{"id":3875,"date":"2010-10-10T02:59:12","date_gmt":"2010-10-09T18:59:12","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/prk-batu-sapi-pkr-akan-tanding-wakili-pakatan\/"},"modified":"2010-10-10T02:59:12","modified_gmt":"2010-10-09T18:59:12","slug":"prk-batu-sapi-pkr-akan-tanding-wakili-pakatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/prk-batu-sapi-pkr-akan-tanding-wakili-pakatan\/","title":{"rendered":"PRK Batu Sapi; PKR akan tanding wakili Pakatan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/batusapi.PNG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita35\/batusapi.PNG\" width=\"301\" height=\"244\" style=\"float: right;\" \/>Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan  Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya  kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil  diletakkan dua tahun lalu.<\/p>\n<p>Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai  26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan  raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.<\/p>\n<p>PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.<\/p>\n<p>Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan  persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak  dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu.<\/p>\n<p>\u201cMemang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi  (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),\u201d kata beliau kepada The  Malaysian Insider.<\/p>\n<p>Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat  Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,\u201d katanya  lagi.<\/p>\n<p>Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini.<\/p>\n<p>\u201cSoal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam  mesyuarat Pakatan Rabu ini,\u201d kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar  ketika dihubungi.<\/p>\n<p>SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Kerusi itu kosong ekoran kematian Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (<strong>kiri<\/strong>) akibat kemalangan jalan raya semalam.<\/p>\n<p>Chong, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah, meninggal  dunia apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah  kereta di Jalan Sembulan-Tanjung Aru.<\/p>\n<p>Pada pilihan raya umum lalu, Chong menewaskan calon Bebas Ching Kwong  Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala  Ching mendapat 5,771 undi. Enam tahun lalu, beliau menang tanpa dicabar.<\/p>\n<p>Kerusi Parlimen Batu Sapi mempunyai sekitar 26,000 pengundi dengan  mengikut peratusan kaum, pengundi Melayu dianggarkan 32 peratus, Cina  (38 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (26 peratus),  Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).<\/p>\n<p>Walaupun PKR tidak meletakkan calon di peringkat Parlimen, wakilnnya  telah bersaing di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian  Parlimen Batu Sapi pada 8 Mac 2008.<\/p>\n<p>Di DUN Sekong, dengan jumlah pengundi 11,308 orang pada 8 Mac 2008,  kerusi itu dimenangi oleh Datuk Shamsuddin Yahya dari BN dengan  memperoleh 4,271 undi berbanding calon PKR Datuk Nahalan Damsal (2,082)  manakala Mansor Mursalim (Bersekutu) (242).<\/p>\n<p>Dalam pada itu, kerusi DUN Karamunting dengan 14,696 pengundi pula  dimenangi oleh Peter Pang En Yin (BN) (5,171) yang mengatasi Sak Cheong  Yu (Bebas) (1,455), Tan Shu Tee (PKR) (452) dan Chok Kon Tack (DAP)  (1,809).<\/p>\n<p>DUN Sekong mempunyai 38 peratus pengundi Melayu, Cina (18 peratus),  India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (38 peratus), Bumiputera Sarawak  (0.5 peratus) dan lain-lain (3.8 peratus).<\/p>\n<p>Sementara Karamunting pula terdiri daripada 28 peratus pengundi  Melayu, Cina (52 peratus), India (0.4 peratus), Bumiputera Sabah (17  peratus), Bumiputera Sarawak (0.7 peratus) dan lain-lain (1.7 peratus).<\/p>\n<p>Kini BN memiliki 22 kerusi Parlimen selepas dua wakil rakyatnya dari  Parti Maju Sabah bertindak sebagai anggota Bebas akhir 2008.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3875"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3875"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3875\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3875"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3875"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3875"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}