{"id":3919,"date":"2010-10-14T17:39:52","date_gmt":"2010-10-14T09:39:52","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/ahmadinejad-lawat-lubnan-palestin-tuntut-sempadan\/"},"modified":"2010-10-14T17:39:52","modified_gmt":"2010-10-14T09:39:52","slug":"ahmadinejad-lawat-lubnan-palestin-tuntut-sempadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ahmadinejad-lawat-lubnan-palestin-tuntut-sempadan\/","title":{"rendered":"Ahmadinejad lawat Lubnan, Palestin Tuntut Sempadan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/ahmadinejad.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/ahmadinejad.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Beribu-ribu rakyat Lubnan menyambut ketibaan Presiden Iran, Mahmoud  Ahmadinejad di bandar Beirut semalam. Sebahagian daripada penduduk itu  membaling bunga ke arah konvoi Presiden itu.<\/p>\n<p>Mahmoud melakukan lawatan itu ke Lubnan semasa ketegangan memuncak  di antara pergerakan Hezbollah yang disokong Iran dengan parti yang  disokong negara-negara Barat dalam pentadbiran negara berkenaan.<\/p>\n<p>Krisis yang semakin memuncak itu meningkatkan kebimbangan mengenai  nasib Kabinet campuran yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara  Hezbollah dan parti yang disokong negara-negara Barat.<\/p>\n<p>Presiden Iran itu tersenyum semasa beliau melambaikan tangan ke arah  orang ramai dari bumbung sebuah kereta yang dikawal sekumpulan  anggota-anggota pasukan keselamatan.<\/p>\n<p>&#8220;Mahmoud telah banyak membantu Lebanon. Kami berada di sini untuk  mengucapkan terima kasih,&#8221; kata seorang pelajar jurusan kejuteraan,  Fatimah Mazen yang berusia 18 tahun.<\/p>\n<p>&#8220;Beliau tidak menguasai Lubnan. Setiap orang mempunyai pemikiran dan  boleh berfikir. Kami berada di sini untuk bersama dengannya pada waktu  sukar (perbalahan politik di Lebanon,&#8221; tambahnya.<\/p>\n<p>Kebanyakan majlis sambutan ketibaan Mahmoud dianjurkan oleh Hezbollah.<\/p>\n<p>Sementara itu, pihak berkuasa Palestin, semalam menggesa Amerika Syarikat (AS) dan  Israel supaya menggariskan sempadan negara Yahudi  selepas Washington  menyarankan rundingan damai diteruskan semula.<\/p>\n<p>\u201cKami secara rasmi menuntut pentadbiran AS dan kerajaan Israel  menyediakan peta sempadan negara Israel yang ingin diiktiraf,\u201d kata  pegawai kanan Palestin, Yasser Abed Rabbo.<\/p>\n<p>Kenyataan Yasser dibuat  selepas Jabatan Negara AS meminta Palestin memberi cadangan balas kepada  tuntutan Israel agar ia diiktiraf  sebagai pertukaran negara Yahudi itu  melanjutkan pembekuan penempatan haram.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Palestin  menolak tawaran itu dengan berkata, pengiktirafan terhadap negara Israel  tidak mempunyai kaitan dengan proses rundingan damai.<\/p>\n<p>Mereka menuntut pentadbiran AS menetapkan sempadan pada 1967 bagi memulakan rundingan untuk menentukan sempadan negara.<\/p>\n<p>\u201cKami  mahu tahu sama ada tanah kami dan kawasan kediaman di Tebing Barat  serta timur Baitulmaqdis termasuk dalam negara Israel,\u201d kata Yasser  merujuk kepada tanah Palestin yang dijajah dalam perang enam hari pada  1967.<\/p>\n<p>\u201cJika peta sempadan ini berdasarkan sempadan 1967 dan  menamatkan penjajahan Israel terhadap bumi Palestin&#8230;maka kami akan  mengiktiraf negara Israel tidak kira apa pun juga nama yang akan  diberikan ke atas negara itu selagi ia menepati undang-undang  antarabangsa,\u201d tambah Yasser lagi. &#8211; AFP<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beribu-ribu rakyat Lubnan menyambut ketibaan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di bandar Beirut semalam. Sebahagian daripada penduduk itu membaling bunga ke arah konvoi Presiden itu. Mahmoud melakukan lawatan itu ke Lubnan semasa ketegangan memuncak di antara pergerakan Hezbollah yang disokong Iran dengan parti yang disokong negara-negara Barat dalam pentadbiran negara berkenaan. Krisis yang semakin memuncak itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3919"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3919"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3919\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3919"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3919"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3919"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}