{"id":3710,"date":"2010-09-26T18:41:32","date_gmt":"2010-09-26T10:41:32","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/pimpinan-umno-lah-yang-menghilangkan-kuasa-dan-suara-melayu-islam\/"},"modified":"2010-09-26T18:41:32","modified_gmt":"2010-09-26T10:41:32","slug":"pimpinan-umno-lah-yang-menghilangkan-kuasa-dan-suara-melayu-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pimpinan-umno-lah-yang-menghilangkan-kuasa-dan-suara-melayu-islam\/","title":{"rendered":"Pimpinan UMNO lah yang menghilangkan kuasa dan suara Melayu-Islam"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/TGHA.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita34\/TGHA.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan  UMNO lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan &#8216;suara&#8217;  jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah  merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi kenyataan dan  igauan takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang  dilakukan semasa memimpin negara.    <br \/>Semuanya ini telah sekali lagi diulang sebut pada saat UMNO berada  dalam keadaan yang paling parah dari segi politiknya. Sejarah  sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa UMNO adalah parti warisan yang  meneruskan agenda penjajah dengan melaksanakan ideologi yang boleh  melemahkan umat Islam disamping mereka juga tidak boleh dijadikan contoh  yang baik terhadap masyarakat majmuk dalam negara kita ini. Pimpinan  UMNO jugalah yang terus menerus melebarkan pandangan masyarakat dijalur  perkauman sempit. Kemajmukan masyarakat dalam negara kita ini sepatutnya  dijadikan satu asas untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam  masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.<\/p>\n<p>Tetapi  UMNO telah gagal dalam memikul amanah rakyat ini. Akibatnya orang  Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihanraya tetapi gagal untuk  memartabatkan Islam yang menjadi agama persekutuan dalam negara kita  ini. Pimpinan UMNO dan BN telah menunjukkan pelbagai contoh kepimpinan  yang merosakkan imej Islam dengan berlakunya ketidakadilan dalam  masyarakat, penyelewengan dan rasuah dari puluhan hingga ke jutaan  ringgit serta meneruskan amalan demokrasi yang pincang.<\/p>\n<p>Semuanya  ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai penindasan dan kezaliman  terhadap orang Melayu-Islam dalam negara kita sendiri. Tentu kita tidak  lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menyebabkan hilangnya kuasa politik  Islam di Singapura. Sikap songsang mereka ini juga dapat dilihat apabila  kerajaan BN pimpinan UMNO yang telah memerintah Pulau Pinang selama  puluhan tahun sehingga meninggalkan suasana politik buruk yang menghakis  masyarakat Melayu-Islam di sana, tetapi tanpa segan silu pimpinan UMNO  ini cuba menyalahkan Pakatan Rakyat yang hanya\u00a0 berusia dua tahun.<\/p>\n<p>Kita  juga tidak sekali-kali akan lupa bahawa diskriminasi politik  dilaksanakan secara pecah perintah oleh UMNO yang memerintah di Kerajaan  Persekutuan terhadap orang Melayu-Islam di Terengganu, Kelantan dan  Kedah dalam isu pemberian subsidi baja, perampasan royalti minyak di  Terengganu dan menafikannya di Kelantan, penyusutan tanah wakaf di Pulau  Pinang dan kegagalan mengendalikan tanah rezab Melayu, pemberian geran  tanah yang dijadikan ugutan untuk memperolehi undi, penafian peluang  biasiswa pendidikan dan peluang perniagaan yang disekat serta pelbagai  lagi penindasan yang dilakukan terhadap orang Melayu-Islam di bawah  semata-mata kerana mereka yang mempunyai pendirian politik yang  berlainan dengan UMNO. Bukankah mereka ini juga orang Melayu-Islam ?.  Kita ingin bertanya : Mana ia suara bahawa UMNO membela Melayu-Islam ?.<\/p>\n<p>Parti  Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini mengajak seluruh orang Melayu-Islam  yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional  dan fakta yang jelas, bahawa UMNO-BN akan sekali lagi berlaku curang  terhadap mereka.<\/p>\n<p>Marilah bersama dengan gagasan baharu bahawa PAS  perlu menggantikan UMNO sebagai teras politik Melayu-Islam dalam negara  kita ini.<\/p>\n<p>Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini,  tinggalkanlah BN dengan bersama membuat perubahan bersama PAS dalam  Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.<\/p>\n<p><strong>Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang<br \/>Presiden PAS<\/strong><\/p>\n<p><em>17 Syawal 1431\/ 26 September 2010<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan UMNO lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan &#8216;suara&#8217; jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi kenyataan dan igauan takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa memimpin negara. Semuanya ini telah sekali lagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3710"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3710"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3710\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3710"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3710"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3710"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}