{"id":3740,"date":"2010-09-28T17:09:45","date_gmt":"2010-09-28T09:09:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/rundingan-damai-tidak-menentu\/"},"modified":"2010-09-28T17:09:45","modified_gmt":"2010-09-28T09:09:45","slug":"rundingan-damai-tidak-menentu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rundingan-damai-tidak-menentu\/","title":{"rendered":"Rundingan Damai Tidak Menentu"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><span class=\"content\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/BH_IMAGES_AHMIDEAST.jpg\" border=\"0\" alt=\"PERIKSA KERETA: Seorang pegawai keselamatan Israel memeriksa sebuah kereta di Hospital Soroka di Beersheba, selatan Israel, selepas sekumpulan orang bersenjata Palestin melepaskan tembakan ke atas kereta itu di Tebing Barat, kelmarin. -- Foto AP\" width=\"375\" height=\"215\" style=\"float: right;\" \/><\/span>Luputnya pembekuan pembinaan petempatan Yahudi  di Tebing Barat menyebabkan rundingan damai Timur Tengah menjadi tidak  menentu semalam, sewaktu Israel, Palestin dan Amerika berusaha mencari  tolak ansur agar rundingan boleh diteruskan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Seorang pegawai kanan Palestin  berkata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, akan memulaukan  rundingan damai jika Israel menyambung semula pembinaan petempatan  Yahudi di Tebing Barat, selepas larangan selama 10 bulan itu ditarik  balik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Yasser Abed Rabbo memberitahu  Radio Israel semalam bahawa pembinaan petempatan akan &#8216;membantutkan  rundingan dan membantutkan huraian politik&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Larangan pembinaan petempatan Yahudi  itu berakhir tengah malam kelmarin. Namun Israel tidak menunjukkan  kesediaan bagi melanjutkan larangan tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Abbas berkata beliau tidak dapat meneruskan rundingan damai di Washington jika Israel terus membina petempatan Yahudi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>( Gambar kanan &#8211; PERIKSA KERETA: Seorang pegawai keselamatan Israel memeriksa sebuah  kereta di Hospital Soroka di Beersheba, selatan Israel, selepas  sekumpulan orang bersenjata Palestin melepaskan tembakan ke atas kereta  itu di Tebing Barat, kelmarin. &#8212; Foto AP)<\/p>\n<p>Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pemerintah Israel tidak bercadang melanjutkan pembekuan tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya berharap Presiden Abbas akan  meneruskan rundingan dan terus bersama saya menuju jalan perdamaian yang  kita mulakan tiga minggu yang lalu,&#8217; kata Netanyahu dalam satu  khidmat pesanan ringkas (SMS).<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Abbas menangguhkan keputusan  sama ada hendak memulaukan rundingan sehingga Isnin depan apabila beliau  berbincang dengan 22 negara Liga Arab mengenai isu tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di Paris kelmarin, Abbas berkata hanya ada satu pilihan bagi Israel &#8211; &#8216;sama ada damai atau petempatan&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Netanyahu menggesa Abbas  agar meneruskan rundingan dan pada masa yang sama memujuk peneroka  Yahudi supaya mengawal perasaaan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di bawah tekanan Amerika,\u00a0  Netanyahu memujuk Kabinet agar akur membekukan pembinaan petempatan  Yahudi pada November lalu supaya pemimpin Palestin kembali ke meja  rundingan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Semalam, peneroka Yahudi menyambung semula pembinaan bangunan di beberapa petempatan di Tebing Barat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pekerja memulakan kerja membina berpuluh rumah di kejiranan Ariel, lapor jurucakap perbandaran, Cik Chen Kedem.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Naftali Bennett, ketua  pengarah Majlis Yesha, yang mewakili 300,000 penduduk Yahudi di Tebing  Barat, berkata pembinaan juga sedang berlaku di petempatan Oranit dan  Adam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perunding Palestin, Nabil Shaath, berkata pihaknya akan &#8216;menilai apa yang berlaku di lapangan&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Amerika mahu Israel melanjutkan pembekuan pembinaan petempatan, kata jurucakap Jabatan Negara, Philip J. Crowley.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami tetap fokus berhubung matlamat meningkatkan rundingan bagi mencapai huraian dua negara,&#8217; tegas beliau. &#8212; Agensi.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Luputnya pembekuan pembinaan petempatan Yahudi di Tebing Barat menyebabkan rundingan damai Timur Tengah menjadi tidak menentu semalam, sewaktu Israel, Palestin dan Amerika berusaha mencari tolak ansur agar rundingan boleh diteruskan. Seorang pegawai kanan Palestin berkata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, akan memulaukan rundingan damai jika Israel menyambung semula pembinaan petempatan Yahudi di Tebing Barat, selepas larangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3740"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3740"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3740\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3740"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3740"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3740"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}