafian ) \u2013tidak dapat menerima dua  keputusan Mahkamah yang menyebelahi peneroka dan tidak menyebelahi  Felda. Maka bagi menegakkan benang basah kedua-dua pemimpin ini nampak  sangat terkial-kial cuba menyelamatkan imej Felda yang terguris teruk di  sini sana. Hakikatnya semakin mereka cuba mempertahankan Felda semakin  jelas mereka tercungap-cungap !<\/p>\n<p>Kita lihat dulu kes Felda  Kemahang. Felda menyatakan bahawa institusi tersebut kalah kerana peguam  Felda tidak hadir di Mahkamah. Secara tersirat Felda ingin menyatakan  bahawa peneroka menang kes tersebut bukan kerana kes mereka kuat.<\/p>\n<p>Persoalannya  benarkah Felda kalah hanya kerana semata-mata peguam Felda tidak hadir  di Mahkamah ? Memang mudah untuk menipu rakyat dengan berselindung di  sebalik hujah ini. Namun Najib dan Ahmad Maslan kena ingat pepatah  Amerika yang menyatakan \u201c kita boleh berbohong seseorang dalam sesuatu  masa, tetapi kita tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa\u201d.<\/p>\n<p>Ya,  benar antara sebab Felda kalah dengan peneroka Kemahang kerana peguam  Felda tidak hadir di Mahkamah. Tetapi itu hanya sebahagian dari  kebenaran. Kebenaran lain yang disorok oleh Najib dan Ahmad Maslan  adalah meskipun peguam Felda tidak hadir, Hakim yang mendengar  perbicaraan tersebut tidak memberikan kemenangan mudah kepada peneroka  Felda Kemahang. Dalam bahasa undang-undang hakim tersebut tidak  memasukkan penghakiman ingkar ( judgment in default ) ke atas Felda  hanya kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Untuk makluman para  pembaca penghakiman ingkar adalah penghakiman yang direkodkan oleh  Mahkamah jika salah satu pihak tidak hadir di Mahkamah dan penghakiman  tersebut dibuat tanpa Hakim mendengar keterangan dari pihak-pihak atau  saksi-saksi mereka.<\/p>\n<p>Dalam kes Felda Kemahang meskipun Felda dan  peguam mereka tidak hadir di Mahkamah , Hakim Dato\u2019 Azman Hussin masih  mahu mendengar keterangan saksi-saksi peneroka sebelum membuat  keputusan. Hanya setelah Hakim mendengar keterangan barulah hakim  berpuashati bahawa terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa unsur  penipuan dalam kes tersebut dan sekaligus Hakim memerintahkan Felda  membayar peneroka-penerokan yang menyaman itu gantirugi RM 11 juta.  Berdasarkan hal tersebut adalah TIDAK BENAR untuk Najib dan Ahmad Maslan  menyatakan Felda kalah hanya kerana peguam Felda tidak hadir.  Hakikatnya meskipun peguam Felda tidak hadir kes tersebut masih boleh  menyebelahi Felda jika Hakim , setelah mendengar saksi pihak peneroka,  merasakan peneroka telah gagal membuktikan kes mereka.<\/p>\n<p>Kita lihat  pula isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan di dalam kes para peneroka  Sungai Koyan 2 dan 3.  Ahmad Maslan berkata, laporan akhbar Harakah yang  berjudul \u201cFelda Kalah Lagi\u201d mengelirukan dan tidak tepat. &#8220;Kalau Felda  kalah, sudah tentu rayuan akan dibuat sebaliknya keputusan mahkamah itu  dengan jelas menyatakan peneroka hanya berhak dapat tuntutan mereka jika  patuh kepada prosedur Felda. Jadi, tindakan saman itu hanya merugikan  mereka kerana terpaksa membayar khidmat peguam. Kalau mereka tak saman  pun, kita tetap bayar,&#8221; katanya pada sidang akhbar pada 7\/10\/2010.<\/p>\n<p>Malah,  menurut Ahmad, tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima  bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang  ditetapkan.<\/p>\n<p>Ahmad Maslan cuba bermain dengan logik. Logik beliau  kalau Felda kalah sudah tentu Felda akan merayu. Oleh kerana Felda tidak  merayu maka mengikut logik Ahmad Maslan Felda tidak kalah.<\/p>\n<p>Baiklah  jika itu logik Ahmad Maslan kita juga boleh menjawab dengan logik  berikut. Jika Felda tidak kalah maka sudah tentu peneroka yang kalah  .Dalam Mahkamah tidak ada keputusan seri. Jika peneroka kalah sudah  tentu saman yang dikemukakan oleh peneroka akan ditolak oleh Mahkamah.  Dan jika peneroka yang kalah sudah tentu peneroka yang kena buat rayuan.<\/p>\n<p>Persoalannya  bagaimana peneroka hendak dikatakan kalah jika apa yang mereka minta  dibenarkan oleh Mahkamah meskipun tidak keseluruhan. Mereka meminta  Mahkamah membuat perintah perisytiharan bahawa mereka dibenarkan tanam  secara sendiri dan Mahkamh membenarkan perintah itu. Mereka juga meminta  Mahkamah mengisytiharkan bahawa mereka layak diberi RM 1700 seeekar dan  Mahkamah juga benarkan perintah tersebut. Hanya kerana Mahkamah  menambah bahawa bagi tujuan bayaran RM 1700 seekar perlu mengikut garis  panduan yang ditetapkan tidak boleh ditafsirkan Felda menang dan  peneroka kalah.