{"id":36762,"date":"2015-08-17T08:07:21","date_gmt":"2015-08-17T00:07:21","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=36762"},"modified":"2015-08-17T03:18:01","modified_gmt":"2015-08-16T19:18:01","slug":"70-orang-terbunuh-dalam-serangan-udara-rejim-syria","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/70-orang-terbunuh-dalam-serangan-udara-rejim-syria\/","title":{"rendered":"70 Orang Terbunuh Dalam Serangan Udara Rejim Syria"},"content":{"rendered":"<p>Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh pada hari Ahad dalam rentetan serangan udara rejim Syria di pasar Douma, sebuah bandar yang dikuasai pejuang berhampiran Damsyik.<\/p>\n<p>Kumpulan pemantauan berkata, sekurang-kurangnya 200 orang cedera, dengan jumlah kematian, kebanyakannya orang awam, mungkin meningkat kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan serius.<\/p>\n<p>Menurut Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia, tentera Syria telah menyerang sebanyak empat kali pada sasaran yang sama.<\/p>\n<p>&#8220;Rejim menjalankan empat serangan udara terhadap sebuah pasar di pusat Douma maklumat awal menunjukkan kebanyakan yang mati adalah orang awam,&#8221;kata Pengarah Balai Cerap Rami Abdel Rahman.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penduduk tempatan telah berkumpul di tapak selepas serangan pertama untuk membantu memindahkan mangsa yang cedera apabila serangan berulang melanda.<\/p>\n<p>Sebuah video yang disiarkan dalam talian oleh aktivis selepas serangan menunjukkan satu persimpangan berselerak dengan runtuhan dan logam berpintal.<\/p>\n<p>Hadapan beberapa bangunan berhampiran nampaknya telah &#8216;dicukur&#8217; oleh kuasa letupan, dan beberapa kenderaan telah terbalik dan renyuk di tengah-tengah runtuhan.<\/p>\n<p>Douma terletak pada kubu pejuang di Timur Ghouta, kawasan di luar ibu negara yang menjadi sasaran tetap serangan udara kerajaan.<\/p>\n<p>Awal minggu ini, Amnesty International menuduh kerajaan Syria melakukan jenayah perang di Timur Ghouta, berkata pengeboman udara berat telah mengakibatkan kesengsaraan berganda ekoran sekatan kerajaan di kawasan itu.<\/p>\n<p>Serangan semalam ke atas Douma berlaku selepas ketua kemanusiaan PBB Stephen O&#8217;Brien membuat lawatan pertama beliau ke Syria sejak mengambil jawatan bantuan bahagian pada bulan Mei.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh pada hari Ahad dalam rentetan serangan udara rejim Syria di pasar Douma, sebuah bandar yang dikuasai pejuang berhampiran Damsyik. Kumpulan pemantauan berkata, sekurang-kurangnya 200 orang cedera, dengan jumlah kematian, kebanyakannya orang awam, mungkin meningkat kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan serius. Menurut Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia, tentera [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":36763,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":36763,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":650,"height":325,"file":"2015\/08\/syria-conflict.jpg","filesize":116307,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":36762,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/syria-conflict.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36762"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36762"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36762\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36762"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36762"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36762"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}