{"id":3768,"date":"2010-10-01T08:05:21","date_gmt":"2010-10-01T00:05:21","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/10\/siapa-ibrahim-ali-dalam-utusan\/"},"modified":"2010-10-01T08:05:21","modified_gmt":"2010-10-01T00:05:21","slug":"siapa-ibrahim-ali-dalam-utusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/siapa-ibrahim-ali-dalam-utusan\/","title":{"rendered":"Siapa Ibrahim Ali dalam Utusan?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: left;\">Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan,  apabila UMNO ditikam lidah sendiri setelah Setiausaha Agungnya  menyatakan pendirian untuk menjauhi PERKASA.\u00a0 Malah, Presiden PERKASA  Ibrahim Ali dijulang lebih tinggi, seolah-olah lebih berpengaruh ke atas  <em>Utusan Malaysia<\/em>, jika dibandingkan dengan sesetengah pemimpin UMNO.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Keadaan  ini mencungkil kesangsian ramai, yang mungkin tertanya-tanya apakah  yang membuatkan Ibrahim Ali begitu popular,\u00a0sehingga dilihat terserlah  dalam ruang dada <em>Utusan Malaysia<\/em>?\u00a0 Bahkan kadang-kala Ibrahim  Ali, pemimpin politik veteran yang pernah ditendang keluar UMNO,\u00a0diberi  liputan yang lebih besar dalam <em>Utusan Malaysia<\/em>, berbanding dengan pemimpin UMNO sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100929_NUJ_president_hata_wahari_02.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>&#8220;Itu <em>you<\/em> kena tanya Editor, apa tujuannya, saya sendiri pun tengah mencari-cari.\u00a0 Kenapa <em>Utusan<\/em> utamakan PERKASA, kenapa tak utamakan UMNO, sedangkan pemilik akhbar  UMNO?\u00a0 Kita pun pelik tentang ni, Ibrahim Ali ada saham banyak kat<em> Utusan<\/em>, banyak sangat ke?&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Keraguan  ini dikongsi bersama Hata Wahari, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan  (NUJ) Malaysia baru, yang telah 15 tahun berkhidmat di <em>Utusan Malaysia <\/em>sebagai wartawan.\u00a0 Dalam satu wawancara bersama <em>MerdekaReview<\/em> kelmarin (28 September), Presiden NUJ yang mencungkil kontroversi sejak  terpilih pada 17 September 2010 ini mendedahkan bagaimana dirinya  menerima layanan dingin, selepas kenyataan untuk mengkritik majikannya  dikeluarkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><strong>Isu yang dibawa Ibrahim Ali remeh temeh<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Biarpun  terkenal dengan lonjakan dari parti ke parti, Ibrahim Ali akhirnya  diberi nafas baru untuk melanjutkan hayat politiknya apabila menubuhkan  PERKASA, badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang mempertahankan  kepentingan Melayu.\u00a0 Namun demikian, perjuangannya dipertikaikan oleh  seorang wartawan <em>Utusan Malaysia <\/em>bernama Hata Wahari.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Hata  Wahari yang mendakwa dirinya &#8220;pakar dalam parlimen&#8221; seketika dahulu,  kerana ditugas khas untuk membuat liputan parlimen dan politik, kini  dilarang untuk berbuat demikian.\u00a0 Beliau yang pernah menolak untuk  menulis berita Ibrahim Ali (gambar kiri) tidak pasti sama ada peristiwa  ini menjadi punca larangan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">&#8220;&#8230;saya  pernah menolak menulis berita Ibrahim Ali, dia berucap di Parlimen dan  saya tak tulis, editor suruh tulis tapi saya tak tulis.\u00a0 (Mengapa?)&#8230;  sebab benda dan isu tu remeh temeh, tidak penting, tak membina dan  membangunkan minda, <em>news<\/em> (berita) lain lagi bagus.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Mengapa Ibrahim Ali mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap <em>Utusan Malaysia<\/em>, tanya wartawan <em>MerdekaReview<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100415_ibrahim_ali_utusan.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>&#8220;<em>You<\/em> tanya saya, saya pun hairan juga, siapa Ibrahim Ali dalam <em>Utusan<\/em>?