{"id":3836,"date":"2010-10-06T20:43:41","date_gmt":"2010-10-06T12:43:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/ketegangan-jepun-china-belum-berakhir\/"},"modified":"2010-10-06T20:43:41","modified_gmt":"2010-10-06T12:43:41","slug":"ketegangan-jepun-china-belum-berakhir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ketegangan-jepun-china-belum-berakhir\/","title":{"rendered":"Ketegangan Jepun-China belum berakhir"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/bantahanrakyatjepun.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita34\/bantahanrakyatjepun.jpg\" style=\"float: right;\" \/><strong><span class=\"content_bold\">&#8211; PM dua negara mahu baiki hubungan namun tekankan  hak kuasai pulau yang dipertikai<\/span><\/strong><br \/>Pemimpin Jepun dan China  berkata mereka mahu memperbaiki hubungan yang tegang antara dua negara  itu, tetapi menekankan mereka tetap menuntut hak menguasai kawasan  kepulauan yang menjadi tumpuan utama pertikaian itu. \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini menunjukkan ketegangan antara dua ekonomi utama di Asia itu belum selesai.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perdana menteri Jepun dan China  bertemu kelmarin buat kali pertama sejak pertelingkahan berhubung kejadian  perlanggaran kapal dua negara itu di perairan dekat sebuah kepulauan  yang dipertikai di Laut China Timur bulan lalu menjejas hubungan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dua pemimpin itu bersetuju memulakan rundingan peringkat tinggi bagi memperbaiki hubungan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami berdua berkata suasana  sekarang tidak baik, dan kami mengesahkan ada langkah memulakan usaha  memperbaiki hubungan strategik kami yang saling menguntungkan,&#8217; kata  Perdana Menteri Jepun, Encik Naoto Kan, kepada pemberita di Brussels,  selepas menemui Perdana Menteri China, Encik Wen Jiabao, sempena sidang  puncak Asia-Eropah (Asem).<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami bersetuju mengadakan rundingan  peringkat tinggi atas dasar keselesaan masing-masing,&#8217; kata Encik Kan,  sambil menambah beliau melihat kepulauan yang dipertikai itu sebagai  wilayah Jepun. <\/p>\n<p>(Gambar &#8211; rakyat Jepun membantah tindakan Perdana Menterinya Naoto Kan bertemu dengan Perdana Menteri China Wen jiaobo yang dianggap sebagai tindkan tunduk kepada China)<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Kan, yang menghadapi tekanan  dalam negeri kerana kelihatan mengalah pada permintaan China dalam  tengkarah itu, tidak mendedahkan pihak-pihak yang bakal menyertai  rundingan tersebut atau bila ia akan diadakan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau dan Encik Wen bertemu 25  minit selepas satu majlis jamuan malam rasmi di Brussels. Pertemuan itu  tidak diumum terlebih dahulu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam pertemuan itu, Encik Wen  memberitahu Encik Kan kepulauan itu &#8211; dipanggil Senkaku di Jepun dan  Diaoyu di China &#8211; milik China.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, beliau juga berkata dua  raksasa Asia itu harus mendalami lagi hubungan mereka demi manfaat  penduduk kedua-dua negara, kata agensi media China.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kepulauan Diaoyu adalah wilayah  China sejak zaman purba,&#8217; kata Encik Wen semasa bertemu Encik Kan, lapor  agensi berita Xinhua News.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Hubungan dua negara itu tegang  apabila sebuah bot nelayan China dan dua kapal pengawal pantai Jepun  berlanggar dan Jepun kemudian menahan kapten bot nelayan tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jepun telah membebaskan kapten tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kejadian itu turut menjejas bekalan beberapa bahan galian nadir bumi, produk dan barang gantian dari China kepada Jepun.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>China menghasilkan kira-kira 97 peratus nadir bumi dunia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jepun membeli sekitar setengah nadir  bumi China, tetapi Beijing mengenakan pengharaman de facto ke atas  eksport bahan itu selepas insiden perlanggaran itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Semalam, Menteri Perdagangan Jepun,  Encik Akihito Ohata, berkata beliau akan menemui China berhubung isu  nadir bumi itu. &#8212; Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; PM dua negara mahu baiki hubungan namun tekankan hak kuasai pulau yang dipertikaiPemimpin Jepun dan China berkata mereka mahu memperbaiki hubungan yang tegang antara dua negara itu, tetapi menekankan mereka tetap menuntut hak menguasai kawasan kepulauan yang menjadi tumpuan utama pertikaian itu. Ini menunjukkan ketegangan antara dua ekonomi utama di Asia itu belum selesai. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3836"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3836"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3836\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3836"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3836"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3836"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}