<\/p>\n<p>Sepertimana kes Felda Kemahang, Ahmad Maslan  sekali lagi tidak mendedahkan kebenaran yang sebenar. Beliau menyatakan  kalau tidak saman pun kita ( felda ) tetap akan bayar.  Ini satu  pembohongan yang amat terang dan nyata. Kalau Felda akan bayar apa yang  diminta oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 mengapakah peneroka  tersebut perlu bersusah payah pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan hak  mereka ? Kalau betul Felda akan bayar mengapakah Felda bertungkus lumus  lawan para peneroka habis-habisan di Mahkamah ? Saksi Felda sendiri  apabila disoal oleh saya bersetuju bahawa para peneroka perlu pergi ke  Mahkamah kerana ingin mendapatkan keadilan. Lihat soal jawab berikut :-<\/p>\n<p>Soalan  ( S ): Sekarang ni bila Felda uruskan tanam semula, Felda guna duit  dalam tabung,sebahagian duit itu sebahagian duit Plaintif,betul?<\/p>\n<p>Jawapan ( J ) : Betul<\/p>\n<p>S:Maknanya  Felda diberi izin berdasarkan perjanjian ini untuk guna wang tabung  tanam semula,duit itu yang sebahagiannya ada duit Plaintif.tapi bila  peneroka nak tanam sendiri macam-macam syarat dikenakan.wajar tak wajar?<\/p>\n<p>J: Wajar.<\/p>\n<p>S:Kalaulah  saya katakan Peneroka yang tanam melalui Felda mereka boleh guna RM  1,700,sepatutya hak yang sama diberikan kepada Plaintif,betul?<\/p>\n<p>J:Betul<\/p>\n<p>S:Tiba-tiba 2002 tak dapat langsung.adil ke tak?<\/p>\n<p>J :Tak adil.<\/p>\n<p>S:kalau tak adil tu la pergi mahkamah .tu la mereka pergi mahkamah untuk dapat keadilan.betul?<\/p>\n<p>J: Betul<\/p>\n<p>Ahmad  Maslan menyatakan tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula  menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan  yang ditetapkan. Sekali lagi bercakap bohong jadi hobi Ahmad Maslan.  Mengapakah Ahmad Maslan enggan menyatakan kebenaran bahawa semasa saksi  Felda memberikan keterangan saksi Felda tanpa berselindung menyatakan  bahawa ketiga-tiga peneroka itu hanya layak menerima RM 11,000 lebih  sahaja setiap orang sedangkan berdasarkan garis panduan Felda sendiri  mereka layak menerima RM 1700 seekar ( RM 1700 x 14 ekar = RM 23, 800-00  ). Jika 3 peneroka ini tidak saman Felda di Mahkamah apakah jaminan  Felda setuju bayar mereka jumlah penuh sebanyak RM 23, 800-00 ? Apabila  Mahkamah memutuskan mereka layak dibayar RM 1700 seekar tindakan Felda  hanya bayar RM 11,000 lebih sahaja kepada 3 peneroka tersebut adalah  jelas tidak betul. <\/p>\n<p>Akhir sekali Ahmad Maslan menyatakan saman  itu hanya merugikan para peneroka kerana mereka terpaksa membayar  khidmat peguam.  Mengapakah Ahmad Maslan tidak pula menyatakan bahawa  tindakan Felda menggunakan peguam dan membayar kos peguam Felda yang  tinggi juga membuang duit Felda sahaja hanya semata-mata Felda mahu  tegakkan benang basah dan ingin menafikan hak peneroka. Oh mungkin bagi  Ahmad Maslan tidak salah Felda membazir duit bayar yuran peguam Felda  sebab duit Felda itu hakikatnya datang dari hasil penat lelah peneroka  juga ! Bukankah lebih baik Felda bayar peneroka wang tanam semula dari  bayar wang kepada peguam Felda bagi membela Felda untuk tidak mahu bayar  wang tanam semula kepada peneroka<a href=\"http:\/\/peguampas.blogspot.com\/\"><br \/><\/a><\/p>\n<p><em>** Mohd Hanipa Maidin adalah Jawtankuasa PAS Pusat<br \/>dan merupakan Panel Peguam PAS<\/em><a href=\"http:\/\/peguampas.blogspot.com\/\"><em><br \/><\/em><br \/>Baca dari sumber<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila keputusan Mahkamah memihak kepada para peneroka Felda Kemahang, pihak yang bertanggungjawab menjaga Felda menyatakan bahawa sebenarnya kekalahan itu kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Kini apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan memihak kepada peneroka Sungai Koyan, Ahmad Maslan dan Najib bertungkus lumus menyatakan bahawa sebenarnya Felda tidak kalah . Najib dan Ahmad Maslan masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3931"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3931"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3931\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3931"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3931"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3931"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}