{"id":3854,"date":"2010-10-08T21:15:06","date_gmt":"2010-10-08T13:15:06","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/segala-kezaliman-bn-akan-di-tentang\/"},"modified":"2010-10-08T21:15:06","modified_gmt":"2010-10-08T13:15:06","slug":"segala-kezaliman-bn-akan-di-tentang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/segala-kezaliman-bn-akan-di-tentang\/","title":{"rendered":"Segala Kezaliman BN Akan Di Tentang"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/kam1691%28a%29-jubli1.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita35\/kam1691(a)-jubli1.JPG\" \/><\/p>\n<p><strong>KEMAMAN<\/strong> &#8211;\u00a0 PAS berikrar akan terus menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>Namun, penentangan dan perbalahan PAS-Umno\/BN itu bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi perbezaan dasar dan perjuangan.<\/p>\n<p>Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato\u2019 Abu Bakar Chik berkata kedatangan Islam di dunia ini adalah bagi menyelesaikan segala masalah dan kekusutan umat.<\/p>\n<p>\u201cApa pun kezaliman yang dibuat terhadap PAS dan penindasan terhadap negeri Terengganu suatu ketika dahulu dengan \u2018rampasan\u2019 royalti minyak. <\/p>\n<p>\u201cKezaliman mereka (BN) terhadap kerajaan PAS Kelantan dan Kedah, penindasan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. PAS akan bangkit menentangnya. Insya\u2019Allah, rakyat akan bersama kita (PAS) dalam pilihan raya akan datang,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman di Pekan Kemasek, Kemaman pada 8 Oktober lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang dinamakan Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendakwa Umno dan Barisan Nasional telah bertindak zalim dengan \u2018merogol\u2019 dan \u2018merampas\u2019 kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.<\/p>\n<p>Justeru itu, katanya kezaliman yang dilakukan oleh Umno-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat akan ditentang sepanjang masa.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) bercakap soal sambutan Jubli Emas adalah soal perjuangan. Perayaan itu adalah keceriaan dalam berorganisasi.<\/p>\n<p>\u201cPenegasan kita (PAS) soal Barisan Nasional (BN) dan bukan kerana kita (PAS) semata-mata hendak memusuhi parti (Umno-BN) ini. <\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) berbalah dengan Umno-BN bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi kerana dasar dan perjuangan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Ustaz Abu Bakar menegaskan bagi melaksanakan dasar Islam yang diperjuangkan itu PAS menyertai pilihan raya kerana dibenarkan oleh agama.<br \/>\u201cBagi melaksanakan dasar Islam itu kita (PAS) menyertai pilihan raya yang dibenarkan oleh agama kita (Islam). <\/p>\n<p>\u201cPilihan raya ini ada prinsipnya, kita (PAS) menyertainya di atas dasar kita (PAS) memberikan kepada rakyat peluang menyokong kita (PAS) secara massa. Ini (pilihan raya) mendekati konsep syura dalam Islam yang mengambil suara rakyat,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN &#8211;\u00a0 PAS berikrar akan terus menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat. Namun, penentangan dan perbalahan PAS-Umno\/BN itu bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi perbezaan dasar dan perjuangan. Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato\u2019 Abu Bakar Chik berkata kedatangan Islam di dunia ini adalah bagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3854"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3854"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3854\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3854"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3854"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3854"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}