{"id":3815,"date":"2010-10-05T17:18:24","date_gmt":"2010-10-05T09:18:24","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/wang-yang-disatukan-bila-mahu-dibersihkan\/"},"modified":"2010-10-05T17:18:24","modified_gmt":"2010-10-05T09:18:24","slug":"wang-yang-disatukan-bila-mahu-dibersihkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wang-yang-disatukan-bila-mahu-dibersihkan\/","title":{"rendered":"Wang Yang Disatukan \u2013 Bila Mahu Dibersihkan?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/10\/hasiljudi.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita34\/hasiljudi.gif\" style=\"float: right;\" \/>Asalnya memang malas hendak melayan isu ini. Memang kata orang, kerja  orang politik senantiasa hendak menjatuhkan lawan. Mutakhir tampak  macam Umno mencetus isu, mengambil sebanyaknya \u2018mileage\u2019 dan kemudiannya  meninggalkan isu begitu sahaja. Pakatan hanya \u2018mengekor\u2019 sahaja dan  bertindak reaktif. Contohnya mana isu YB Neo Ching masuk masjid, isu  Kalimah Allah dsbnya.<\/p>\n<p>Tak putus-putus serangan dibuat. Tapi kali ini Umno silap congak.  PAS dan Pakatan tidak akan izinkan Umno mencetuskan isu dan melenyapkan  isu ini begitu sahaja. Kali ini, PAS akan lanjutkan sehingga terlondeh  Umno! Isu ini akan akhirnya ke Parlimen lagi!<\/p>\n<p>Apabila Reezal Merican Naina Merican pertama-tama mendedahkan bahawa  Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan wang sumbangan sebanyak  RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk pemberian wang  ehsan RM100 kepada warga emas, Umno menyangka Ketua Penerangan Pemuda  Umno itu bijak mencari isu membunuh lawan politiknya.<\/p>\n<p>Serangan ini dianggap berjaya dan berkesan mencetuskan rasa marah  orang Islam, khususnya warga emas yang memulangkan wang RM100 itu.  Mereka bertujuan menjatuhkan wibawa Ketua Menteri Lim Guan Eng. Lantas  ada yang \u2018berlakon\u2019 memulangkan pemberian itu kembali.<\/p>\n<p>Umno menggeletek keseronokan melihat taktiknya menimbulkan kemarahan  terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri itu berjaya. Ketika  mendapat tentangan, serangan beraleh sasaran. Kali ini ditujukan kea rah  program pembayaran RM1000 kepada waris ketika warga emas meninggal.  Kedua-dua ini dikatakan dari sumber haram hasil derma RM2juta daripada  Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Kerajaan Pulau Pinang telah secara jelas mengatakan bahawa sumber  kedua-dua program tersebut adalah dari peruntukan belanjawaan 2010  sebanyak RM20 juta hasil penjimatan penjimatan dari urustadbir CAT  (kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan). Tuduhan Umno jelas  meleset. Tetapi peduli mereka tentang fakta dan kebenaran. Yang penting  mereka \u2018spin\u2019 \u2013\u2018putar-belit\u2019 dan mampu yakinkan rakyat yang tidak  membaca media alternatif dan internet \u2013 golongan yang bengantung seluruh  maklumat dari media BN\/Umno \u2013 Utusan, BH dan RTM.<\/p>\n<p>Begitu juga program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK). RAK adalah program  kerajaan Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan tegar dengan  mengeluarkan keluarga daripada garis pendapatan RM400 sebulan kepada  sekurang-kurangnya RM500 sebulan.<\/p>\n<p>Umno kecewa. Program murni terus ini diserang Umno, kononnya sumber haram dan dari judi.<\/p>\n<p>Pegawai Kewangan Negeri sendiri Dato\u2019 Farizan Darus telah mengaskan  bahawa sumber RM2juta daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhusus  pemberiannya hanya kepada orang bukan Islam. Memang miskin tegar bukan  hanya terdiri dari orang Islam. Tentunya tidak salah menyalurkan wang  derma kepada orang bukan Islam sementara orang Islam tidak diberikan  dari sumber ini. Bukankah ini satu usaha murni dari kerajaan negeri  Pulau Pinang mempastikan orang Islam mendapat\u00a0sumber yang halal?<\/p>\n<p>Persoalan yang hendak ditanya rakyat, khususnya umat Islam ialah :  Sejak bila pulak Umno pandai membezakan sumber rezeki halal dan haram?  Sebabnya? Judi dan Umno ini sinonim sejak azali lagi!<\/p>\n<p>Sejarah merakamkan betapa Umno mengingkari fatwa yang dikeluarkan  oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim  (Ayahanda mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah  haram.