{"id":3726,"date":"2010-09-28T01:49:39","date_gmt":"2010-09-27T17:49:39","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/pulau-pinang-tidak-akan-tunduk-kepada-fitnah-umno\/"},"modified":"2010-09-28T01:49:39","modified_gmt":"2010-09-27T17:49:39","slug":"pulau-pinang-tidak-akan-tunduk-kepada-fitnah-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pulau-pinang-tidak-akan-tunduk-kepada-fitnah-umno\/","title":{"rendered":"Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Fitnah UMNO"},"content":{"rendered":"<div class=\"entry\">\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/duitihsanpp.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/duitihsanpp.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak  Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga  Emas Sebanyak RM 100 Setiap Tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan  tohmahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa  program penghargaan warga emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila  ini dibuktikan palsu mengalih kepada program Rakan Anti-Miskin(RAM)  untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan  menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang  bermenafaat rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan  tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas  yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60  tahun. Sehingga sekarang hampir 110,000 warga emas di Pulua Pinang telah  mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM 100 setiap tahun demi  mengenang budi atas sumbangan warga emas. Di samping itu si waris warga  emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM 1,000 sekali sahaja bila  warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM 20 juta telahpun diperuntukkan  untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri  untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber  kerajaan persekutuan. Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang  cekap, akauntable dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja  dipuji oleh Lapuran Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan  antarabangsa anti-rasuah terunggul, Transparency International.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah  telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang  paling besar dalam sejarah sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta  pada 2009. Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh  sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibaiyai sepenuhnya oleh hasil  lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas  adalah dividen \u201canti-rasuah\u201d yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana  mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini bukan kali pertama program ini  diserang kerana sebelum ini BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM 100  kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama  rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit  maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat  program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan  fitnah dan tohmahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Program Rakan Anti-Miskin(RAM) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan.<br \/> Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan  hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalikhan perhatian daripada fitnah  mereka dengan menyatakan program RAM membasmi miskin tegar datangnya  daripada sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM 2 juta daripada  Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Program RAM adalah inisiatif murni  kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar di kalangan keluarga yang  berpendapatan kurang daripada RM 400 sebulan di Pulau Pinang dan  memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM 500 sebulan.  Menerusi RAM, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar  dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN  dalam 51 tahun. Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab  Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan  kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah Pegawai Kewangan Negeri Dato  Farizan bin Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang  derma RM 2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan  kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Perlu  diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan  semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan  wang derma ini kepada orang bukan Islam?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bukankah lebih salah dan haram untuk  UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan  negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola  dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen  judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bantuan RAM kepada keluarga miskin tegar  Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan  Belanjawan yang disebut tadi. Memang BN dan UMNO irihati atas kejayaan  kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga  emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau  tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini  dihentikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>LIM GUAN ENG<\/strong><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM 100 Setiap Tahun. UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa program penghargaan warga emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu mengalih kepada program Rakan Anti-Miskin(RAM) untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3726"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3726"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3726\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3726"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3726"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3726"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}