{"id":38262,"date":"2015-09-29T14:00:02","date_gmt":"2015-09-29T06:00:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=38262"},"modified":"2015-09-29T15:16:59","modified_gmt":"2015-09-29T07:16:59","slug":"misi-korban-pacu-dan-nisa-sembelih-72-ekor-lembu-di-kemboja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/misi-korban-pacu-dan-nisa-sembelih-72-ekor-lembu-di-kemboja\/","title":{"rendered":"Misi Korban &#8216;Pacu&#8217; Dan Nisa&#8217; Sembelih 72 Ekor Lembu Di Kemboja"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : NHA<\/p>\n<p>Pasukan Cakna Ummah (PACU) dan Nisa\u2019 Terengganu mungkin tidak se gah NGO yang sudah dikenali ramai di dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Namun, atas kesedaran dan tanggungjawab membantu saudara Islam tanpa mengenal sempadan, kedua-dua NGO ini bekerjasama bagi meraikan saudara se akidah di Kemboja sempena Aidiladha yang lepas.<\/p>\n<p>Misi Korban dan Akikah di Kemboja yang diadakan pada\u00a022-27 September 2015 ini merupakan tahun ke-2 kerjasama antara dua NGO ini bagi membantu saudara yang miskin di sana.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/IMG-20150929-WA0029.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-38267 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/IMG-20150929-WA0029-300x169.jpg\" alt=\"IMG-20150929-WA0029\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>\u201cAlhamdulillah, tahun ini sebanyak 72 ekor lembu yang berjaya kami kumpulkan untuk saudara Islam di Kemboja. Jumlah ini agak kurang berbanding tahun lepas, mungkin antara faktornya ekonomi yang agak meleset serta banyaknya pilihan misi qurban kali ini. Oleh sebab itu, kami begitu hargai kesemua peserta yang menyertai projek qurban dan akikah bersama PACU dan Nisa\u2019 ini,\u201d jelas Haji Ismail Musa, Ketua Operasi dan Pengurusan Misi kali ini.<\/p>\n<p>Menurut Haji Ismail, misi kali ini lebih pendek berbanding tahun lepas, iaitu selama 6 hari sahaja. Ini kerana ada kalangan peserta rombongan yang mesti diraikan kerana komitmen kerja. Rombongan seramai 20 orang itu disertai oleh 12 orang dari NGO PACU, 4 orang NGO Nisa\u2019 dan 4 orang lagi adalah persendirian. Laluan perjalanan kali ini juga berbeza, kerana ada beberapa tempat baru yang mesti disampaikan sumbangan.<\/p>\n<p>\u201cMisi kali ini kita menjelajahi 8 buah negeri di Kemboja iaitu Banteay Mean Chay, Siem Reap, Kampung Thom, Kampung Cham, Kandal, Kampung Chnang, Pursat dan Battambang. Perjalanan kami mengambil masa 5 hari untuk menjelajahi kesemua negeri itu dan membahagikan lembu mengikut keperluan umat Islam di sana,\u201d<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/IMG-20150929-WA0025.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-38269 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/IMG-20150929-WA0025-300x169.jpg\" alt=\"IMG-20150929-WA0025\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>\u201cPermusafiran dan perjalanan misi kami mendapat bantuan wakil penduduk tempatan yang bersedia membantu kami pada bila-bila masa sahaja. Hubungan ini kami bina sudah lama dan mereka sangat komited dan dipercayai untuk menguruskan segala bantuan yang kami sampaikan,\u201d tambah Haji Ismail lagi.<\/p>\n<p>Sementara itu bagi pihak Nisa\u2019 Terengganu pula, keterujaan menyertai misi yang sama pada tahun lepas memberi semangat untuk mereka bersama-sama PACU lagi pada kali ini. Menurut Cik Wan Nor Siha Wan Ibrahim, iaitu Timbalan Ketua Nisa\u2019 Terengganu yang juga peserta rombongan misi kali ini melahirkan kesyukuran di atas kejayaan misi ke-2 mereka kali ini.<\/p>\n<p>\u201cTahun ini Nisa\u2019 menghantar 4 orang wakil untuk menyampaikan sendiri amanah orang ramai melalui kami. Selain mengumpulkan bahagian lembu untuk ibadah qurban dan akikah, kami juga menerima sumbangan kewangan untuk pembinaan madrasah di sana. Kali ini pengurusan kami juga lebih bersistematik kerana banyak yang kami belajar dari pengalaman tahun lepas,\u201d ujar Cik Nor Seha.<\/p>\n<p>Selain kewangan, PACU dan Nisa\u2019 juga menyediakan makanan ringan seperti gula-gula, kek dan biskut untuk diberikan kepada anak-anak Kemboja. Mereka sangat teruja menerima ole-ole dari Malaysia, malah adakalanya berebut-rebut mendapatkan bahagian masing-masing.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/IMG-20150929-WA0031.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-38273 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/IMG-20150929-WA0031-300x169.jpg\" alt=\"IMG-20150929-WA0031\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>\u201cWalaupun tiada aktiviti khusus bersama masyarakat di sana kerana jadual padat menguruskan perjalanan qurban dan akikah, kami tidak ketinggalan beramah mesra bersama mereka terutamanya kaum hawa dan kanak-kanak. Respons mereka sangat bagus, walaupun komunikasi kami agak terhad kerana masing-masing tidak tahu bertutur bahasa Melayu atau Kemboja,\u201d<\/p>\n<p>\u201cKami sempat mengajar kanak-kanak Kemboja beberapa doa harian untuk diamalkan. Selain itu, kami juga bergotong-royong menyediakan juadah makanan bersama kaum hawa selain beramah mesra dengan dibantu jurubahasa. Pengalaman setahun sekali bersama masyarakat Islam Kemboja ini kami gunakan sebaiknya. Walaupun penat, tetapi sangat berbaloi dan banyak yang kami belajar dari pengalaman kali ini,\u201d ujar Cik Nor Seha lagi.<\/p>\n<p>Perjalanan jauh beribu kilometer dan pelbagai ujian sepanjang perjalanan yang ditempuhi banyak mengajar erti kesabaran dan sebuah pengorbanan. Semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan keluarga baginda demi mentaati perintah Allah mestilah dijadikan teladan dan pengajaran buat umat Islam. Walau sempadan gunung-ganang memisahkan, namun itu bukan penghalang buat para pencinta agama yang sanggup mengorbankan jiwa, harta dan tenaga demi Islam yang tercinta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : NHA Pasukan Cakna Ummah (PACU) dan Nisa\u2019 Terengganu mungkin tidak se gah NGO yang sudah dikenali ramai di dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Namun, atas kesedaran dan tanggungjawab membantu saudara Islam tanpa mengenal sempadan, kedua-dua NGO ini bekerjasama bagi meraikan saudara se akidah di Kemboja sempena Aidiladha yang lepas. Misi Korban dan Akikah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":38268,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":38268,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":960,"height":720,"file":"2015\/09\/IMG-20150929-WA0024.jpg","filesize":116371,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/IMG-20150929-WA0024.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38262"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38262"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38262\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38268"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}