<\/p>\n<p>Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak  penubuhannya mereka lagi. Malahan, tumbesaran UMNO tidak sangat  memperhitungkan halal-haram sejak Merdeka lagi.<\/p>\n<p>Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri  kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan  ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November  1951.<\/p>\n<p>Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif  dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN  meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada  Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010  tetapi terpaksa digantung buat sehingga kini.<\/p>\n<p>Peliknya kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pertama mengharamkan judi  bola sekaligus memusnahkan rancangan Umno untuk membenarkan lessen judi  bola di Malaysia. Kerajaan PAS lebih awal lagi tidak mengizinkan lesen  judi di premis-premis di Kelantan\u00a0setelah berbincang dengan semua tokoh  agama-agama lain.<\/p>\n<p>Isu pokok yang hendak diketengahkan ialah sumber pendapatan. Timbalan  Perdana Menteri turut tumpang semangkok mengambil kesempatan untuk  memukul kerajaan Pakatan Rakyat kononnya orang Islam cukup peka dengan  sumber pendapatan mereka bukan dari sumber haram seperti judi.<\/p>\n<p>Kalau benar TPM peka dan Umno peka dengan sumber pendapatan perlu  bersih dan halal, mengapa kerajaan Umno\/BN sejak berdekad lamanya masih  mengumpulkan semua pendapatan dari cukai dan bukan cukai dari sumber  yang haram seperti Cukai Dosa atau \u201cSin Tax\u201d, \u00a0rokok, judi, arak dsbnya  masih tidak lagi dipisahkan bahkan disatukan dalam \u2018Wang yang Disatukan\u2019  atau \u201cConsolidated Fund\u201d di peringkat kerajaan Pusat?<\/p>\n<p>Ahli Parlimem Kuala Selangor pernah membangkitkan perkara ini,  seperti juga beberapa ahli Yang Berhormat yang lain, tetapi pimpinan  Melayu Umno membisu seribu bahasa. Tiba-tiba nak tunjuk warak dan alim  kononnya peka dengan sumber pendapatan \u2013 halal dan haram. Kemuncak  hipokrasi Umno!<\/p>\n<p>Seluruh rakyat perlu diberitahu bahawa pimpinan Umno menipu rakyat  lagi khusus kakitangan kerajaan bahawa penerimaan gaji mereka adalah  tidak jelas dari sumber yang halal kerana telah \u2018disatukan\u2019. Dalam  amalan Kewangan Islam, sumber yang jelas boleh dipisahkan dari sumber  yang haram bagi pembersihan pendapatan. Tentunya gaji kakitangan mampu  dibayar dari sumber yang jelas halalnya.<\/p>\n<p>Sudah sampai waktunya pimpinan negara bertindak menyelamatkan  pembayaran imbuhan kakitangan kerajaan\u00a0untuk \u00a0umat Islam di segi gaji  dan bayaran yang mereka terima. Hanya \u2018political will\u2019 atau iltizam  politik yang tinggi serta kepekaan terhadap agama yang mendalam yang  akan mampu membuat perubahan seperti ini. Umno\/BN tidak diharapkan untuk  membuat perubahan ini.<\/p>\n<p>Kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kepekaan pimpinan bukan Islam dari  Pakatan tampaknya lebih\u00a0bersungguh dari\u00a0pemimpin elit Umno yang tegar  dengan rasuah dalam kerasukan haloba tempolok masing-masing,  meninggalkan kepentingan umat Islam dan mengorbankan kesejahteraan  rakyat seluruhnya.<\/p>\n<p><strong>Dr Dzulkefly Ahmad, <\/strong><strong>AJK PAS Pusat<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Asalnya memang malas hendak melayan isu ini. Memang kata orang, kerja orang politik senantiasa hendak menjatuhkan lawan. Mutakhir tampak macam Umno mencetus isu, mengambil sebanyaknya \u2018mileage\u2019 dan kemudiannya meninggalkan isu begitu sahaja. Pakatan hanya \u2018mengekor\u2019 sahaja dan bertindak reaktif. Contohnya mana isu YB Neo Ching masuk masjid, isu Kalimah Allah dsbnya. Tak putus-putus serangan dibuat. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3815"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3815"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3815\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3815"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3815"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3815"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}