\u00a0  Ibrahim Ali punya pencapaian, saya tak nampak pun, apa yang dia bantu  orang Melayu, perjuangannya ada menyebabkan orang Melayu kaya ke?\u00a0 Tak  nampak lagi.\u00a0 Ada menyebabkan lebih orang Melayu dapat biasiswa ke?\u00a0 Tak  nampak lagi, itu masalahnya.\u00a0 Tak ada dia punya sumbangan sangat  terhadap orang Melayu, kenapa kita nak utamakan dia, apa masalah?&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">&#8220;Kalau <em>you<\/em> tanya, kenapa <em>Utusan<\/em> utamakan Ibrahim Ali, soalan ini saya tertanya-tanya sejak dua tiga tahun ni!&#8221; tambah beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Malah,  Hata Wahari tidak faham mengapa dibangkitkan isu artikel 153, &#8220;Kalau  dia (Ibrahim Ali) nak perjuangkan artikel 153, benda itu ada dalam  Perlembagaan.\u00a0 Siapa nak pertikaikan?\u00a0 Saya tak berani pertikaikan  Perlembagaan.\u00a0 Mungkin you akan tanya, tapi siapa pertikaikan  Perlembagaan?\u00a0 Benda tu memang dalam perlembagaan!&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><strong>&#8220;Presiden sepenuh masa&#8221;<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Hata  Wahari membeliakkan khalayak ramai apabila mengeluarkan tiga kenyataan  yang sudah semestinya tidak menyenangkan pihak majikannya (pengarang  kanan) dan bosnya, UMNO.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Bermula  dengan kritikan terhadap Ketua dan pengarang kanan kerana &#8220;berkhidmat  untuk memenuhi keperluan tuan politik&#8221;, disusuli pula dengan kritikan  terhadap kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam isu  larangan media, Hata Wahari (gambar kiri) baru-baru ini menyangkal pula  tulisan Awang Selamat.\u00a0 Hata Wahari memberi tamparan sengit apabila  berterus-terang bahawa &#8220;laporan berat sebelah&#8221; merupakan punca sebenar  penurunan edaran <em>Utusan Malaysia<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Keberanian  dan kelantangan Hata Wahari disambut dengan pujian dan tepukan.\u00a0 Namun,  di sebalik &#8220;semangat berkobar-kobar&#8221; yang diperlihatkan dari Hata  Wahari, ramai mungkin tidak mengetahui bahawa beliau telah &#8220;dibekukan&#8221;  oleh pihak atasannya setelah kenyataan tersebut dikeluarkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">&#8220;Saya  memang tidak diberi apa-apa tugasan, saya sekarang ni seperti Presiden  (NUJ) sepenuh masa, &#8221; Hata Wahari sempat menyindir dirinya.\u00a0 &#8220;Sudah  masuk hari kelima saya tidak diberi apa-apa tugasan atau susulan,  selepas kenyataan&#8230;(dikeluarkan).\u00a0 Sebelum kenyataan (dikeluarkan)  memang tiap-tiap hari saya ada buat berita.\u00a0 Sebenarnya, pada hari saya  buat kenyataan, saya ada dapat berita eksklusif&#8230;&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Namun, tiada lagi berita untuk Hata Wahari pada keesokannya.\u00a0 &#8220;Saya tidak diberi apa-apa berita, saya duduk senyap dalam <em>office<\/em> (pejabat), masuk pukul 10 pagi dan balik pukul 6 petang.\u00a0 Saya tak  kisah, hak dia orang nak bagi tugasan, pada masa sama saya cari berita,  sama ada mereka nak pakai atau tidak, terpulang kepada editor.&#8221;-Merdeka Review<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan, apabila UMNO ditikam lidah sendiri setelah Setiausaha Agungnya menyatakan pendirian untuk menjauhi PERKASA.\u00a0 Malah, Presiden PERKASA Ibrahim Ali dijulang lebih tinggi, seolah-olah lebih berpengaruh ke atas Utusan Malaysia, jika dibandingkan dengan sesetengah pemimpin UMNO. Keadaan ini mencungkil kesangsian ramai, yang mungkin tertanya-tanya apakah yang membuatkan Ibrahim Ali begitu popular,\u00a0sehingga dilihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3768"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3768"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3768\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3768"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3768"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3768"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}