{"id":3867,"date":"2010-10-09T17:31:58","date_gmt":"2010-10-09T09:31:58","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/umno-sudah-kehabisan-oksigen\/"},"modified":"2010-10-09T17:31:58","modified_gmt":"2010-10-09T09:31:58","slug":"umno-sudah-kehabisan-oksigen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/umno-sudah-kehabisan-oksigen\/","title":{"rendered":"Umno Sudah Kehabisan Oksigen"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/umnoproblem.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita35\/umnoproblem.gif\" style=\"float: left;\" \/><strong>&#8211; Tengku  Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya<\/strong><br \/>Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan  kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku  Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang  dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut  jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan  oksigen dalam politik.    <\/p>\n<p>Teguran beliau yang mangatakan\u00a0  masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan  dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam  kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami  oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada  semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya  untuk \u201cE-Class\u201d, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja.  Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah  terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas  kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan  \u201cmee segera\u201d dengan menjadi \u201c jutawan 10 persen\u201d.<\/p>\n<p>Tengku  Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak  rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik  ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap\u00a0 empat.  Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah  busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat  gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan  Puteri. Bertepatan\u00a0 pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak  murid kencing berlari.<\/p>\n<p>PAS berpandangan apabila parti Umno\u00a0  yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan  benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk  mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat  kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan  apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas.  Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan \u201cSekiranya anak Adam  diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga,  sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)\u201d.<\/p>\n<p>Oleh  itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan  ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan  pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang  paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan  akhirat pasti akan lari.<\/p>\n<p><strong><br \/>Ustaz Idris Ahmad<br \/>Ketua Penerangan PAS Pusat<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnyaParti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik. Teguran beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3867"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3867"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3867\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}